basmalah

 
WahaiDiri   | Persada TARBAWI | Zãdul-'ãmileen


Yang Bercetak
Yang bercetak

berkuasa memujuk halus
meniadakan sesuatu yang wujud
memberitakan sesuatu yang tiada inti cerita.


Para pengkaji membeliakkan mata
membaca mesra baris demi baris
kata-kata dusta yang bersalut seloka
di padang dakwat yang menimbun daki-daki ibu jari
kononnya
Si anu pejuang tulen
walhal ia petualang besar
Si polan sunguh sopan
pada hal ibu bapa di desa mesti datang kepadanya
Berseluar pendek menggonggong paip putih
kerana martabat kerja melarang ia ke desa.


Berkajanglah notakaki
memberitakan perkara-perkara yang
bukan cerita mahupun seloka.


Yang bercetak merekakan cerita
menutup hati
membuka mata
tanpa suara.


MR (Hijau Warna)
16.10.2001
  PENGUNJUNG SEJAK 19 DISEMBER 1998
©NASHRULFIKR WEB PUBLISHING 1998
DisclaimerSuara TARBAWITazkirahAlQayyimWahaiDiri