DATA-DATA ARKEOLOGI

PENGENALAN

Sejarah adalah pengetahuan bagi masa yang lalu dan mempunyai nilai-nilai berguna dalam kehidupan manusia . Arkeologi adalah salah satu cabang sejarah tersebut. Arkeologi adalah satu disiplin membina semula masyarakat silam terutama yang tidak mempunyai rekod-rekod bertulis melalui kajian-kajian rekod arkeologi seperti artifak, ekofak, feature dan data-data konteks yang ditemui di tapak-tapak tertentu. Melalui penemuan-penemuan tersebut , ahli-ahli arkeologi boleh menghuraikan keadaan sesuatu kelompok masyarakat silam dari pelbagai aspek umpamanya aspek pola ekonomi, petempatan, kebudayaan,kronologi menurut ruang masa tertentu iaitu zaman Paleolitik, Neolitik ,gangsa,zaman Besi dan lain-lain. Menurut Gordon Childe iaitu seorang ahli sejarah arkeologi ada menyatakan bahawa ,"Arkeologi sebenarnya mengkaji semua perubahan dalam dunia material yang diakibatkan oleh kegiatan manusia serta rekod arkeologi yang terdiri daripada tinggalan hasil tingkah laku manusia silam dan apa sahaja yang mereka lakukuan ." Bukti-bukti arkeologi adalah testimoni sejarah yang lebih dipercayai (reliable) daripada bukti-bukti lisan dan tulisan yang tertakluk kepada ruang dan wakti tertentu. Namun begitu timbul masalah sehingga kini berikutan semua jenis tinggalan artifak ,sisa makanan ,tempat kediaman, perkuburan dan segala tinggalan fizikal yang dapat dikesan di sesuatu tapak sebahagian besarnya telah musnah atau mengalami pereputan .Umpamanya bahan-bahan bukan organik seperti batu, logam (emas, perak, gangsa dan lain-lain),kaca dan tembikar ditemui dalam keadaan yang tidak sempurna seperti dalam bentuk serpihan dan jumpaanya adalah terhad . Manakala bahan organik seperti tulang ,rambut, kulit lebih mudah mereput berbanding bahan organik. Keadaan ini menimbulkan masalah mentafsirkan dan memperoleh ketepatan sejarahnya dan memerlukan masa dan pengkajian yang lama. Masalah pereputan dan kemusnahan rekod-rekod arkeologi ini berkait rapat dengan keadaan iklim , luluhawa, hakisan, kegiatan manusia seperti pembinaan dan perlombongan , serangga dan lain-lain lagi. Dilihat faktor luluhawa menyebabkan kebanyakan batu atau tembikar ditemui dalam keadaan tidak sempurna seperti dalam bentuk serpihan sahaja umpamanya batuan mempunyai daya tahan yang kuat tetapi tindakan iklim dan cuaca yang berterusan keatasnya membawa kesan samada pecah atau sebagainya. Fenomena ini sering berlaku di kawasan Tropika yang mengalami iklim hujan dan panas , lembap dan sejuk secara berselang seli menyebabkan batuan atau tembikar tidak dapat bertahan lama. Manakala logam pula akan berubah warna samada berkarat atau sebaliknya diselaputi debu melalui tindakan oksigen di udara. Selain itu pergerakan pergerakan tanah,tindakan glasier menyebabkan batuan akan terhakis secara perlahan , dalam tempoh masa yang lama ia musnah dengan sendirinya. Air sungai dan laut yang membawa bersama pasir dan batu semasa proses pasang surut antara penyebab batuan terhakis atau berubah bentuk. Secara tidak langsung akan mengelirukan ahli arkeologi membuat penyelidikan sehingga kini.

