SALASILAH PEWARISAN PUSAKA GAYONG |
Gayong,
nama seorang hulubalang melayu yang teragong. Dia berpegang teguh pada
amanah dan perintah Allah, seterusnya melahirkan Seni Gayong.
Seni Gayong, Tujuh hulubalang adik beradik belayar di Lautan Tujuh. Mereka berpantun ditengah lautan katanya: Pecah Gayong di dalam
dulang,
Mereka berpecah di seluruh Tanah Besar Melayu. Namanya DaingJalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelonggi dan Daing Kuning. Daing Kuning mewarisi kepada Long Che Ngah tambah kemudian Long Che Ngah tambah mewarisi kepada Daing Uda Muhamad Hashim, di sinilah tertubuhnya Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ditubuhkan pada tahun 1938, dengan usaha Dato' Daeng Uda Mohammad Hashim bersama anak-anaknya iaitu Daeng Meor Abd Aziz dan Daeng Meor Abd Rahman (Mahaguru Dato' Meor Abd Rahman berpusat di Ayer Kuning, Taiping, Perak. Pada tahun 1940, Dato' Meor Abd Rahman telah mengembangkan silat di Singapura. Pada tahun 1950, Dato' Meor Abd Aziz telah mengembangkan Silat Seni Gayong di Seberang Perai, Pulau Pinang. Pada tahun 1955, Allahyarham Tunku Kassim(Tunku Laksamana) telah membawa Dato' Meor Abdul Rahman dan ahli-ahli Silat Seni Gayong dari Singapura membuat persembahan di Istana Sultan Kedah dan menyertai Gayong. Pada tahun 1956 Pak Lang Yusuff Salleh dan saudara-saudaranya menyertai Silat Seni Gayong melalui Dato' Meor Abd Aziz. Pada bulan April 1957, Abd Majid Md Isa menyertai Silat Seni Gayong, berlatih dengan Guru Latih Ismail Mansor selama setahun dan pada tahun 1958 digantikan dengan Cikgu Qamari Melan dari Singapura. Pada tahun 1959, Dato' Meor Abd Rahman bersama Dato' Oon Jaafar dan ketua-ketua Silat Seni Gayong Singapura dan Johor membuat lawatan ke Kedah, dan membawa Abd Majid Md Isa ke Singapura untuk menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Silat Seni Gayong Singapura. Pada tahun 1960, Abd Majid Md Isa dilantik menjadi Guru Latih, seterusnya menjadi Guru Latih di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Ramai muda-mudi di Kedah menyertainya iaitu Cikgu Ramli Ibrahim, Awang Daud, Ibrahim Abdullah, Hashim Muhamad, Ismail Chik, Samad Said, Ahmad Lazim serta lain-lain lagi. Pada tahun 1961, Abd Majid Md Isa sekali lagi dipanggil oleh Dato' Meor Abd Rahman ke Singapura untuk menjalani latihan bermain senjata seperti pisau, keris, sembat, seterusnya dilantik menjadi Guru Latih tertinggi di seluruh Malaysia, ditugaskan mengajar Silat Seni Gayong. Pada tahun 1962, Abd Majid Mat Isa, Ramli Mat Araff, Ramli Ibrahim dan Kamsiah Rashid telah dibawa oleh Dato' Meor Abd Rahman dari Kedah ke Singapura untuk membuat persembahan silat dan mendapat sambutan dari seluruh masyarakat melayu. Pada tahun 1963, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia didaftarkan dan diluluskan dengan nombor pendaftarannya 361 di Johor Baharu atas usaha Dato' Oon Jaafar. Pada tahun 1964, Perdana Gayong Pertama diadakan di Stadium Alor Setar, Kedah. Wang pungutan sebanyak RM 12,000 telah berjaya dipungut atas usaha Cikgu Md Nanyan Saad, Cikgu Othman Hanafiah dan lain-lain lagi. Pada tahun 1965, Abd Majid Mat Isa melangsungkan perkahwinan dengan Enah bt Yaman, dan pada tahun ini juga Abd Majid Mat Isa bersama-sama Dato' Meor Abd Rahman, Siti Kalsom dan Md Khir Saad pergi ke Trengganu dan Kelantan untuk mengembangkan Silat seni Gayong. Pada tahun 1976, Abd Majid Mat Isa, bersama-sama 12 orang ahli Seni Silat Gayong telah mengadakan pertunjukan di Medan, Indonesia. Pada Ogos 1977, Abd majid Mat Isa telah dipecat daripada Guru Latih Tertinggi oleh Dato' Meor Abd Rahman. Pada April 1978, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ditubuhkan dengan no. pendaftaran 1756. Pada mulanya hanya 6 cawangan ditubuhkan iaitu 5 di Kedah dan 1 di Perlis dengan ahli seramai 200 orang. Pertubuhan ini bergerak dengan baik pada mulanya, Ia dapat menyusun mesyuarat agong selama 10 tahun, tetapi akhirnya tidak dapat bergerak kerana banyak cawangan dibubarkan pendaftarannya. Pada tahun 1994, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia berpecah menjadi dua, maka lahirlah Silat Seni Gayong Warisan Serantau yang dipimpin oleh Encik Badekrulzaman. Pada 31 Disember 1994, Pertubuhan Gayong Malaysia telah mengadakan Perdana Gayong kali ke2 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah. Cawangan-cawangan yang didaftarkan 6 cawangan di Kedah, 1 di Perlis, 7 di Pulau Pinang, 1 di Selangor, 1 di Johor, 1 di Melaka, 2 di Trengganu, 5 di Pahang, dan 10 di Kelantan. Ahli-ahlinya lebih kurang 10, 000 orang. Perrtubuhan Seni Silat Pusaka Gayong masih berjalan dengan baik dan dapat mengadakan kursus-kursus pelajaran, persembahan silat serta menyertai pertandingan-pertandingan silat seni dan menjuarainya setiap tahun. Walaupun Dato' Meor Abd Rahman dan Pak Lang Yusuff telah meninggal dunia,
usaha untuk menyatukan gayong masih tidak berjaya. Oleh itu marilah kita
bersama-sama berusaha dan mengembelingkan usaha memajukan pertubuhan ini.
Walaupun apa terjadi kita akan terus berusaha menyatukan kembali gayong
kita melaui Adat Istiadat Gayong agar tercapai perpaduan bangsa Melayu.
Insyaallah kita akan berjaya dengan berkat kesabaran dan keimanan, Allah
akan memberi pertolongan akan niat baik kita ini.
|