basmalah

 
WahaiDiri   | Persada TARBAWI | Zãdul-'ãmileen

Sahabat-sahabat yang dikasihi

Sekadar berkongsi hati dan rasa...
buat yg dah lama tak bertemu muka...
tak kira di mana mana saja...
terimalah salam sayang dan rindu saya...

Cuaca dan suasana amat berbeza...susah nak pasti
Mengikut Sunnah ia memang bergilir...silih berganti
Bagi si mukmin yang cekal lagi berani ...
Tiada putus hubungannya dengan ilahi.

Kadang2 cuaca cerah dan panas... semua ceria
Kadang2 pula gelap dan hujan...semua slow bersahaja
Kadang2 dia mendung dan gerhana...keliru dan alpa
Kadang2 dia berkabut dan ribut...sujud dan do'a saja

Apa kesan apa amalan,
Tiada yang terbaik melainkan,
sikit-sikit tapi berterusan,
Itulah nasihat rasul...itulah pesan.

Ke Kadang kita boleh berjumpa-jumpa,
Ke Kadang kita hanya sempat bertanya-tanya,
Ke Kadang kita hanya boleh berdo'a saja,
Tapi yang pasti ruh ukwh janganlah dipersenda.

Kekuatan kita bukan pada lahiriah,
Hati yang hidup sentiasa ditarbiyah,
samada sorang-sorang atau ketika berukhwah,
Pastikan diri tertingkat jangan bermudah.

Kuat Kita kuatlah Ummah,
Lemah kita Ummah dijajah,
Marilah kita tingkatkan islah,
Samada pada hati, aqal, jasad dan ukhwah,

Hati rindu, cemas, sedih, segala perasaan
Ma'lumlah cuaca buruk dan pelbagai kesan,
Kadang-kadang kita lupa dunia ni memang medan ujian,
Semuga Allah tingkatkan segala jihd & amalan.

Ya Allah...
Hidupkan hati-hati kami dengan keni'matan Da'awh dan Jihad di atas jalanMU.
Janganlah KAU matikan kami melainkan dalam keadaan syahid...ameen.

sahabatmu,
Abu Zahid


 
  PENGUNJUNG SEJAK 19 DISEMBER 1998
©NASHRULFIKR WEB PUBLISHING 1998
DisclaimerSuara TARBAWITazkirahAlQayyimWahaiDiri