Aras air dalam tanah yang tinggi menyebabkan tanah menjadi lembap samada dari kegiatan perairan dari kawasan sekeliling mahupun air dari sewaje(najis) yang telah terpendam dalam tanah antara penyebab bahan arkeologi mereput atau musnah. Apabila aras air naik ia boleh melarut bersama garam galian yang berada dalam tanah , binaan yang terdiri daripada batu kapur yang poros ,lumpur dan batu bata mudah mengalami keadaan ini. Penyejatan yang berlaku menyebabkan garam mineral kekal dalam batuan atau tanah tersebut. Ini membenarkan proses luluhawa berlaku, dalam tempoh yang lama struktur batuan dan tanah tadi akan menjadi longgar seterusnya berlaku pereputan atau kemusnahan. Contoh tinggalan dariapda tamadun Indus di Mohenjo-Daro. Kesan daripada peningkatan aras paras air di bawah tanah menyebabkan tanah tadi menjadi lembap. Proses penyerapan ke dalam batu-batan yang berterusan menyebabkan binaan menjadi berat , lama kelamaan binaan ini tidak stabil dan akhirnya runtuh. Di sini dilihat peranan bakteria telah memainkan peranan penting kerana kawasan yang lembap, berair dan beroksigen adalah kawasan pembiakan bakteria . Oleh itu dalam massa yang singkat pereputan berlaku terutama di kawasa tapak-tapak terbuka.

Walaupun terdapat banyak tinggalan ini mengalami pereputan terdapat juga yang masih kekal dan utuh hingga hari ini terutama artifak-artifak dari bahan-bahan organik seperti gangsa dan besi. Beberapa faktor telah dikenalpasti yang membolehkan rekod arkeologi ini terpelihara. Faktor iklim yang sebelum ini memainkan peranan memusnah atau mereputkan bahan arkeologi telah juga menjadi satu faktor membolehkan bahan ini terpelihara. Keadaan iklim kering yang amat ketara (tiada air dalam udara) seperti di kawasan gurun dan keadaan sejuk ke takat beku(amat sejuk) seperti di kawasan tanah tinggi Siberia membolehkan bahan ini terpelihara. Di kawasan lingkaran gurun sub-tropikal di hemispear utara merupakan iklim panas yang amat ketara .Ini kerana di sini hujan jarang turun seperti di Mesir dan Asia Tengah menyebabkan bahan -bahan arkeologi yang berumur beratus-ratus tahun terpelihara hingga hari ini seperti penemuan harta benda yang terdapat dalam kubur Tutankhu Amen di Luxor . Contoh lain rumput papyrus yang dijadikan kertas untuk menulis oleh masyarakat mesir purba masih utuh dikawasan kering ini. Penemuan pertama pada tahun 1778 yang kemudiannya telah dikumpulkan yang mengandungi sejarah mengenai sejarah Athens oleh Aristotle . Manakala Sir Auriel Stien banyak mengumpul manuskrip-manuskrip Buddis yang dikesan diatas kertas dan membawanya ke Muzium British. Manakala keadaan iklim yang teramat sejuk atau Perma frost seperti dikawasan tanah tinggi Siberia hingga ke Alaska, Utara Kanada dan Greenland membolehkan pengawetan bahan arkeologi . Kawasan ini telah ditemui tinggalan-tinggalan manusia awal dan haiwan buruan yang terawet dalam keadaan selamat seperti penemuan gajah purba atau Mammoth di Siberia masih utuh yang mempunyai daging yang kelihatan baru. Keadaan ini berlaku apabila gajah tersebut telah terjatuh kedalam jurang yang sempit yang dalam dikawasan salji. Lama- kelamaan gajah tersebut tertimbus oleh salji, keadaan yang berterusan menyebabkan ia membeku dan ditemui selah-olah berada dalam sebuah peti ais untuk menyimpan barang-barang . Ini berlaku disebabkan keadaan iklim yang terlampau sejuk menghalang pembiakan bakteria yang tidak dapat bertindak ke atas gajah tadi. Manakala gajah tertimbus oleh salji tidak membenarkan Oksigen atau lembapan memasukinya , oleh itu sebarang proses luluhawa atau hakisan tidak dapat berlaku. Terbukti gajah tersebut mempunyai daging yang kelihatan baru. Contoh lain, melalui penemuan di Gunung Altai di Siberia telah dijumpai kubur ketua-ketua suku kaum Nomad yang masih sempurna dan mayat mereka ini masih ada mempunyai tanda-tanda raja ditangannya. Ini disebabkan kedudukan kubur tersebut yang berasda teramat jauh ke adalam tanah iaiatu 12 kaki kebawah . Timbunan batu yang melindunginya menjadi penebat kelembapan manakala udara sejuk yang masuk kesebahagian lubang paling bawah menyebabkan ais dapat terbentuk semasa musim sejuk , lama-kelamaannya ia menjadi terlalu beku sehingga dapat bertahan walaupun perubahan musim panas berlaku . Dengan ini aktiviti bakteria dapat dielakkan seterusnya mayat tersebut kekal terawet sehingga hari ini.

