TIKET KE SYURGA

Oleh: El- Jihadi


Abu Munzir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal,mana dia nak cari duit sebanyak itu.Biasiswa Petronasnya tidak cukup untuk menampung belanja kahwin sebesar itu. Inilah padahnya cari orang utara!" gerutu Abu Munzir. Tut!,tut,tut.." deringan telefon segera memutuskan lamunan Abu Munzir. "Assalamualaikum,Ya, sekarang di Central Mosque?, ok saya akan datang", panggilan daripada Abu Qatadah mas'ul Jihadi London, buangan negeri Jordan yang memohon perlindungan politik di Britain. Malam iti di Central Mosque, Abu Munzir memperdengarkan hafalan surah al-Ahzabnya kepada Abu Qatadah. Selesai ayat-ayat Allah, hadith-hadith pula disemak beserta Fiqhnya.Itulah tarbiyah jihadiah (Rohani,Fikri,Mental dan Jasadi). Abu Munzirpelajar Accountancy di Oxford University, meyakini inilah jalan yang "Haq".

20/3/1998

"Muslimin Kosovo kini dibunuh, giliran mereka pula selepas Bosnia, inilah bala yang menimpa umat islam kerana meninggalkan hukum Allah, walaubagaimanapun inilah tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan menghalang kuffar daripada mengambil bumi muslimin, inilah juga jalan "short-cut" untuk ke syurga, ikhwanku fillah, inilah masa kita untuk berjihad, persiapkanlah diri kamu!!!" , ceramah berapi-api dari Abu Eid Al-Albany di dalam bahasa 'Csciptar' yang diterjemahkan oleh ikhwah-ikhwah Albania yang menetap di London.

Rumah Abu Qatadah yang menjadi markaz perjumpaan mereka pada hari tersebut bergema dengan takbir. Pemuda-pemuda jihadi yang bersedia untuk dihantar ke mana sahaja medan jihad yang memerlukan mereka;demi mempertahankan Islam,muslimin, dan bumi kaum Muslimin!.

12/2/98

"Innamal A'maalu binniyaat " Al-Imam As-Syafi'e apabila mensyaratkan niat di dalam sesetengah ibadah berdasarkan hadith tadi menyatakan bahawa ianya adalah sebagai titik pemisah di antara "ibadat dan adat"!, ini telah disebut oleh al Imam As-Sayuti di dalam kitabnya " Al-Asybah wan Nazaai'ir " jelas Abu Munzir kepada kepada ikhwah-ikhwah dari Malaysia, Bosnia, Turki, Uzbek dan Kuwait di dalam bahasa Inggeris telo Gelicnya;

"Oleh itu kita bermain bola pada tiap-tiap pagi minggu ini adalah sebagai satu ibadah, ibadah untuk merealisasikan kata-kata Allah swt mafhumnya:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekeuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia,untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya,sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan di jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,dan kamu tidak akan dianiayai. - Surah Al-Anfal,ayat 60.

juga sebagai mengumpul kekuatan fizikal untuk berjihad!, Ikhwah yang ana kasihi sekalian, Rasulullah SAW pernah bersabda mafhumnya: " Sesiapa yang mati dalam keadaan belum pernah berjihad atau tidak pernah dibisikkan untuk berjihad maka dia mati sebagai munafik".

Adakah kita ingin mati sebagai seorang munafik?? Wal'iyaazubillah!" suaranya memecah kesunyian hening subuh di London Lyde Park, juga memecahkan semangat jihad di jiwa pemuda-pemuda di hadapannya. "Kita tidak seperti orang lain, main bola untuk hobi, sukan, suka-suka, mengisi masa lapang ataupun untuk memenangi piala tertentu, tetapi kita main untuk ibadah, dari itu kita mesti bersungguh-sungguh kerana ibadah memerlukan kesungguhan!".

Selepas tazkirah, bermulalah upacara riadah 'ibadah' tersebut, subuh ini menyaksikan sekumpulan pemuda-pemuda jihadi mempersiapkan diri mereka untuk menempah title syahid yang bakal mengundang pada bila-bila masa sahaja.

