Hai Saya Virus Yg Tak Berbahaya



Laman Web Antivirus

Dr Solomon
Trend
Mcafee

 





Virus | Pemberitahuan Awal | Jangan Panik | Cara Mencegah

Virus

Virus adalah aturcara yang bina untuk memusnahkan sistem komputer. Ia disebarkan dengan luasnya di Internet. Apabila virus berada dalam cakera keras atau cakera liut. Ia akan mula memusnahkan program dan data yang berada di dalamnya. Pelajar dinasihatkan agar menggunakan perisian Anti Virus yang ada di Makmal Komputer.

Pemberitahuan Awal

Bagaimana hendak mengetahui virus sedang menyerang komputer anda? Saya akan menerangkan kepada anda cara-caranya:

Jangan panik

Kenapa anda fikir komputer itu mempunyai virus? Adakah pakej perisian Antivirus mengeluarkan mesej seperti "ALERT THERE ARE VIRUS IN YOUR COMPUTER". Seperti perisian-perisian komputer yang lain pakej-pakej antivirus kadangkala memberitahu anda maklumat palsu. Cara untuk mengetahuinya? :

  • Hanya satu fail saya di dalam cakera keras ditemui mempunyai virus.
  • Virus yang ditemui tidak dikenali lansung oleh Antivirus lain dan tidak ada pemberitahuan (alert) dari pembekal perisian Antivirus.
  • Pakej antivirus anda tidak memberitahu apa jenis virus yang dijumpainya
  • Pakej antivirus anda memberitahu ada virus di memori, tetapi bila anda scan cakera keras anda. Ia tidak menjumpai apa-apa

Di sini saya senaraikan beberapa petunjuk yang akan memberitahu anda; virus sebenar sedang menyerang.

Nota: Perlu diingat ia hanya petunjuk. Tidak semestinya ia betul-betul menunjukkan komputer anda diserang virus.

  • Pakej antivirus memberitahu bahawa 2 atau lebih fail telah diserang virus dan virus yang dijumpai adalah dari jenis yang sama
  • Virus yang dijumpai telah terkenal sebagai virus yang amat merosakkan
  • Lebih satu perisian Antivirus memjumpai virus yang sama
  • Fail *.com atau *.exe di dalam komputer anda lebih besar saiz bytenya dari biasa
  • Apabila membuka Microsoft Word. Ia memberitahu anda bahawa terdapat makro(macro) dalam dokumen tersebut
  • Windows tidak boleh menggunakan 32bit disk access atau 32 bit file access

Di sini disenaraikan beberapa lagi petunjuk yang kebanyakan orang mengganggap bahawa virus telah menyerang komputer mereka:

  • Cakera keras anda telah rosak (walaupun diformat semula)
  • Didapati lampu busy cakera keras menyala tanpa diketahui seba yang sebenarnya
  • Kamu baru melarikan (run) satu program

Cara mencegah

  • Pastikan anda menggunakan disket anda sahaja bagi satu komputer
  • Gunakan disket yang dipercayai sahaja
  • Gunakan perisian yang sah (kebanyakan perisian cetak rompak tidak discan oleh pembuatnya)
  • Jangan download perisian atau fail yang tidak dipercayai dari Internet

Sukakan Laman Web Ini? Beritahu kawan anda!

Nama Anda: E-mail:
Nama Kawan: E-mail:
Komen:


Cari Kata Kunci di Laman Web Faizal:



Home | About Myself | Adik-beradik
Friends | Computer Lab | Internet | Forum
Message Board | Chat Room | Links
Sign My Guest-book | View My Guest-book

Top