 |
Assalamualaikum JIMEDIA Kedah akan menganjurkan satu kursus pendek mengenai kewartawanan dalam rangka meningkatkan kefahaman mengenainya dalam pengendalian penerbitan, khususnya buletin bulanan JIM Kedah, Ukhuwah. Sehubungan itu, JIMEDIA Kedah mengharapkan semua wakil media dari JIM Negeri, setiap daerah, wanita, karisma dan KRJ menyertai kursus ini. Diharap YDP Negeri, Daerah dan Ketua Wanita, pengerusi karisma dan KRJ memastikan wakil media masing-masing menghadirinya. Oleh kerana peluang ini tak selalu berulang, JIMEDIA bersetuju membuka peluang kepada semua ahli yang berminat untuk turut serta. Tiada bayaran dikenakan kecuali, jika perlu untuk makan tengahari sahaja. Sila hadir ke kursus tersebut mengikut butiran di bawah:
Tarikh: 31 Ogos 2004 Masa: 9pg - 12.00 tghari Tempat: Pejabat JIM Jitra.
Sila maklumkan terlebih dahulu kehadiran anda
Sekian dimaklumkan, wassalam
Wan Ab Rahman Khudzri.
Urusetia JIMEDIA Kedah. |