Alhamdulillah.......syukur kepada Allah calon-calon
Barisan Alternatif berjaya mencalonkan diri mereka untuk bertanding
pada kali ini .
Sesuatu yang diluar jangkaan adalah kehadiran begitu ramai penyokong
Barisan Alternatif ke perarakkan calon ynag bermula dari di hadapan Masjid
Besar Jerantut dan berarak melalui Bandar Lama Jerantut dan seterusnya
melintasi Balai Polis Jerantut dan naik ke jalan bukit menuju ke Mahkamah
dan melalui Pujabat Kerajaan Lama seterusnya melalui Pejabat Risda
dan berakhir di Pejabat Daerah Jerantut.
Kehadiran yang begitu ramai penyokong memang diluar jangkaan.....cuba
saudara/i bayang kan jumlah penyokong BA kali ini.......Jika rombongan
di hadapan sudah berada di Pejabat RISDA tetapi orang di belakang masih
berada di Pejabat POS Lama .
Begitulah ramainya orang kali ini. Mengikut cerita orang yang pernah
hadir masa penamaan calon PAS pada pilihanraya 1995. Jumlah kali ini adalah
3 kali ganda lebih ramai dari dulu.
Tahniah juga kepada muslimat yang hadir pada kali ini. Separuh daripada mereka yang hadir pada kali ini adalah MUSLIMAT. Dan ianya pula terdiri dari MUSLIMAT yang berumur 40 tahun keatas. Ini menunjukkan bahawa muslimat di daerah Jerantut kini sudah sedar akan keburukan Barisan Nasional......
Pada perancangan awal setiap DUN dalam Parlimen Jerantut akan hantar 300 orang .....bermakna kalau 3 DUN akan ada 900 orang penyokong BA. Tapi cuba saudara/i bayangkan perenggan dibawah ini.
Saya bertanya kepada seorang PENEROKA FELDA SG RETANG dari DUN Tahan ....... dia mengatakan bahawa FELDA Sungai Retang sahaja pada kali ini menghantar rombongan yang terdiri dari 50 buah kereta............kalau satu kereta muat 4 orang sudah 200 orang......
Lepas tu saya bayangkan kalau setiap FELDA ada 50 kereta yang pergi bayangkanlah ada berapa ribu orang pada masa penamaan calon itu ........ Parlimen Jerantut ada 13 FELDA .....belum lagi campur kampung-kampung tradisional dan bandar Jerantut sendiri.......Kampung Pulau Tawar sahaja menghantar lebih kurang 100 orang.
Semua mereka yang pergi itu pergi atas perbelanjaan sendiri.......tiada sponsor tapi BN..............
Sedih memikirkan tentang penyokong BN .........Di Kota Gelanggi....... mereka dibawa menaiki BAS Mewah........begitu juga di Pulau Tawar BAS disediakan....sampai disana.....bendera diberi .....baju diberi .....topi diberi....air mineral diberi.......kemudian nasi bungkus diberi......semuanya percuma tapi itupun masih kurang penyokong yang hadir......tak sampai 1/3 dari jumlah penyokong BA.........Salah seorang pekerja di Pejabat RISDA mengatakan bahawa perarakan BA mengambil masa 30 minute untuk melintasi Pejabat FELDA sedangkan perarakan BN mengambil masa kurang dari 10 minit untuk melintasi Bangunan Risda.......Seorang sahabat saya bertanya kepada salah seorang penyokong BN ........ " awak ni dari mana .....? dia menjawab "pusat serenti" kata dia lagi mereka dibayar sehingga pukul 11 . disebabkan BN tak mahu bayar overtime untuk masa selepas pukul 12 maka semua budak serenti tu balik.....oleh itu tinggal hanya penyokong yang benar-benar tulin yang tak sampai pun 50 orang sehingga Pegawai SPR menumunkan calon-calon yang bertanding pada pukul 1:30 petang....
Sebaik sahaja calon-calon diumumkan laungan takbir dan selawat berkumandang di sekitar Pejabat daerah sedang bila Penyokong Barisan Alternatif mengatakan ALLAH MAHA BESAR penyokong BN menyahut dengan HIDUP MAHATHIR , HIDUP UMNO..........
Kalau diamati betul-betul laungan tersebut akan didengar seperti berikut....(BA KATA).....ALLAH MAHA BESAR ...(BN KATA ) HIDUP MAHATHIR..........ianya seolah-olah seperti berikut ALLH MAHA BESAR ....(UMNO KATA BUKAN ....HIDUP MAHATHIR).
Ada juga penyokong BN yang bilamana BA melaungkan ALLAHuAKBAR ....mereka
mengatakan kita memanggil hujan.....(hujan renyai ditengaari tersebut....walaubagaimanapun
penyokong BA tetap tidak berganjak)
sekian...
wasalam