Manakala penemuan Pompeii di Gunung berapi Versuvius pada tahun 79 masihi menunjukan keadaan kalis udara membantu proses pengawetan . Walaupun mayat-mayat manusia tidak terawet tetapi tinggalan daripada mayat Pompeii tersebut masih kekal seperti roti yang telah rentung masih dapat dilihat cap pembuatannya terletak di atasnya. Ini kerana, letusan gunung berapi yang berlaku dalam prses yang cepat menyebabkan bandar itu bersama bahan-bahan organik yang lain tertimbus oleh lava. Keadaan ini mneyebabkan kawasan tertimbus tadi mengalami anearobic.Dengan ini bakteria tidak dapat menjalankan pereputan manakala tindakbalas luluhawa atau hakisan tidak dapat berlaku di halangi oleh lava dan lanar yang meliputi bahan-bahan organik tersebut. Selain itu keadaan geologi tanah juga mempengaruhi pengawetan tinggalan purba.Di tanah gambut (peat) seperti di Denmark telah ditemui mayat seorang lelaki ,Tollund Man yang dikatakan berasal dari Zaman Besi. Di temui bersama topi kulit,tali yang mencerut lehernya masih utuh bahkan pakar-pakar dapat mengesan makanan terakhir sebelum kematianya seperti Bali, beberapa jenis sayuran pada awal musim bunga. pengawetan ini berlaku kerana tanah gambut adalah sejenis tanah yang mengandungi asid yang berkemampuan mencegah bakteria daripada mereputkan bahan-bahan tersebut. Manakala kawasan berlumpur itu di mana ditemui kurungan kubur tersebut adalah kawasan lembap dan mempunyai suhu yang rendah .Ini adalah diantara sebab bahan arkeologi ini boleh ditemui hingga hari ini sehingga dapat membuat satu kajian penting terdapatnya pertempatan di kawasan berlumpur ini.

