Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Khalid Ali dipetik dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu sebagai berkata, beliau hairan bagaimana laporan ujian klinikal berhubung kes keracunan arsenik Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibocorkan kepada The Straits Times, Singapura.
Katanya lagi, laporan tersebut hanya diketahui oleh Anwar sahaja dan beliau (Dr Khalid) telah meminta kerjasamanya untuk merahsiakan perkara itu terlebih dahulu sehingga mahkamah dimaklumkan mengenainya. Bgaimanpun, Anwar dikatakan mahu memberitahu isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai hasil ujian tersebut.
Memandangkan hanya Anwar dan mungkin Dr Wan Azizah yang tahu mengenai perkara tersebut, besar kemungkinan salah seorang daripada mereka yang membocorkan perkara tersebut. Sekarang pihak HUKM mungkin lebih mengenali siapa Anwar sebenarnya. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dirinya.
Dalam hal ini, besar kemungkinan perkara tersebut dibocorkan oleh Anwar sendiri menerusi isteri beliau dengan tujuan mengurangkan pandangan negatif orang ramai terutama media asing terhadap beliau dan penyokongnya apabila pihak berkuasa mendedahkan hasil laporan tersebut.
Kita tahu media asing termasuk akhbar, majalah dan TV begitu kuat menyokong beliau.
Semoga kes ini memberi kesedaran kepada pihak HUKM terhadap manusia seperti Anwar.
KHAIRUL
Kampung Baru, KL