BIBLIOGRAFI SEORANG INSAN
YANG BERNAMA
EZANI BIN YUSOFF
 
Seorang Insan Yang DiAnugerahi Allah Semangat Seorang Pendidik
 
Nama :
Ezani Bin Yusoff

Alamat :
Kampung Padang Gunong
Mukim Padang Hang,
06570 Alor Setar,
KEDAH DARUL AMAN

Tarikh Lahir :
19 Oktober 19.....

Jantina :
Lelaki

Warganegara :
Malaysia
 
 
Aku anak jati Negeri Kedah Darul Aman, Jelapang Padi Malaysia. 
Di lahirkan pada tanggal 19 Oktober di sebuah kampung yang dikelilingi oleh sawah iaitu Kampung Padang Gunong. Pagi 19 Oktober merupakan satu detik baru dalam hidup ku yang akhirnya berjaya jua melihat mentari pagi tersenyum menyambut seorang lagi Khalifah Allah di muka bumi ini.
Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kecil terdiri daripada Papa, Mama dan Abang. Sesungguhnya kasih sayang antara keluarga memberi satu kenikmatan buat diriku.
Aku memulakan Pendidikan Pra Sekolah pada tahun 1984 di sebuah madrasah di Alor Merah iaitu Madrasah Al-Sibyan dan seterusnya meneruskan alam persekolahan rendah ku di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Gunong pada tahun 1985 sehingga tahun 1990. Selepas itu aku meneruskan pengajian menengah ku di Sekolah Menengah Seri Gunong dari tahun 1991 hinggalah 1995. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia selama 4 bulan aku berada dalam tingkatan 6 di Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik.
Sesungguhnya, sebagai seorang insan yang lahir dalam sebuah keluarga yang majoritinya menjawat jawatan tinggi dalam dunia pendidikan sedikit sebanyak mempengaruhiku. Pada Tanggal 19 Ogos 1996, aku telah melaporkan diri di Institut Bahasa Kuala Lumpur bagi meneruskan pengajian ku dalam bidang perguruan iaitu Kursus Diploma Perguruan Malaysia perintis pertama sesi 1996/1999
Kini detik-detik indah di Institut Bahasa sudah berlalu. Sebagai seorang Graduan hasilan Institut Bahasa Melayu Malaysia, aku berjanji akan mencintai sepenuhnya profesion yang ku ceburi ini. Aku juga berikrar memberikan komitmen sepenuh bagi menjadikan Pendidikan di Malaysia bertaraf dunia dan seterusnya merealisasikan Koridor Raya Multimedia serta Perlaksanaan Sekolah Bestari.
Masih terngiang-ngiang di telinga ku amanat yang pernah disampaikan oleh Pengetua ku di Institut Bahasa Melayu Malaysia, Tn. Hj Alias Hassan :
"pada wajah gurulah tergambarnya rupa bangsa yang akan memimpin dunia ini"
ke muka depan