Menu

Makmal Komputer

Virus

Browser

Pembantu
Pelajar

Unix

CPU

 





 
Cpu | Spesifikasi | Kelebihan & kelemahan | Perisian
Bagaimana Komputer Berfungsi? | Masa Hadapan


CPU Mikropemproses dan komponen

Dalam sebuah komputer komponen terutama ialah CPU dan komponen terdekat dengan CPU ialah mikropemproses. Tanggapan yang salah selalu dilakukan oleh para pengguna komputer ialah kekotak yang mempunyai pemacu disket dan cakera keras itu adalah CPU. Sebenarnya CPU hanyalah sebuah cip yang terletak pada papan induk (motherboard). Namun begitu tanggapan ini timbul kerana CPU hanyalah sebuah cip yang kecil dan bagi memudahkan pengguna memahami apa dia CPU. CPU atau Central Processing Unit dalam bahasa Malaysia - Unit Pemprosesan Pusat adalah pusat segala kawalan dan kegiatan komputer.

Pada mulanya CPU yang dihasilkan ialah 8088 dan 8086 iaitu komputer yang menggunakan cip Intel 8088 dan Intel 8086. Keupayaan pemprosesan yang dihasilkan ialah 8 bit dan keupayaan ingatan yang tertinggi ialah 4 MB RAM. Cip Intel 8088 dan Intel 8086 berfungsi pada kelajuan 8MHz dan 16MHz.

Cip Intel 8088 dan Intel 8086 berfungsi pada kelajuan 8MHz dan 16MHz. Tetapi kini Pentium 100 yang berfungsi pada 100MHz dengan 32MB RAM dengan keupayaan memegang RAM maksium sebanyak 132M atau lebih. Manakala storan cakera keras pada 8088 pula adalah diantara 20MB dan 80MB dengan kelajuan capaian yang rendah. Kini storan adalah melebihi 850MB atau 1.0 GB dengan kadar capaian yang lebih tinggi. Itulah evolusi komputer.

Spesifikasi Keperluan

CPU yang digunakan jua bergantung kepada kegunaan dan kehendak pengguna. Jika memerlukan komputer di pejabat dan digunakan untuk menaip surat atau memo komputer 486DX4/100 atau Pentium 75 dengan 8MB RAM dan 1.0GB cakera keras adalah baik. Manakala untuk rangkaian pula komputer yang seusai adalah Pentium 100 atau 133 dengan 32MB RAM dengan 2GB cakera keras. Dan jika digunakan untuk komputer grafik atau CAD dan DTP komputer terbaik adalah Pentium 133 atau 166 dengan 32MB RAM dan 2GB cakera keras berserta 2MB kad paparan grafik. Komputer yang anda lihat di pasaran hanyalah komputer biasa yang berasaskan mikropemproses Intel, AMD, Cyrix atau NexGen (tetapi majoritinya Intel). Komputer yang berkuasa tinggi tidak menggunakan Intel atau seumpamanya tetapi menggunakan cip RISC, contohnya komputer Silicon Graphics (digunakan untuk Jurassic Park), IBM AS/400, Digital Alpha, Sun Sparcstation digunakan sebagai komputer stesyen kerja yang mampu menghasilkan pemprosesan yang tinggi dan pengendalian beban kerja yang berat. Komputer yang lain daripada kedua-dua kategori di atas ialah Macintosh dan PowerPC yang menggunakan teknologi RISC tetapi mempunyai rekabentuk yang berbeza daripada Intel dan komputer-komputer RISC.

Kelebihan & Kelemahan

Ciri-ciri yang ada pada mikropemproses pada masa ini kebanyakannya memenuhi standard dan keperluan pengguna. Malah kemampuannya melebihi penggunaan cpu oleh pengguna pc itu sendiri. Pembuat mikropemproses itu sendiri akan bersaing antara satu sama lain agar dapat mencipta mikropemproses yang lebih laju dan murah. Ini terbukti dengan teori Gordon Moore pada tahun 1965 yang menubuhkan Intel dengan Bob Noyce, meramalkan bahawa kapisiti cip komputer akan berlipat ganda setiap tahun. Beliau mengatakan ini berdasarkan penelitian nisbah harga/prestasi cip komputer selama tiga tahun terdahulu dan mengajurkannya ke hadapan. Sebenarnya, Moore sendiri tidak percaya bahawa kadar pembaikan ini akan lama berterusan. Akan tetapi sepuluh tahun kemudian, ramalannya terbukti benar, dan beliau meramalkan pula kapisiti akan berganda setiap dua tahun. Sehingga hari ini ramalannya didapati benar, dan puratanya-penggadaan setiap lapan belas bulan-dirujuk di kalangan jurutera sebagai Hukum Moore. Dengan kata lain, amat susah untuk menilai kelemahan sesuatu mikropemproses kerana perbezaan samada dari segi harga dan prestasi tidak jauh bezanya. Mungkin bolehkah kita membandingkan mikropemproses manusia iaitu otak? Sedangkan semua kurnian Allah itu sama belaka.

