Microsoft Internet Explorer
 


Menu

Makmal Komputer

Virus

Browser

Pembantu
Pelajar

Unix

CPU





Browser | Netscape | IE | Akhir kata

Browser

Browser adalah perisian yang ada dalam sesuatu pc yg membolehkan ianya menginterpretasikan maklumat yang telah di program dan berfungsi untuk menghantarnya ke internet. Pc anda akan menjadi "remote workstation" kepada website yang telah dihubungkan. Perisian browser ini tidaklah mahal dan boleh didapati dari kedai komputer atau boleh didapati secara percuma. Dua browser Utama yang paling canggih berdasarkan keupayaannya menjalankan program2 yang telah dimuat turun adalah Netscape Navigator dan Microsoft Internet Explorer.

Netscape Navigator

Mula diperkenalkan untuk kegunaan PC pada tahun 1983 dan kini berada dalam barisan hadapan dari segi perkembangan terbaru dalam capaian Internet. Netscape dapat digunakan untuk mengakses kebanyakan fungsi dalam Internet dalam satu platform. Versi terbaru yang berada di dalam pasaran sekarang ialah Netscape Communicator.

Anda dapat mengakses semua laman web yang berasaskan protokol WWW dan Gopher; disambungkan ke satu komputer di tempat lain dan menggunakan aplikasi "telnet"; memindahkan dan menyimpan data ke dalam cakera keras menggunakan "ftp"; membaca dan menghantar berita kepada "Newgroup" dan juga menghantar dan menerima mesej mel elektronik (email)

Internet Explorer

Browser ini datang bersama sistem operasi Windows 95. Apabila kita memasang Windows 95, IE akan menjadi browser utamanya secara "default". Anda juga boleh memilih untuk menggunakan browser yang lain seperti Netscape setelah memasang Internet Explorer. Versi terbaru bagi browser ini ialah Versi ke-4.

Akhir kata

Kedua-dua browser ini sedang memberi saingan yang sengit antara satu sama lain. Mereka akan cuba mempertingkatkan keupayaan browser masing-masing agar dapat bersaing di pasaran. Setiap browser ini mempunyai ciri-ciri yang unik yang tidak terdapat antara satu sama lain. Disamping itu juga setiap rekabentuk perisian yang mereka bangunkan akan dipastikan browser mereka menyokong antara satu sama lain. Agar pengguna tidak mempunyai masalah membuka dokumen di Internet.

@Copyright Mohd Faizal. All right reserved.

Last updated 9 December 1997

Sukakan Laman Web Ini? Beritahu kawan anda!

Nama Anda: E-mail:
Nama Kawan: E-mail:
Komen:


Cari Kata Kunci di Laman Web Faizal:


Home | About Myself | Adik-beradik
Friends | Computer Lab | Internet | Forum
Message Board | Chat Room | Links
Sign My Guest-book | View My Guest-book

Top