CALON DUN PULAU TAWAR - N11
MUHAMED BIN WAHID

BIODATA

Beliau dilahirkan pada 24 Januari 1962 bersamaan hari  
Rabu , 17 Shabaan 1381 dan sekarang ini berumur 37 tahu . Belaiu berasal dan dilahirkan di Kampung  Pulau Tawar , Jerantut Pahang .
Sekarang ini beliau  merupakan Setiausaha  PAS Kawasan Jerantut dan Ketua PAS Cawangan Pulau Tawar .Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pulau Tawar dan pendidikan menengah  di  Sekolah  Menengah  Pulau Tawar sebelum  melanjutkan pelajaran di Sekolah  Menengah Jerantut dan akhirnya menamatkan persekolahan di Termerloh dengan memperolehi HCE.
Beliau mula bekecimpung dalam bidang politik pada tahun 1984 sebagai ahli biasa PAS .  Pada tahun 1985 beliau telah dilantik sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Pulau Tawar sehingga tahun 1999. Pada mesyuarat agong PAS Cawangan Pulau Tawar 1999 , beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Ketua PAS Cawangan Pulau Tawar bagi sessi 1999/2001 .Beliau juga adalah merupakan AJK PAS Kawasan Jerantut dari tahun 1989 - 1999 . Beliau adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerantut dari 1989 - 1999 . Beliau juga telah dilantik sebagai EXCO Pemuda PAS Negeri Pahang sejak dari tahun 1989 sehingga tahun 1999. Pada mesyuarat agong PAS Kawasan Jerantut bagi sessi 1999/2001 , beliau telah diberi tanggungjawab sebagi Setiausaha PAS Kawasan Jerantut Beliau berkahwin pada tahun 1988 dan telah dikurniakan 4 orang anak. Beliau pernah berkhidmat dengan Jabatan Haiwan Jerantut dari tahun 1981 sehingga tahun 1997. Beliau sekarang menetap di Kampung Kedondong , Pulau Tawar.

BELIAU TELAH BERSEDIA UNTUK BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT DI DALAM DUN PULAU TAWAR