LAGI PENIPUAN SPR DIKESAN

KUALA LUMPUR, 22 April (RU). Pihak kami menerima aduan mengenai penipuan terbaru dalam SPR.

Seorang lelaki yang bernama Jelani bin Jusoh yang tinggal di Endau Rompin terkejut apabila nombor kad pengenalannya 660802-06-5361 telah menunjukkan nama seorang perempuan.

Dalam satu kes yang lain, seorang reformis yang melayari laman daftar pengundi tersebut terkejut besar apabila nama beliau diletakkan sebagai pengundi di Parlimen Serdang sedangkan beliau mendaftar di kawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bukan itu sahaja, ibu bapanya yang sudah meninggal dunia hampir 20 tahun dahulu masih lagi berdaftar sebagai pengundi kawasan DUN Seri Menanti dan Parlimen Kuala Pilah.

Adalah dinasihatkan para reformis dan pengundi yang mengalami masalah ini bertemu dengan pihak SPR Negeri dengan membawa maklumat bersama sijil kematian dan sebagainya.

Maklumat mengenai perihal hubung-menghubung ini boleh didapati di alamat ini di laman Reformasi Nasional:

http://members.xoom.com/_XOOM/renasional/scoop/daftar.htm