KEBUDAYAAN MEGALITH; JENIS DAN PENGAMALANNYA DI ASIA TENGGARA

PENGENALAN
Dimaksudkan  sebagai kebudayaan egalith ialah kebudayaan yang terutamanya menghasilkan bangunan-bangunan atau bentuk-bentuk tertentu dari batu-batu besar. Batu-batu ini biasanya tidaklah dikerjakan halus hanya diratakan secara kasar sahaja untuk mendapat bentuk yang diperlukan. DiAsia Tenggara, pada zaman Neolitik dipercayai telah wujud satu kebudayaan berasaskan batu yang dikenali sebagai kebudayaan Megalith atau kebudayaan batu hidup. Kebudayaan ini telah diamalkan dengan meluasnya di Asia Tenggara dan dipercayai sebagai alatan tempatan Asia Tenggara yang tulin dan tidak dipengaruh dunia luar. kebudayaan ini telah diasaskansejak zaman Neolitik lagi tetapi hanya berkembang dengan pesatnya di Zaman logam. Kebudayaan Megalith adalah merujuk kepada perkataan Yunani dimana 'Mega' bermaaksud Besar dan Lith bermaksud Batu. Kebudayaan Megalith di Asia Tenggara telah bermula dari daerah Laut Tengah. Ia mungkin sekali dibawa oleh orang-orang Indonesia atau Austronesia di antara tahun 2000 hingga 1500 sebelum masihi. mereka sebenarnya merupakan pecahan dari keturunan penduduk-penduduk asal yang mendiami selatan Tanah besar China.

JENIS-JENIS MEGALITH

MENHIR (BATU TEGAK)

Jenis ini juga disebut Batu tegak dimana batu-batunya didirikan dalam keadaan menegak. batu-batu besar yang didirikan seperti tiang atau tugu, biasanya batu ini disebut menhir. untuk mendirikan menhir ini sudah tentu menggunakan tenaga yang banyak, kebanyakan batu-batu menhir ini besar-besar belaka. Batu tersebut diambil dikaki gunung atau di sungai-sungai. Tetapi menjadi persoalan ialah bagaimana mereka memecahkan batu besar tersebut untuk mendapatkan kepingan batu. Ada kemungkinan mereka mengambil dari serpihan batu yang telah retak dan senang dicungkil, kemudian barulah diketuk sedikit untuk disesuaikan dengan bentuk yang dikehendaki. Kebanyakan permukaan batunya belum digarap dan sengaja diletakkan disesuatu tempat dengan tujuan tertentu terutamanya untuk mengingati orang yang telah mati. menhir-menhir ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu jenis yang berdiri tunggal, berpasangan, berkelompok dalam satu bulatan dan menhir berukir.
         Menhir tunggal boleh didapati di pinggir jalan, halamn rumah, ditempat-tempat acara pemujaan dan juga di kawasan perbatasan. menhir berpasangan pula disusun secara berpasangan dalam satu barisan lurus dari utara ke selatan dari timur ke barat. kebanyakan darinya didirikan dikawasan perkuburan purba atau di kawasan timbunan tanah. Menhir berkelompok pula sering ditemui di kawasan upacar pemujaan. Menhir bulat juga mempunyai fungsi yang sama dengan menhir berkelompok. menhir berukir pula memiliki permukaan yang diukir dengan bentuk-bentuk tertentu dan sering dijadikan tugu peringatan sesuatu dimana wajah nenek moyang mereka atau bentuk ukiran lain. Disumatera pula kawasan yang memiliki menhir ialah kawasan jambi, bali, Pasemah dan di Nias. manakala dikawasan malaysia Timur pula boleh didapati dikawasan Tuaran Sabah, tanah Tingi kelabit di Sarawak. Disabah dikalangan suku kaum Kadazan masih lagi diamalkan Kebudayaan Megalith. Pembinaan menhir-menhir ini mempunyai tujuan tertentu, ia tidak pernah luput dari pemujaan nenek moyang dan pengharapan terhadap kesejahteraan dan kesempurnaan terhadap roh nenek moyang mereka dan ketua suku kaum secara kasar diamna menhir ini kemudiannya dipuja. Menhir ini juga menjadi lambang tempat-tempat keramat yang digunakan untuk berhubung dengan dunia roh atau spiritual.Batu menhir ini mungkin didirkikan oleh penduduk untuk mengingati pemimpin mereka yang banyak berjasa atau ayng sangat dihormati kerana jasanya kepada masyarakat dan apabila pemimpin itu meninggal sebuah menhir didirikan kemudian secara tidak langsung dijadikan sebagai tugu pemujaan roh si mati atau lain-lain upacara pemujaan.

