SPR DISYAKI CUBA MENIPU

KUALA LUMPUR 21 Apr (RU). Kami menerima maklumat bahawa pihak Suruhanjaya Pilihanraya cuba melakukan penipuan jumlah pengundi dan siapakah pengundi.

Di dalam laman web untuk memeriksa kedudukan pengundi, ada reformis yang menemui secara rambang tarikh lahir pengundi tertentu adalah pada 00/00/00. Malahan ada siri pengundi yang dipercayai adalah sekeluarga mempunyai nombor kad pengenalan yang berturutan walaupun umur mereka berbeza.

Ada reformis juga mendakwa nama ahli keluarganya yang sudah lama meninggal dunia masih lagi wujud di dalam laman tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan yang terlalu panjang dan amat diragui seperti 999999999999.

Adakah ini percubaan SPR meletakkan pengundi-pengundi hantu di kawasan yang mana BN adalah lemah?