BIODATA GURU LATIH KANAN
SILAT PUSAKA GAYUNG MALAYSIA |
Abd
Majid Bin Md Isa, dilahirkan pada 55 tahun yang lalu. Berasal dari Kg Kepala
Bukit, Gurun, Kedah Darulaman. Mula bergiat dalam Seni Silat Gayung pada
1956, melalui Mahaguru Meor Abd Aziz, Daing Uda Mohd Hashim (Bapa) serta
Tuan Guru Haji Hussain Dol (seorang
alim ulama). Beliau telah diarahkan oleh Mahaguru Meor Abd Rahman (adik Mahaguru Abd Aziz) dan Allahyarham Dato' Oon Jaafar mendalami ilmu persilatan ini di pusat latihan Seni Silat Gayung School Wood Land Singapura pada tahun 1959, selama setahun. Setelah segalanya selesai beliau pulang ke Kedah dan menjadi jurulatih di sana sebagai Guru Tertinggi pada tahun 1960. Pada penghujung tahun 1961 sekali lagi beliau ke Singapura mendalami ilmu bermain senjata (keris) dan paada pertengahan 1962, beliau pulang semula ke Kedah dan di sini beliau melatih murid-murid bermain senjata sehingga kini. Tempat-tempat yang pernah beliau ajar seperti di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Trengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Penang dan Medan Indonesia. Beliau mempunyai anak seramai 10 orang (7 lelaki dan 3 perempuan) |