http://PAS_Pulau_Tawar.tripod.com
BERITA UTAMA

Simpang Pulau Tawar 12 Mac 2001
PAS Pulau Tawar melahirkan rasa kesal di atas tindakan Ketua Kampung Bukit Rang  yang tidak membenarkan ahli PAS mengadakan Mesyuarat Agong cawangan PAS Pulau Tawar di Balai Raya  kampung tersebut . Sepatutnya balai raya tersebut adalah bebas digunakan oleh semua lapisan masyarakat di kampung . Yang menghairankan Mesyuarat Agong UMNO dibenarkan untuk diadakan di Balai Raya tersebut

Kampung Masjid 6 Mac 2001
PAS Pulau Tawar telah berjaya menganjurkan majlis qurban pada hari raya eidul adha yang pertama . Sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan dan diagih-agihkan kepada masyarakat setempat. Acara korban dimulakan sebaik sahaja selesai Majlis Sembahyanag Hari Raya Eidul Adha.

Bukit Rang 5 Mac 2001
Mesyuarat Agong PAS Cawangan Pulau Tawar telah diadakan pada 4/3/2001 jam 9:30 malam bertempat di Padang Bola
Simpang Pulau Tawar dengan dirasmikan oleh Ketua PAS Pulau Tawar dan Majlis Penutupan Rasmi dilakukan oleh ADUN
Tahan YB Abdul Malek Yusof . Mesyuarat telah dihadiri oleh lebih daripada 210 orang ahli PAS Pulau Tawar. Majlis bersetuju
mengekalkan saudar Mohamed Bin Wahed sebagai Ketua Cawangan Pulau Tawar . Antara resolusi yang dicapai ialah
menubuhkan cawangan baru iaitu cawangan Perian dan Bukit Rang . Mesyuarat bersetuju untuk melantik Saudara Abdul Manaf
Kasim sebagai Ketua Penaja PAS Cawangan Bukit Rang dan Saudara Harun sebagai Ketua Penaja PAS Cawangan Perian.
Mesyuarat bersetuju untuk menubhkan satu tabung dana ekonomi. 
 

Kampung Kedondong 4 Mac 2001
Mesyuarat Agong Pemuda PAS Pulau Tawar telah selamat di jalankan pada 3/3/2001 bertempat di Markaz PAS Pulau Tawar.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh saudara Abdul Shukor Salleh dan telah dirasmikan oleh Bekas Calon PAS DUN Pulau
Tawar , Saudara Mohamed Bin Wahed. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh hampir 120 orang ahli Pemuda PAS Pulau Tawar.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memilih AJK baru bagi sessi 2001/2003 . Saudara Akmal Azaham telah dipilih dengan
undian majoriti untuk mengetuai  Pemuda PAS Cawangan Pulau Tawar sementara Saudara Fadhli Bin Malek (Poe) diberi
kepecayaan oleh sebulat suara sebagai Naib Ketua Pemuda. Beberapa resolusi telah dicapai hasil perbahasan hangat dikalangan
ahli-ahli . Antaranya ialah mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan Unit Amal Syabab , meneruskan usrah bulanan ,
memlaksanakan projek ekonomi. Mesyuarat juga bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pemuda Cawangan Perian
dan Bukit Rang . Saudara Bakri Omar telah dipilih sebagai Ketua Penaja Pemuda Bukit Rang dan Saudara Ahmad Shukri Idris
sebagai Ketua Penaja Pemuda Perian. 

Pulau Tawar 25 Febuari 2001
Pas Cawangan Pulau Tawar akan mengadakan Mesyuarat Agong pada 4 March 2001 ( Ahad ) . Jawatankuasa Pas Cawangan
sangat berharap agar semua ahli dan penyokong PAS Pulau Tawar dapat menghadiri mesyuarat tersebut . Banyak perkara yang
akan di perdebatkan pada Mesyuarat tersebut . Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Saudara Abdul Majid Awang
Sulong di talian 09-2672668 . 

Kg Masjid 23 Febuari 2001
Pas Cawangan Pulau Tawar akan seperti tahun sebelumnya mengadakan majlis korban pada 10 , 11 dan 12 Zulhijjah . Setakat ini
sebanyak 10 ekor lembu/kerbau akan dikorbankan oleh ahli-ahli . Ahli yang ingin menyertai program ini masih boleh berbuat
demikian dengan menghubungi saudara Abdul Majid ditalian 09-2672668. 

Kampung Perian 4 Febuari 2001
Ahli PAS Pulau Tawar meraikan perkhawinan anak salah seorang ahlinya.

Kampung Perian 27 Januari 2001
Ahli PAS Pulau Tawar meraikan perkhawinan ahlinya. 