Perisian

Kaitan perisian dan sistem pengoperasian dengan mikropemproses juga adalah amat rapat di mana ianya bergantungan antara satu dengan yang lain. Windows 95 dan OS/2 hanya boleh digunakan dalam mikropemproses Intel, AMD, Cyrix dan NexGen. Manakala System 7.5 hanya sesuai untuk Apple Macintosh dan PowerPC. Perisian terkini tidak boleh digunakan dalam komputer terdahulu seperti 8088 hinggalah ke komputer 386 kerana perisian terkini menggunakan 32 bit dalam pemprosesan dan pencapaian data. Contohnya Windows 95 tidak boleh digunakan dalam komputer 386 atau sebelumnya kerana ia tidak mempunyai mikropemproses yang mempunyai keupayaan ingatan simpanan 512 KB atau lebih.

Bagaimana komputer berfungsi?

Apabila anda membuka komputer, ia akan membaca BIOS yang akan mengarahkan pemeriksaan terhadap komponen komputer seperti monitor, pemacu cakera liut, cakera keras, kad bunyi, pencetak, tektikus dan papan kekunci. Jika salah satu komponen didapati tidak berfungsi ia akan memberikan tanda amaran dan meminta anda memasangnya dengan betul. Setelah itu ia akan mencari sistem pengoperasian dalam cakera keras anda samada DOS, Windows 95 atau System 7.5 dan seterusnya melakukan penentusahan komponen-komponen yang diperlukan seperti RAM. Setelah komputer berfungsi dengan baik, sistem pengoperasian akan memberikan baris perintah jika DOS atau menghidupkan paparan Windows 95 atau System 7.5.

Semasa melakukan pemprosesan, data dipindahkan daripada cakera keras ke dalam RAM dan cip ingatan akan memegang data tersebut sehingga cip logik datang mengambil data tersebut untuk diproses. Contohnya semasa anda menaip sepucuk surat dalam Word 6.0, isi fail akan disalin dan dipindahkan ke dalam cip ingatan. Semasa melakukan penaipan teks setiap tambahan dilakukan pada cip ingatan dan semasa hendak melakukan penyimpanan cip logik akan mengambil fail tersebut dan menulisnya ke dalam cakera keras. Tetapi tambahan fail itu dimasukkan semula ke dalam cip ingatan. tambahan fail itu dimasukkan semula ke dalam cip ingatan.

Semasa anda menjalankan sesebuah perisian contohnya Word 6.0 fail yang dijalankan ialah Winword.exe di mana fail ini akan dimasukkan ke dalam cip ingatan dan dicapai oleh cip logik untuk menjalankannya. Setiap komponen Word 6.0 akan dipegang oleh cip ingatan dan semasa anda ingin menggunakan satu-satu fungsi itu ia akan dicapai oleh cip logik. Jika anda mahu mencetak sesuatu fail itu, pertama ia akan dimasukkan ke dalam cip ingatan dan cip logik akan berkomunikasi dengan pencetak untuk mencetak keluar fail tersebut. Penghantaran fail dari RAM ke perkakasan lain seperti dari cakera keras ke cip ingatan dan seterusnya ke pencetak dilakukan melalui bas iaitu satu saluran perhubungan seakan lebuhraya dan data-data seakan kenderaan yang melaluinya. Bas yang digunakan bergantung kepada jenis mikropemproses yang digunakan contohnya komputer 486 menggunakan VLB dan Pentium menggunakan samada VLB atau PCI.

