KOMPLOT DAN KONSPIRASI ANWAR

Sesetengah pihak pernah bertanya adakah Anwar pernah berkomplot dalam politiknya? Setelah analisis dibuat, Anwar bukan sahaja berkomplot tetapi turut mengatur konspirasi untuk menggulingkan Dr Mahathir. Cara Anwar bertindak untuk menggulingkan Dr Mahathir ialah dengan menggulingkan penyokong-penyokong kuat Dr Mahathir.

Sebagai contoh, di dalam parti komponen Barisan Nasional, beliau telah memasang proksi-proksi beliau.

Matlamat utama ialah untuk merombak Parti UMNO dalam usaha beliau untuk berkuasa.Sebagai contoh, Sanusi Junid perlu digulingkan dari jawatan Ketua Bahagian UMNO Langkawi dan Aziz Shamsudin perlu digulingkan dari jawatan Ketua Bahagian UMNO Gopeng,

Di peringkat parti MCA pula, Dato' Lee Kim Sai diatur untuk meggulingkan Dr Ling Liong Sik, seorang penyokong kuat Dr Mahathir.

Manakala dalam parti Gerakan, Dato' Joseph Chong didukung untuk menggulingkan Dr Lim Keng Yaik.

Di samping itu juga dalam parti MIC pula, Dato' Nallakaruppan dipasang untuk menentang Dato Samy Vellu.

Di Sarawak, Dato' Sng pula disiapkan untuk menentang Dato' Leo Moggie manakala Datp' Abang Johari disipakan untuk mengambil alih jawatan Tan Sri Taib Mahmud.

Di Sabah pula, Dato' Salleh Said Keruak bekas Ketua Menteri Sabah dipupuk untuk mengambil alih pucuk pimpinan Dato' Osu Sukam.

Begitulah sedikit gambaran mengenai komplot dan konspirasi Anwar Ibrahim untuk bertakhta di Malaysia.

Pemerhati Politik
Kampung Keranaan, Ranau