MATAPELAJARAN PUSAKA GAYONG |
Mata pelajaran silat ini dibahagikan kepada 7 peringkat di mana ujian-ujian yang tertentu akan diadakan pada tiap-tiap peringkat untuk menentukan kecekapan dan kebolehan seorang ahli sebelum ke peringkat yang seterusnya. Mata pelajaran adalahseperti berikut: |
1.TapakPusakaGayung
Tapak Pusaka Gayung akan diajarkan kepada ahli-ahli yangbaru iaitu cara-cara
senaman, gerakan senaman anak
|
|
|
2a.
Seni Pusaka Gayung (Parang)
Pelajaran ini hanya diajar kepada ahli-ahli Gayung yang habis mempelajari
matapelajaran Tapak Pusaka Gayung, tetapi mestilah mandi (memasuki) Seni
Gayung. Mata pelajarannya akan diajar cara-cara tangkapan pisau sebanyak
25 tangkapan kunci mati, dan cara-cara bermain pentas pisau. Diajar juga
tangkapan parang panjang serta bermain pentas parang panjang.
2b. Seni Pusaka Gayung (Lembing) Pelajaran Lembing adalah di peringkat ke 4 iaitu Simbat, tetapi mata
tikamannya tajam.
|
|
3. Seni Keris
Pelajaran ini diajar kepada ahli-ahli yang telah habis belajar pelajaran
Seni Gayung, iaitu cara-cara bermain tikaman keris
|
|
4. Seni Simbat
Matapelajaran ini diajarkan kepada ahli-ahli yang telah habis bermain
tikaman keris. Matapelajarannya ialah cara-cara tangkapan orang hendak
memukul dengan beda panjang seperti kayu, rotan, lembing dan seumpamanya.
|
|
5. Seni Yoi
Pelajaran ini diajar setelah habis pelajaran Seni Simbat. Pelajarannya adalah cara-cara mengalahkan musuh yang lebih besar atau kuat dari kita. Cara bermain ialah lompat melompat, tipu menipu seperti kera atau monyet, kaedahnya seperti ulat jejentik. |
6. Seni Cindai
Pelajaran ini hanya diajarkan kepada wanita dan orang yang berumur 40 an sahaja. Permainan ini sangat merbahaya dan memerlukan kesabaran. Apabila berada dalam keadaan terdesak atau perlu sahaja barulah kita boleh bertindak menggunakan Seni Cindai iaitu dengan menggunakan selendang, kain tudung, tali, kain pakai, bengkong, tali pinggang, tali ikat kepala, dan rantai. |
|
7. Seni Belian Pelajaran ini diajar kepada orang tertentu sahaja, sebab ia menggunakan ilmu kebatinan. Orang yang mempelajari Seni Belian ini hendaklah beramal Qulhuallah 70 ribu dan ayat sembilan 17 kali sehari semalam. Apabila kita dalam keadaan terdesak atau terpaksa, kita akan mendapat pertolongan dari Allah dan permainan kita bertukar bermain seperti harimau. |