Menu

Makmal Komputer

Virus

Browser

Pembantu
Pelajar

Unix

CPU





 


Komputer | Makmal Komputer A | Makmal Komputer B | Panduan

Komputer

Pada dasarnya, komputer adalah satu mesin yang menyimpan dan mengolah atau memproses data. Ia tidak boleh berfikir atau membuat taakulan. Ia hanya boleh menjalankan suruhan yang diberikan kepadanya. Set suruhan yang mengarahkan tindakan komputer disebut aturcara dan ditulis oleh pengaturcara. Adalah jelas aturcara yang berlainan mestilah ditulis untuk menyelesaikan masalah yang berbeza. Kebolehan ini iaitu untuk menerima, meyimpan dan melaksana berbagai set suruhan atau aturcara menjadikan komputer bernilai dari aspek perniagaan, serba guna dan tidak dapat disamakan dengan mesin kira biasa.

Makmal Komputer A

Makmal komputer yang berada di Aras 3 Bangunan Perpustakaan telah dibuka untuk kegunaan pelajar. Setiap pelajar akan diberi masa selama 1 jam untuk menggunakannya dan pelajar-pelajar dimestikan mendaftar sebelum menggunakan komputer. Makmal Komputer ini mempunyai 43 buah komputer multimedia jenis SNI (Siemens Nixdorf) dengan kelajuan mikropemproses selaju 133 Mhz dengan 16 mb memori + 24 komputer multimedia jenis NEC dengan kelajuan mikropemproses 90 Mhz dengan 16 mb memori. Komputer jenis ini boleh digunakan untuk mengakses Internet malah boleh digunakan untuk menaip. Tiap-tiap komputer tersebut mempunyai perisian Word 97, Excel 97, Access 97, Virus Scan 3.0 dan Netscape Navigator 3.1. Pelajar juga dinasihatkan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Perpustakaan juga menawarkan kursus Asas Internet kepada pelajar2 pada setiap hari Sabtu (9.00 - 12.30 ptg) secara percuma. Bagi kursus-kursus lain dan tempahan menggunakan Makmal Komputer bolehlah merujuk kepada perpustakaan

Makmal Komputer B

Setiap pelajar akan diberi masa selama 1 jam untuk menggunakannya dan pelajar-pelajar dimestikan mendaftar sebelum menggunakan komputer. Makmal Komputer ini mempunyai 29 buah komputer multimedia jenis DELL dengan kelajuan mikropemproses selaju 300 Mhz dengan 32 mb memori. Komputer jenis ini boleh digunakan untuk mengakses Internet malah boleh digunakan untuk menaip. Tiap-tiap komputer tersebut mempunyai perisian Word 97, Excel 97, Access 97, Virus Scan 3.0 dan Netscape Navigator 3.1. Pelajar juga dinasihatkan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Panduan 

Pengguna mestilah:

Menggunakan komputer untuk tujuan-tujuan yang berfaedah;

Bertanggunjawab kepada semua aktiviti komputer yang dilakukan;

Akses hanya kpd fail2 atau data hakmilik sendiri, yang umum atau diberi kuasa mengakses;

Hanya menggunakan versi perisian yang sah;

Mematuhi peraturan penggunaan Internet;

Diolah dari Peraturan Penggunaan Komputer PUM

@HAKCIPTA 1999 Mohd Faizal. Hakcipta Terpelihara.

Diperbaharui pada: 16 March 1999

Sukakan Laman Web Ini? Beritahu kawan anda!

Nama Anda: E-mail:
Nama Kawan: E-mail:
Komen:


Cari Kata Kunci di Laman Web Faizal:



Home | About Myself | Adik-beradik
Friends | Computer Lab | Internet | Forum
Message Board | Chat Room | Links
Sign My Guest-book | View My Guest-book

Top