Dalam bab terakhir buku 'Tersungkur di Pintu Syurga", isu ketaksuban kepada pemimpin telah dibincangkan. Ada yang mengatakan ketaksuban ini menjadi elemen yang memusnahkan gerakan al Arqam. Penulis buku ini telah bersetuju bahawa taksub adalah salah satu elemen penting yang telah memusnahkan gerakan al Arqam. Ketaksuban dalam al Arqam adalah satu ketaatan melulu hingga menutup pintu perbincangan dan syuro. Dalam al Arqam atau mana-mana sahaja kumpulan yang mempunyai unsur-insur taksub, nama taksub itu sendiri tidak timbul. Mungkin dari segi istilah berbeza, misalnya "cinta yang mendalam" atau apa-apa jua nama seumpamanya. Tapi isinya sama yakni ketaatan yang menafikan syariat, rasional dan fitrah manusia. Memang masih ada perbincangan tetapi perbincangan yang telah ditentukan keputusannya. Yakni, perbincangan meneliti tepat atau tidaknya, buruk atau baiknya sesuatu dasar atau pendekatan dalam membuat sesuatu keputusan.
Komen
Saya berpendapat jika ketaksuban kepada pemimpin yang telah diamalkan oleh pengikut al Arqam telah membawa kepada sifat yang terlalu taksub hingga hilang pertimbangan pengikut-pengikutnya dan memyebabkan pemikiran dan tindak- tanduk mereka menjadi tidak rasional.Sebagai manusia biasa, perasaan taksub kepada pemimpin perlu dikikis kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam. Adakah eloknya jika pengikut-pengikut Anwar Ibrahim serta pendokong-pendokong reformasi agar berfikir sejenak dan memberhentikan sifat taksub kepada pemimpin kerana ini akan mendatangkan kehancuran kepada masyarakat.
Penganalisis buku
Batu Caves