UCAPAN DASAR YDP PAS KAWASAN JERANTUT
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Saudara/i sekalian ,pertama sekali saya mengucapkan syukur ke pada Allah s.w.t kerana dengan rahmatNya dan belas kasihanNya maka dikurnia olehNya ilmuNya untuk diguna pakai oleh kita sebagai hambanya untuk bagi tujuan menyebarkan agamaNya di seluruh pelusuk dunia ini. Ilmu Teknologi Maklumat dikurniakan Allah kepada kita ini adalah sangat sedikit jika hendak dibanding kan dengan ilmu yang dimiliki oleh Allah. Maka denga itu hendaklah kita bersyukur dengan kurnia Allah ini . Gunakanlah Teknologi ini untuk kita mentakbir bumi Allah ini dengan sebaik mungkin berpandukan Al Quran dan Al Hadis.
Saya amat berbangga dengan kedudukan kita jauh dipedalaman Malaysia ini dunia luar masih dapat mengenal kita dengan ada sambungan internet ini . Saya harapkan laman web PAS Kawasan Jerantut ini akan menjadi satu sumber rujukan penting kepada semua masyarakat yang ingin mengenali daerah Jerantut dan PAS.
Syukur kehadrat Allah setelah kita bertahun-tahun berjuang untuk menegakkan hukum Allah dibumi Jerantut ini maka pada 29 November 1999 dulu kita telah dikurniakan dengan satu DUN untuk ditadbir oleh PAS dan sebagai medan ujian kepada PAS untuk terus maju pada masa akan datang. Walaupun kita meletakan 4 calon untuk bertanding di Parlimen Jerantut , DUN Tahan , Pulau Tawar dan Damak hanya satu kawasan yang kita menang tapi kawasan Pulau Tawar hanya kalah sedikit sahaja dan potensi di Damak pada masa akan datang amat cerah untuk kita menang .
Saudara/i yang dihormati ,
Perjuangan kita adalah adalah satu proses . Proses bermakna kegiatan
yang terus menerus dilaksanakan . Proses itu boleh dibahagikan kepada tahap-tahap
tertentu menurut jangka-jangka waktu atau hasil tertentu yang diharapkan
untuk dicapai.
Jadi apakah matlamat perjuangan kita ? Matlamat akhir kita adalah untuk
memperjuangkan cita-cita Islam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan
negara. Kita berjuang dalam sebuah negar demokrasi. Kita tidak boleh terus
memerintah , kita memerlukan undi majoriti rakayat Malaysia . Untuk mendapatkan
undi majoriti itulah maka perlu memulakan proses perjuangan kita . Mula-mula
kita perlu mentarbiyyahkan diri kita dan masyarakat . Kita lengkapkan diri
kita dengan ILMU dan IMAN , kemudian , dengan ILMU dan AKHLAK yang kita
ada kita perlu didik masyarakat untuk menerima didikan kita . Kita juga
perlu kukuhkan organisasi kita . Organisasi tidak dapat berjalan
dengan baik tanpa sumber manusia yang berkualiti dan kewangan yang mencukupi
. Oleh itu kita perlu re-engineering organisasi kita , sumber manusia
yang kita ada perlu diberi latihan secukupnya supaya lebih produktif .
Ekonomi kita perlu di tingkatkan dan Insyaalahh majoriti undi akan berpihak
kepada kita .
Saudara/i yang dihormati ,
Ada pihak mencanangkan keseluruh pelusuk negara bahawa PAS menjadi punca pepecahan Melayu di Malaysia sekarnag ini . Sedarlah saudara/i sekalian , wujudnya pepecahan dan keretakan dalam masyarakat Melayu dinegara kita bukanlah kerana terdapatnya Parti yang mempunyai nama Islam seperti PAS atau kerana Islam telah dinamakan kepada parti Politik , tetapi adalah kerana orang-orang yang mengaku beragama Islam tidak mahu mematuhi dan menghayati ajaran , konsep dan cara hidup Islam itu sendiri . Mereka tidak mahu , sebagaimana diperintahkan oleh Allah bersatu dibawah panji-panji Islam , sebaliknya lebih senang memilih dan mengikuti sistem lain yang sekular dan materialis . Mereka tidak senang dan mencurigai pula orang-orang yang ingin hendak menghayati dan menegakkan sistem Islam itu .
Kekecewaan pemimpin UMNO terhadap penolakkan majoriti orang Melayu terhadap calon mereka itu , mendorong pemimpin UMNo membangkitkan terus isu tersebut . Atas keadaan itu , kita dapat mengerti bahawa isu ini sengaja disemarakkan , mungkin sehingga pilihanraya umum akan datang , untuk menarik kembali sokongan orang Melayu terhadap UMNO . Disinilah pemimpin UMNO tidak dapat membaca minda rakyat , khususnya orang Melayu dan generasi baru yang mempunyai pandangan yang sangat kritis terhadap UMNO . Mereka memandang UMNO begitu hudoh kerana parti itu senonim dengan kezaliman , rasuah , kronisme , penyelewengan dan sebagainya . Pemimpina UMNO tidak akan dapat membaiki imej ini kerana mereka sendiri tersu bersengkongkol dengan perbutan seumpama itu
Justeru , usha berhempas pulas pemimpin UMNO dan media massa mereka untuk memburuk-burukkan PAS tidak akan berjaya . Pilihan raya umum yang akan datang , InsyaAllah akan menyaksikan sokongan yang betamabah kepada PAS dan parti lain dlaam Barisan Alternatif .
Akhir sekali pesanan saya kepada semua ahli dan penyokong PAS Jerantut agar meningkatkan ketahanan IMAN , kewaspadaan dan kegigihan daya juang dan InsyaAllah tahun 2004 kemenangan yang lebih besar menanti kita.
Wassalamu'alaikum w.w