DOLMEN (BATU MEJA TEBAL)

Ciri unik yang terdapat pada batuan ini ialah strukturnya dimana ia didirkikan dengan meletakkan sebiji batu yang berbentuk rata di atas dua buah batu yang didirikan secara menegak. Ia boleh didapati secara berasingan atau berkelompok antaranya ialah di assam, Nias dan lain-lain kepulauan Asia Tenggara. Selain itu ada juga dolmen-dolmen yang dijumpai bersama-sama dengan palong seperti di Pulau Panggung. Kegunaannya mungkin untuk meletakkan hidangan atau sajian bagi satu-satu upacara tertentu terutamanya untuk upacara pemujaan ia juga digunakan sebagai tempat pemujaan atau tugu peringatan. Kadang-kala terdapat juga kesan-kesan kuburan di bahagian bawah dolmen. Dolmen yang ditemui oleh penduduk tempatan pula dikenali sebagai Pandhusa atau makam cina. Ia digunakan mungkin untuk meletakkan hidangan atau sajian bagi satu-satu upacara yang sukar ditentukan tujuan sebenarnya.

KUBUR KEPINGAN BATU
 Ia merupakan sebuah peti batu yang dbentuk dari enam buah papan batu, dua sisi panjang, dia sisi lebar sebuah lantai batu dan sebuah penutup peti. Ia disusun secara langsung di dalam sebuah lubang yang telah digali dan sebahagian besarnya membujur ke arah timur laut. Kubur jenis ini banyak didapati dikawasan Indonesia terutamanya Sumatera dan di Lembah Bernam, Perak dan Jawa. Didalam kubur tersebut kadang kala dijumpai manik-manik, barang-barang yan diperbuat daripada logam dan pecahan periuk belanga dari jenis yang digunakan dizaman neolitik. Kubur ii dibina dari kepingan batu-batu granit yang disusun bertindih-tindih.

TEMPAYAN BATU Megalith jenis ini banyak ditemui di Vietnam. Kebanyakan jenis ini berbentuk panjang bulat dan memiliki dasar yang tebal. Purata saiz sekitarnya 1.5 meter tinggi dan diametrernya sama, namun ada ketinggiannya yang boleh mencecah ke 3 meter.

ARCA BATU
Pembinaan arca atau patung biasanya adalah untuk melambangkan nenek moyang mereka. Arca itu dipahat pada batu-batu dengan bentuk dan gaya. Kemudian arca itu diletakkan di satu-satu tempat yang sesuai dimana pada masa tertentu mereka akan datang untuk memuja atau menyembah dengan membawa hidangan atau sajian sebagai satu cara menjamu. Ia merupakan sejenis megalith yang paling unik kerana kebanyakannya daripadanya menggambarkan bentuk-bentuk binatang seperti gajah, harimau dan monyet. Arca ini biasanya dipahat di atas batu tertentu yang sudah memiliki entuk yang hampir menyerupai dengan bentuk yang ingin dibentuk. Para pendokong tradisi megalith ini kemudiannya akan memahat arca dengan disesuaikan dengan bentuk asli batu tersebut. Kadangkala ianya diukir menyerupai manusia.

BINAAN BANGUNAN BATU
Bangunan batu ini dari batu-batu yang terukir dan tidak berukir. Binaan yang paling digemari ialah bangunan bertingkat atau piramid. Dindingnya diperbuat dari batu-batu samaada batu besar, batu-batu kecil ataupun kepingan batu berukir.

KERANDA BATU
Ianya dibina sama seperti bentuk patung dan mempunyai penutup di atas keranda tersebut

KERUSI BATU
ianya selalu digunakan sebagai memuja nenek moyang mereka selain itu juga kerusi ini juga sering digunakan sebagai pertemuan suku kaum tertentu.

PENGAMALAN BUDAYA MEGALITH
Perlu dikemukakan bahawa dinegara Indonesia sehingga sekarangpun masih terdapat kebudayaan megalith yang masih hidup. Yang masih menjadi kebudayaan sekarang seprti di pulau Nias, samba dan flores. Hal ini tentunya sangat banyak memberikan petunjuk kepada kita untk menyelaminya. Tidak hanya mengenai hasil-hasil kebudayaan melainkan juga alam pemikiran yang tersimpan dibelakangnya dan menjadi pendokong untuk mengkajinya. DiSumatera peninggalan penting terdapat di dataran pasemah iaitu dipergunungan antara Wilayah Palembang dan bengkulu disana terdapat sekumpulan besar arca-arca, menhir, dolmen dan hasil megalith yang lain. Arca yang diperolehi menunjukkan kebudayaan telah ada disana dan ini sangat besar faedahnya kepada para ahl penyelidik untuk mengetahui asal dan umur kebudayaan tersebut. Didinding gua terdapat arca yang menunjukkan kewujudan manusia secara bersendirian atau berkelompok dan digua tersebut juga digambarkan berkenaan manusia berkelahi dengan atau menunggang seekor binatang. Senjata-senjata yang dipegang dan perhiasan-perhiasan yang dipakai nyatalah bahawa benda-benda itu hasil kebudayaan yang tinggi dari zaman gangsa. Didaerah ini juga ditemui benda-benda dari zaman gangsa dan besi.

