RAHIM NOOR TIDAK MENGAKU BERSALAH

KUALA LUMPUR, 22 April (RU) – Bekas KPN, TS Rahim Noor mengaku tidak bersalah di mahkamah pagi tadi berhubung tindakannya yang memukul dan mecederakan Dato Seri Anwar Ibrahim semasa di bawah pengawasan polis.

Beliau yang sudah pun mengaku memukul Anwar semasa penyiasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Diraja yang dilantik bulan lalu didakwa di bahawa Kanun Keseksaan Seksyen 325 dan 511 yang boleh membawa hukuman penjara 3-31/2 tahun.

Suruhanjaya Diraja Penyiasatan memberi cadangan Rahim agar dibawa ke muka pengadilan di atas perbuatan dengan sengaja mencederakan Anwar.

Rahim yang berpakaian koat kelabu tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi dan diberikan kawalan ketat oleh pihak polis.

Hakim En Hamdan Indah menetapkan tarikh 21 Mei sebagai tarikh mula bicara dan menolak tidak perlunya permohonan bail kepada Rahim dilakukan tetapi memberi amaran jika beliau tidak hadiri mahkamah, waran tangkap akan dikeluarkan.