Kawasan dimana adanya minyak bersama garam boleh juga menjadi sslahsatu faktor bahan-bahan arkeologi terpelihara. Contohnya,di Polland dijumpai binatang perburuan purba iaitu Badak Berbulu pada Zaman Pleistocene masih sempurna disebabkan diseliputi oleh minyak dan garam . Dikatakan Badak ini dihanyutkan oleh banjir ke dalam kolam yang mengandungi minyak mentah dan garam dari resapan menyak tersebut.Keadaan ini tidak membenarkan udara atau oksigen bertindak keatas tinggalan ini, oleh itu sebarang proses luluhawa atau hakisan sukar berlaku.Buktinya Badak tersebut dapat ditemui hingga hari ini seterusnya dapat mengkaji dan mengetahui masyarakat ketika itu sudah tahu berburu dan menjadikannya satu cara mencari makanan dan perlindungan. Manakala kawasan berair seperti kawasan petempatan di tepi tasik telah digali oleh J.G.D Clark di Starr Carr, Yorkshire dipercayai merupakan satu petempatan atau tapak Zaman Mesolitik berdasarkan artifak-artifak yang dikesan seperti batu flint, alat daripada tulang dan tanduk rusa berusia lebih kurang lapan ribu tahun sebelum masihi.Dipercayai petempatan ini di dirikan ketika permukaan tasik di aras rendah lama-kelamaan ia ditenggelami air ,perkampungan yang kini berada dibawah air itu kekal dan terawet buat bebrapa ratus tahun. Tindakan manusia samaada daripada pemakanan ,cara berburu dan tempat tinggal dapat terawet dan menjadi petunjuk kepada perkembangan zaman prasejarah. Pembinaan khemah di sepanjang musim panas di tepian tasik,kawasan berlumpur (tanah basah) menyebabkan barang-barang purba ini yang ditinggalkan seperti dibuang dapat bertahan dalan bentuk yang sempurna. Di Kuala Selinsing , Perak telah ditemui sekam padi dalam keadaan berair dan kawasan bakau,ini menunjukkan melalui aktivirti pertanian mereka dengan tidak sengaja meninggalkan bahan ini dan keadaan tempat yang lempab dan berlumpur menjadikan bahan ini terpelihara hinggalah ia ditemui oleh ahli arkeologi hari ini. Ditemui juga padi terhangus di Gua Cha di lapisan atas selepas lapisan zaman Neolitik ,keadaan terhangus tersebut menghalang pereputan kerana tiada gangguan daripada proses pereputan bakteria. Manakala paling menakjubkan ialah masyarakat purba dahulu telah mempunyai satu teknologi perubatan dalam mengawetkan mayat dalam keadaan hampir sempurna. Ini berlaku di Mesir Purba yang mengamalkan proses pemumiaan. Proses ini adalah bertujuan untuk mngekalkan tubuh raja atau firaun yang di hormati oleh masyarakat ketika itu . Pada awalnya semua organ dalaman tubuh kecuali jantungnya dikeluarkan kemudiannya ia direndam di dalam air garam untuk selama bebrapa minggu .Setelah itu habuk gergaji (kayu) ,debu, garam dan soda di masukkan ketubuh itu kembali bersama organ-organ dalaman yang lainnya. Mayat ini kemudiannya dicat dan dibungkus dengan kain linen .Mayat ini disemadikan bersama-sama perabot, pelbagai jenis keperluan harian dan lain-lain ditemui dalam keadaan amat sempurna.Piramidnya pula dibina menggunakan teknik kalis udara dimana piramid ini kering diluar melindungi artifak di dalamnya.Jelas disini , proses pemumiaan berjaya dipratikkan di Mesir adalah dipenagruhi oleh keadaan iklim yang terlampau panas yang memghalang pembiakan bakteria yang menjadi agen pereputan terpenting.Melalui teknologi -teknologi masyarakat purba ini menjelaskan pada kita bahawa mereka adalah setanding dengan masyarakat hari ini dari segi teknologinya malah pakar-pakar hari ini masih tidak dapat mempastikan bagaimana mereka menghasilkan satu bentuk Piramid yang dapat bertahan hingga hari ini.

KESIMPULAN

Kejayaan usaha -usaha mencari dan penggalian artifak purba di kawasan terdedah atau tidak terdedah amat dipengaruhi oleh faktor-faktor iklim, keadaan tanah, perbuatan manusia dan lain-lain.. Logiknya dalam minda manusia ,barang -barang purba yang telah wujud beberapa ratus tahun akan pupus tetapi keajaiban faktor-faktor ini membolehkan artifak ini di temui dalam keadaan sempurna seperti asalnya dan membolehkan para arkeologi mengkaji bahan-bahan ini dengan harapan memberi satu kesedaran kepada manusia sejagat hari ini dan masa depan bahawa masyarakat zaman dulu telah ada satu masyarakat yang mempunyai ketamadunan yang tinggi dari aspek material,teknologi dan lain-lainnya .Oleh itu penemuan -penemuan purba harus terus diselidiki bukan saja sebagai pengetahuan bahkan dapat menjadi ilmu untuk perkembangan tamadun hari ini. Walaupun bidang ini baru dan agak rumit namun daripada bukti-bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah menjadi satu bukti mengukuhkan wujudnya sejarah sesebuah masyarakat atau kebudayaan yang sukar disangkalkan.

NOTA AKHIR

1 Muhd. Yusuf b. Ibrahim , Pengertian Sejarah , Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur , 1971 ,hlm. 5

2 Abd. Rahman Hj. Abdullah , Pengertian Ilmu Sejarah , Dewan Bahasa dan Pustaka ,Kuala Lumpur ,1994, hlm 90

3 Clark, Grahame , Archaeology and Society , London , 1960 ,hlm 78

4 Ibid.

5 Ibid. ,hlm 93-94

6 Ibid. , hlm 94

7 Ibid.

8 Ibid. , hlm 102

9 Frank Hole, Robert F. Heizer , An Inttroduction On Prehistoric Archaeology, United States Of Amerika, 1965, hlm 70

10 Ibid. ,hlm 72

11 Shirley Goerstein, Introduction to Archaeology, Basic Books, Inc, New York , London ,1965 ,hlm 15-16


Balik