Umno Pelupus Melayu

Dukacita dimaklumkan hasil kajian saya menunjukkan parti pemerintah sekarang yang didukung UMNO dengan melakukan pelupusan bangsa Melayu dengan penuh sistem dan disedari. Penggunaan media menjadikan kaedah pelupusan tersebut dilindungani sepenuhnya. Setelah digulingkan barulah disedari tanah kepunyaan bekas presiden Suharta adalah seluas pulau Jawa, sedangkan pulau tersebut sahaj didiami oleh 85 juta atau 65% daripada jumlah penduduk Indonesia.

Fenomena ini sebenarnya berlaku di Pulau Langkawi. Tanah Rezab Melayu telah dikikis menjadikan ianya hanya tinggal 30% sahaja daripada jumlah keluasan pulau tersebut. Dr. Mahathir dikatakan menguasai 70% daripada jumlah keluasan tersebut. Kita perlu menghentikan penguasaan yang jijik ini. Sedarlah generasi muda kini. Ceritakanlah segalanya kepada generasi tua yang senantiasa diperbodohkan oleh Dr. Mahathir.

Biarkan Suharta dengan sejarah dan lakukan dengan langkah yang sama di Malaysia. Singkirkan Mahathir dan kroninya. Saya juga menjadi bimbang takutkan tesis saya tidak diterima oleh Pihak Senat USM. Pemikiran generasi muda juga cuba di'turning over' dengan memperkatakan setiap pembangunan adalah milik UMNO dan BN. Sedangkan kedua-dua pertubuhan tersebut hanyalah sebuah parti politik. Kajian saya menunjukkan generasi muda berpelajaran menengah dan tinggi dapat memahami dengan jelas apa itu kerajaan dan apa itu parti politik.

Statistik menunjukkan 95% pelajar mula memahami hak rakyat dan hak kerajaan. UMNO dan BN dijangka mula ditolak disebabkan pemahaman ini dan peluang untuk ianya ditolak terus dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya oleh generasi 21tahun - hingga 40 tahun sekarang adalah 85% 6,000 responden. Ini berbeza dengan generasi tua yang menerima bulat-bulat kenyataan media dan mempercayainya sebanyak 61% dari kajian 5,300 responden.

Kadar kematian generasi tua dan penerangan parti pembangkang yang berterusan menyebabkan peratus yang mempercayai tipu muslihat UMNO semakin meningkat dengan kadar 15 setahun.

Kesimpulan ringkas kajian saya menunjukkan UMNO hanyalah boleh bertahan paling lama hanyal 6 hingga 8 tahun sahaja iaitu tidak lagi memerintah dalam pilihan terdekat dan sekali pilihanraya kemudiannya. Walallhualam.

Pelajar USM