15/2/98 8.00 malam

"Akhie Abu Munzir, keluarga ana bersetuju untuk dijalankan pernikahan kita pada summer break ini, belanjanya seperti yang ana beritahu dulu, RM6500", Abu Munzir Al-Malizi membaca kata-kata yang tersusun di layar skrin notebook "Toshiba CDT6000" milik sahabatnya. 'E-mail' dari tunangnya Seroja, penuntut tahun akhir 'Quantity Survey' dari University of Sheffield.

25/4/98

Abu Munzir telah bersedia untuk berlepas ke Sudan bersama ahli-ahli jihadi yang lain, Abu Iman Al-Kuwaiti,Salman Al-Farisi,Bilal Al-Ameriki, Abu Yahya Al-Yamani dan lain-lain lagi.

Mereka akan ke Sudan dahulu untuk menerima latihan senjata secara intensif selama 3 bulan sebelum ke kosova.Kebanyakan mereka yang pergi adalah di kalangan yang terpilih berdasarkan penilaian Abu Qatadah, dari sudut komitmen mereka terhadap program-program, hafalan al-Quran, hadith-hadith, kesediaan fizikal dan mental, solat tahajjud dan lain-lain lagi yang boleh melayakkan mereka digelar "Jundullah". Heathrow - Sudan - Kosova - Jannah!!! Destinasi idaman pemuda-pemuda Jihadi;.

1/4/98

"Seroja ana minta maaf kerana terpaksa cancel plan kita tempohari, ana rasa kita terpaksa delaykan ke waktu lain,memandangkan ana tidak mempunyai duit yang cukupdan kemungkinan besar ana akan pergi ke Kosova untuk berjihad. Qaedah menyatakan: " Hendaklah didahulukan maslahah umum daripada maslahah khas" kaum muslimin di sana lebih memerlukan ana"

E-mail Abu Munzir kepada tunangnya,menjadi kebiasaan hujan dan banjir mengiringi pembacaan Seroja. Dia faham minat Abu Munzir,dan dia faham fikrah jihadi Abu Munzir, malah dia juga faham iltizam Abu Munzir dengan Syara'! Sepanjang pertunangan mereka, belum pernah berjumpa mahupun bertelefon. Hnya e-mail yang amat ringkas menjadi media perbincangan mereka. Perbezaan fikrah tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk membina masa depan bersama. Seroja masih ingat lagi bagaimana dia menerima taqdim Abu Munzir melalui 'Bait Muslim '. Awal-awal lagi dia telah diberitahu bahawa bakal suaminya nanti adalah seorang 'salafi jihadi', tapi dia tidak kisah, yang penting dia seorang muslim soleh yang akan dapat membimbingnya. " Semoga Allah bersamanya", doa Seroja dalam tangisan semalaman dek berita yang diterimanya.

1/7/98

"Peperangan di Kosova telah dapat dielakkan"-tajuk berita utama di dada akhbar-akhbar dunia. Di kaca-kaca TV wajah Albright bersama pemuka-pemuka Serb silih berganti, kejayaan polis dunia meredakan suasana, selepas pengganas-pengganas Serb berjaya membunuh ratusan ribu "Kosovar"(rakyat Kosova) lewat 5 bulan yang lalu. Seroja mengurut dada lega..Abu Munzir pasti akn pulang dari Sudan;tiada perang = walimah mereka 70% akan dijalankan. ' Personal Saving'nya cukup untuk menampung perbelanjaan mas kahwinnya, dia akan hubungi Abu Munzir! " Kalaulah orang tua ku tahu;" gerutu hati Seroja, tersenyum keseorangan, dilamuni impian kepulangan 'Mujahid Jihadi'nya

2/7/98

" Assalamualaikum miss Seroja,

"Think not of those who are killed in the way of Allah as dead, nay there are alive with their Lord and they are provision" - al-Imran: 169 Abu Munzir had gone away as a matyr in the holy war in Sudan (between the Ialamist and the christian-animimist rebelion).We are sure his soul now lying peacefully in the green bird throat that flying around the Arasy. His last deed is to send this e-mail to you and to tell you the compulsary of becoming a matry (syaheed). His last requirement from you is to join us and prepare yourself to be a "jihadist". " For further information call us - 0171 730 3422 ( Abu Qatadah ) or write to us via our correspond email address- ji-@jannah.liv.ac.uk "

Seroja redha...Seroja akur..Seroja bersedia untuk menempah tiket ke syurga seperti Abu Munzir…


BALIK