TEKNIK BERKESAN MENGHADAPI
PEPERIKSAAN
Menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk belajar
sepanjang masa, sekiranya ingin mendapatkan kejayaan. Kebolehan sepanjang
persekolahan diuji di dalam peperiksaan. Oleh itu, hadapilah peperiksaan
dengan persediaan yang rapi supaya kejayaan yang diraih dapat mengukur
usaha anda selama ini.
JENIS-JENIS PERSEDIAAN
1. Persediaan Akademik
2. Persediaan Mental
3. Memulakan Peperiksaan
4. Menjawab Soalan
PERSEDIAAN AKADEMIK
Persediaan Akademik terbahagi kepada 3 peringkat yang penting iaitu
:
Persediaan Peringkat Awal
Iaitut persediaan disepanjang waktu persekolahan. Ini termasuklah tumpuan
semasa di dalam kelas, melengkapkan nota-nota, membaca semua mata pelajaran
dan membuat nota. Fahamkan apa yang dipelajari dan rujuk kepada guru jika
ada masalah.
Persediaan Peringkat Pertengahan
Iaitu kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan. Elok sekiranya pelajar
membaca balik semua nota ringkas dan cuba ringkaskan nota kepada fakta-fakta
yang penting sahaja. Buatlah kata-kata kunci untuk setiap nota. Untuk memastikan
pelajar mengingati apa yang telah dipelajari, tuliskan kembali apa yang
diingati. Pastikan pelajar faham setiap mata pelajaran. Untuk menguatkan
ingatan, cuba berbincang dengan kawan-kawan. Buat latihan untuk soalan-soalan
lepas bagi membiasakan diri dengan format soalan peperiksaan.
Persediaan Akhir
Iaitu seminggu sebelum peperiksaan. Baca kembali semua nota ringkas.
Pastikan anda mengingati semua mata pelajaran peperiksaan. Nota ringkas
seharusnya mengandungi kata-kata kunci sahaja. Semak nota sekerap yang
boleh sehingga anada dapat menulis kembali isi sesuatu mata pelajaran dengan
lengkap.
PERSEDIAAN MENTAL
Malam Peperiksaan
-
Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
-
Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam,
pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil
dan mudah diingati.
-
Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
-
Jangan lupa ambil sarapan pagi
-
Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
-
Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan
sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan
fikiran anda.
-
Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan
yang cemerlang.
-
Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
-
Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
MEMULAKAN PEPERIKSAAN
-
Dengar arahan pengawas peperiksaan.
-
Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
-
Lihat semua soalan.
-
Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
-
Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
-
Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
MENJAWAB SOALAN
Soalan Objektif
-
Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan
soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab
1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
-
Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN,
KECUALI dan sebagainya.
-
Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti
salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
-
Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
-
Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah
siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih
tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.
-
Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan
baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
-
Pilih soalan yang paling banyak isi
-
Kenalpasti bentuk soalan seperti :
BENTUK SOALAN
|
PENERANGAN
|
Huraikan |
penerangan terperinci dan jelas |
Bincangkan |
kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan |
Ertikan |
maksud yang jelas tentang sesuatu istilah |
Namakan |
tulis nama-nama tertentu atau label |
Bandingkan |
faktor yang sama dan tidak sama |
Bezakan |
faktor yang tidak sama |
Jelaskan |
terangkan supaya mudah difahami |
Definisikan |
takrif tentang istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan |
Kritik |
penilaian dan pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan
bincangkan dengan bukti-bukti sendiri |
Analisiskan |
idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan |
Ilustrasi |
rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu |
-
Mulai menjawab dengan tenang
-
Jawab semua soalan yang ditetapkan.
-
Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan
tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi
dan hujah yang bernas.
-
Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
-
Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak
menyimpang dari tajuk.
-
Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan
nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat
lain yang tidak jelas.
-
Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
-
Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam
menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas
persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa
dan membebankan. Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah anda pasti berjaya.
ke muka
depan