MASYARAKAT YANG TENAT
Manusia pada keseluruhannya - samada Islam atau bukan Islam, baik di Timur
maupun di Barat - kini diselubungi oleh bencana yang besar: kehidupan mereka
dikuasai oleh kebudayaan yang lahir atas dasar kebendaan semata-mata dan kini
sudah sebati dengannya. Cara hidup ini sama ada dalam bentuk praktiknya atau
pun teorinya didasarkan atas tapak yang goyang dan keliru. Bidang falsafah
dan sainsnya, nilai-nilai moral dan sistem kemasyarakatannya, undang-undang
dan politiknya; pendeknya setiap sudut kebudayaan ini bertolak dari titik
permulaan yang salah dan sejak itu telah menuju ke arah kesesatan. Dan
sekarang ia sedang menunggu masa sahaja untuk runtuh dan musnah samasekali.
(bersambung)