Simpang Pulau Tawar 1 hb Januari 2001 
PAS Pulau Tawar denga kerjasama Sekretariat Anak Pulau Tawar di Perantauan telah berjaya mengada satu Majlis Sambuatn
Aidil Fitri pada 31 Disember 2000 yang lalu . Majlis yang diadakan bermula jam 9:00 malam itu sebenarnya telah bermuala seawal
pagi jam 9:00 pagi dengan acara mencari buluh lemang serta memasak lemak . Special menu pada hari tersebut ialah rendang
ayam belanda . tiga ekor ayam belanda menjadi korban . Sebanyak 300 puntong lemang telah dimasak pada hari terssebut .Majlis
telah dirasmikan oleh YB Abdul malek Yusof ADUN Tahan.  Wakil-wakil anak perantuan telah berkesempatan mencurahkan
rasa hati mereka pada hari tersebut dengan berucap di pentas. Majlis juga telah dihadiri oleh beberapa anggota polis dari balai polis
jerantut..... sedap ke lemang dato ???? sapa yang repot pada hari tu ???? 

Pulau Tawar 21 Ogos 2000
PAS Cawangan Pulau Tawar akan mengadakan Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah pada 2 dan 3 September 2000. Pertandingan
adalah bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan dikalangan Pemuda Kampung Pulau Tawar. Perasmian akan dilakukan
oleh YAB ADUN Tahan En Abdul Malek Yusof yang juga YDP PAS Kawasan Jerantut dan bekas Setiausaha PAS Pahang. 

Pulau Tawar 18 Ogos 2000
PAS Pulau Tawar juga telah berjaya membentuk sebuah organisasi yang akan merancang usaha-usaha kearah memakmurkan
ekonomi ahli . Oleh itu satu mesyuarat penubuhan koperasi akan diadakan pada 1 September 2000 . Semua ahli diminta hadir bagi
mencukupkan 100 orang ahli. Pegawai koperasi akan datang untuk menyaksikan kesungguhan ahli dalam menjayakan koperasi
ini.. 

Kampung Masjid 15 Ogos 2000
Satu majlis pelancaran Unit Amal Nisa' peringakat Kawasan Jerantut akan diadakan pada 19 Ogos 2000 jam 9 pagi bertempat di
Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Tawar di Kg Masjid. Perasmian akan diadakan oleh ADUN Kawasan Tahan. 
 

Kg Perian 12 Ogos 2000 
Beberapa kuliah akan dilaksanakan oleh  Muslimat PAS Pualau Tawar . Diantara kulaih yang akan diadakan adalah Kuliah Dhoha
dan lain-lain lagi . Semua aktiviti akan diadakan di Surau Muhajirin Simpang Pualau Tawar. 

Kg Perian 11 Ogos 2000 
Satu Jawatankuasa bagi pembinaan Markaz Tetap Pas Pulau Tawar telah ditubuhkan oleh itu semua ahli dapat kiranya menderma
kearah merealisasikan impian kita untuk memlikli Markaz sendiri. Kos adalah dijangkan sebanyak RM150,000.00. 

Perian 29 November 1999
7:30 pagi kelihatan begitu ramai pengundi datang kepondok panas pas untuk melihat senarai pendataran.Pekerja dipondok panas agak kelam kabut kerana orang datang ramai serentak.
10:30 Dari senarai yang dtang mengundi menunjukkan pengundi memihak kepada PAS
12:30 Perayu undi BN kelihatan resah kerana lebih ramai pengundi datang kepada pondok panas PAS
3:00 pm orang semakin kurang pekerja PAS begitu yakin UPU PUlau Tawar akan dimenangi oleh PAS.
3:30 pm BN semakin resah
4:30 pm PAS semakin yakin
5:00 pm peti undi ditutup dan kiraan dijalankan
6:30 pm yeahhhh kita menang di UPU Pulau Tawar dengan kelebihan yang begitu besar
8:30 malam .... dukacita kita kalah dengan BN memperolehi majoriti 700 lebih bagi DUN Pulau Tawar . Tahniah Dr Shukri .... jumpa lagi 2004 dan jangan harap kamu boleh menang pada tahun tersebut.
10:00 walaupun kalah PAS tetap gembira kerana berjaya mengurangkan majoriti DUN daripada majoriti 4000 kepada 700 sahaja dan juga PAS berjaya menang majoriti 200 undi di UPU Pulau Tawar selepas tewas majoriti 99 undi pada tahun 1995.Kuatkan lagi usaha. PASTIKAN BILIK GERAKAN TERUS DIBUKA HINGGA TAHUN 2004.

Pulau Tawar 28 November 1999
Segala persiapan untuk pilihanraya pada hari esok sudah dipersiapkan . Bilik gerakan beroperasi sepenuhnya.Komputer telah dilengkapkan di pondok panas. Pegawai yag bertugas dipondok panas semuanya telah dilatih .  

Perian 19 November 1999
Bilik Gerakan UPU Pas Pulau Tawar dibuka dengan rasminya.


 

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT UPU PAS PULAU TAWAR