Didaerah Besuki pula ditemui peninggalan-peninggalan berupa kuburan ataupun dolmen iaitu kuburan yang berisi kubur batu dibawahnya. Dari dalam kuburan tersebut ditemui tulang-tulang manusia dan beberapa alat seperti pemukul kulit kayu dan manik-manik, pecahan-pecahan periku belanga dan juga alat-alat dari logtam. Didaerah ini juga ditemui beberapa peralatan zaman sejarah iaitu ditemui salah satu dolmen. Ini bermakna kebudayaan megalith masih lagi diteruskan dari zaman logam hingga ke zaman sejarah.
juga didaerah Wonosari atau Yogyakarta, Cepu dan Ceribon ditemui kubur batu yang berisi rangka-rangka yang telah rosak, alat zaman gangsa dan besi dan manik-manik, kuburan itu menyerupai kuburan di daerah Pasemah.
satu lagi kehidupan orang indonesia dalam zaman silam dapat dilihat dari bangunan-bangunan besar yang menyerupai batu peringatan yang besar, batu papak yang mendatar dan batu-batu yang berbentuk piramid. Segala-galanya didirikan kerana kaitannya dengan pemujaan roh nenek moyang dan tempat menjalankan adat istiadat korban. Diantara batu-batu itu terdapat ukiran yang melambangkan lambang-lambang sihir seperti bulatan atau simpulan-simpulan. Kebudayaan megalith masih hidup dan adat istiadat dijalankan ditepi tugu peringatan tu seperti di pantai barat Sumatera, Pulau Flores, Sumatera, Bali dan Pulau Nias, di pulau nias dinyatakan

"penduduk dari Pulau Nias yang merupakan pulau terbesar dari seluruh deret, kurang sekali terpengaruh oleh kebudayaan Hindu. Maupun Islam. Berlandaskan kepad suatu kebudayaan megalith yang rupa-rupanya telah mereka bawa ari benua Asia pada zaman perunggu (gangsa) mereka telah mengembangkan kebudayaan sendiri iaitu kebudayaan megalith yang bukan berdasarkan adat pengorbanan kerbau melainkan babi"
juga dinyatakan
"dihadapan rumah tradisional umum terdapat bangunan-bangunan megalith seperti tugu batu atau menhir-menhir, tugu tersebut berbentuk seorang laki-laki dengan alat kelamin yang besar. Bangunan-bangunan tersebut didirikan untuk membuktikan bahawa yang empunya rumah pernah mengadakan pesta adat mewah untuk menaiki tangga pelapisan masyarakat"

KESIMPULAN
Oleh kerana itu Kebudayaan megalith masih lagi diamalkan oleh masyarakat pada masa sekarang terutamanya yang telah mengamalkan kebudayaan ini sejak dahulu lagi. Kebudayaan Megalith dapat membuktikan bahawa dahulu telah ada kepercayaan yang wujud antara masyarakat asia tenggara terutamanya masyarakat di kepualauan Asia Tenggara iaitu masyarakat Nias, kepulauan Flores dan Pasemah selain daripada itu terdapat juga bebarapa lagi kawasan di Asia tenggara yang masih llagi mengamalkan kebudayaan ini,  DiMalaysia masigh terdapat di negeri sabah iaitu dalam lingkungan Tuaran, Kota Kinabalu dan Papar dan ditanah tinggi Kelabit Sarawak. Berdasarkan ini ia telah membuktikan bahawa pada masa dahulu telah ada kemampuan penduduk untuk mempercayai Tuhan dan telah ada adat istiadat tertentu yang dijalankan oleh masyarakat pada masa itu, Cara mereka mengangkat batu-batu besar tersebut dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain tidaklah dapat dinayatakan sama ada mereka mengangkatnya secara individu ataupun secara berkumpulan kerana batu yang dipindahkan itu adalah terlalu besar buat seseorang dan cara mereka menaikkan batu-batu itu ke atas batu-batu yang lain amat mengagumkan kita pada amsa sekarang. Bagaimana masyarakat pada masa itu tanpa teknologi yang maju boleh mengangkat batu yang berat itu. Selain daripada itu terbukti bahawa masyarakat pada masa dahulu begitu menghormati pemimpn mereka dan telah mengadakan upacara keagamaan yang unik sesuai dengan masyarakat Animisme.


Balik