CPU akan membahagikan dan mengagihkan segala kegiatan yang terjadi dalam komputer. Bayangkan anda menaip pada papan kekunci dan setiap huruf yang anda taip muncul pada monitor dengan hanya sekelip mata. Ini bermakna CPU melakukan proses seperti di atas dengan kelajuan kurang daripada 1 saat. Pada masa yang sama ia boleh mengendalikan tetikus dan melakukan penyimpanan fail ke dalam cakera keras. Ini bermakna lebih baik rekabentuk CPU atau mikropemproses lebih laju dan cepat pemprosesan serta pengendalian data dilakukan. Contohnya komputer 386/33MHz adalah lebih perlahan berbanding dengan komputer Pentium 100 dari segi pemprosesan dan capaian data. Segala pengagihan dilakukan oleh cip logik dan ALU atau unit logik aritmetik. Setiap kegiatan akan dialamatkan dan dicapai dengan menggunakan alamat tersebut seperti bank berurusan dengan pelanggan dengan menggunakan nombor. Semasa membaca perenggan-perenggan di atas anda dapat merasakan seakan komputer bertindak lambat tetapi segala kegiatan yang dilakukan adalah mungkin 1000 kali ganda lebih cepat daripada masa yang anda ambil untuk membaca perenggan-perenggan tersebut. Secara amnya CPU adalah nadi kepada sistem komputer tetapi ia bukan keseluruhan komputer yang sering disebut-sebut.

Masa hadapan

Sepuluh tahun lalu Intel 1088 dicipta untuk memberikan komputer peribadi yang sesuai pada masa itu. Pada masa yang sama Macintosh juga mengendalikan komputer peribadi yang tidak mempunyai rekabentuk yang sama dengan Intel.

Setahun kemudian lahir pula Intel 286 dan disusuli pula oleh Intel 386 pada tahun 1989. Ia telah mengubah rupabentuk komputer dan mengubah teknologi komponen lain seperti cakera keras dan pemacu. Pada tahun 1991 lahir pula 486 yang lebih maju dan lebih baik daripada 386 daripada pemprosesan serta pengendalian data. Dengan 486 juga satu dimensi baru dalam perisian muncul dan perisian 32 bit dalam pembikinan oleh syarikat perisian. Dengan siri 486 terakhir iaitu 486DX4/100 cip 486 akan ditamatkan pengeluarannya pada 486 terakhir iaitu 486DX4/100 cip 486 akan ditamatkan pengeluarannya pada awal 1996 dan digantikan dengan Pentium. Pentium mempunyai kelajuan pemprosesan yang terdiri daripada 60MHz hinggalah 166MHz memberikan satu kuasa yang diimpikan ke dalam rumah pengguna biasa dan tidak lagi hanya digunakan oleh pengguna pejabat sahaja. Dengan kehadiran perisian yang lebih canggih, perisian komunikasi dan kelahiran video memerlukan sebuah komputer yang mampu melakukan segalanya dalam satu masa. Internet juga memerlukan sebuah komputer yang canggih dengan kehadiran Java dan keupayaan capaian yang lebih tinggi dalam internet. Maka kelahiran Pentium Pro memberikan satu lagi kelebihan ke dalam komputer peribadi biasa. Pentium Pro dengan kelajuan 150MHz, 166MHz, 180MHz dan 200MHz adalah komputer yang mampu menyaingi keupayaan komputer RISC. Bagaimanakah bentuk komputer peribadi dalam tahun yang mendatang? Pentium Pro hanya mampu bertahan dalam 2 atau 3 tahun. Mungkinkah kita akan mampu menggunakan komputer RISC kerana keupayaan komputer seperti Pentium Pro hampir menyaingi RISC. Intel mempunyai sebuah gabungan dengan Hewlett Packard untuk menghasilkan sebuah cip baru ini kerana Hewlett Packard banyak menghasilkan komputer RISC selain IBM dan Sun Microsystems. Jadi kita kenalah tunggu dari tahun ke tahun melihat apa yang dihasilkan oleh mereka.

Rujukan :

  • Intel
  • Advanced Micro Devices (AMD)
  • Cyrix
  • Motorola
  • Yahoo - CPUs and Microcontrollers

Artikel di atas dikompil dari artikel-artikel yang dikutip di internet
Dikemaskini pada: 16 March 1999

Sukakan Laman Web Ini? Beritahu kawan anda!

Nama Anda: E-mail:
Nama Kawan: E-mail:
Komen:


Cari Kata Kunci di Laman Web Faizal:


Home | About Myself | Adik-beradik
Friends | Computer Lab | Internet | Forum
Message Board | Chat Room | Links
Sign My Guest-book | View My Guest-book

Top