DATA-DATA ARKEOLOGI
ABSTRAK
Arkeologi membangkitkan kesedaran tentang gambaran yang mengasyikkan, jumpaan-jumpaan yang
menarik, misteri masa silam, kemahiran purba, kerja-kerja penyelidikan yang teliti dan publisiti. Seolah-
olah terdapat sesuatu dorongan untuk terus menggali, untuk memegang objek, untuk membayangkan
keadaan sebelumnya. Arkeologi adalah satu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji terutamanya
melalui bahan-bahan peninggalan. Arkeologi juga merupakan satu susunan kaedah dan tatacara
penyelidikan masa lalu yang menggambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta
orientasai teori ahli arkeologi .(1)
Arkeologi mempunyai hubungan dengan manusia pada masa lepas. Tumpuannya adalah pada
keadaan budaya dalam perspektif masa (2).Sebahagian dari masa prasejarah tidak mempunyai rekod
bertulis. Ahli prasejarah atau arkeologi kekurangan rekod bertulis, mereka terpaksa menggunakan artifak-
artifak yang selalunya diperolehi melalui carigali oleh para arkeologi(3) . Ada beberapa sub bidang seperti
arkeologi prasejarah yang mengkaji zaman sebelum wujudnya tulisan. Arkeologi adalah pengkajian dari
aspek material yang berlaku disebabkan oleh kegiatan manusia silam(4) .
PENGENALAN
Arkeologi adalah berasal dari perkataan 'archaios' yang bermakna yang telah lalu dan 'iogos' yang
bermakna pengetahuan(5) . Ini menerangkan bahawa akrekologi adalah pengetahuan masa lalu. Ahli
arkeologi menggunakan data bukan bertulis seperti artifak, ekofak, feature dan data konteks. Ahli arkeologi
juga berminat pada ruang waktu yang luas contohnya peringkat atau tahap yang sama ada pada zaman
gangsa awal atau lewat sejarah yang tidak bersifat peribadi iaitu menyentuh soal riwayat hidup atau
peranannya terhadap pembangunan masyarakat. Peranan arkeologi hanya meriwayatkan kisah sesuatu
kelompok silam contohnya kisah hidup serta cara hidup masyarakat zaman gangsa atau besi(6) . Antara
aspek yang dapat dikaji oleh ahli akrekologi seperti dalam pola ekonomi berkebnaan cara mengumpul ,
memburu dan menjalankan pertanian. Aspek pola pertempatan dikaji berdasartkan keadaan kelopok kecil
meraka sama ada hidup menetap dalam kampung kemudian menjadi kampung besar dan berubah menjadi
urrban (kawasan pembangunan). Dalam aspek keudayaan kebendaaan berkenaan artoifak mereka sama ada
daripada batu atau atau alat mentenan lain serta pola perhiasan meraka yang boleh menunjukan taraf status
mereka dalam masyarakat mereaka. Dalam aspek kebudayaan dilihat dari segi kepercayaan, kubur, kuil,
patung dan seterusnya buat kesimpulan.
Ahli arkeologi melihat artifak-artifak sebagai satu cara manusia memenuhi keperluan asas bagi
mendapatkan makanan, tempat tinggal dan perlindungan dari musuh., arkeologi menrut bagi sesetengah
sarjana ia adalah kerja seni dan pelengkapan diri. Semua ini tidak mempunyai harga kecuali kerana nilai
dalaman dan keindahannya(7) . Arkeologi mengkaji orang yang telah mati yang selalunya tidak bernama
dan budaya yang jarang difahami oleh individu. Perbezaan juga wujud kerana arkeologi mengkaji kerja-
kerja manusia artifak-artifak mereka serta tempat-tempat kegiatan mereka dan bukan manusia itu sendiri.
Arkeologi tidak meliputi segala bidang yang ada(8) .
DATA ARKEOLOGI
Data-data arkeologi adalah untuk melihat dari mana datangnya manusia itu dan apakah aktiviti yang pernah
dilakukannya dahulu sama ada mereka berburu, bertani atau bertukang kesemua ini akan dapat diketahui
apabila terdapat pengujian terhadap tinggalan-tinggalan yang merupakan data arkeologi dan data ini akan
diuji dengan radiokarbon atau labih dikenali 'carbon14'. Umpamanya bagi menentukan asal-usul nenek
moyang orang-orang Melayu di Nusantara daripada mana asalnya dan bentuk kebudayaan yang pernah
dilakukan dan masyarakatnya(9) .
ARTIFAK
Artifak adalah 'as anything made or modified by human being'(10) dan contohnya ialah alat batu,
gendang gangsa dan tembikar. Artifak ada juga yang dibuat perubahan organik seperti buluh dan rotan tapi
kesemua bahan itu tidak dikesan lagi kerana kawasan lembap. Manakala bagi Karl Huterer, pakar arkeologi
berpendapat di Asia Tenggara bila kaji artifak zaman silam ia terbahagi dua iaitu kategori;
1. Artifak maintenan ;
Alat memotong bahan organik untuk berburu seperti sumpitan yang digunakan untuk berburu dan
ia diperbuat dari buluh dan buluh ini dipotong dengan menggunakan alat dan alat inilah yang
dimaksudkan sebagai alat artifak maintenan
2. Artifak ekstraktif;
Ia adalah alat yang digunakan secara langsung untuk berburu dan mendapatkan hasil. Contohnya
sumpitan adalah salah satu alat ekstraktif yang digunakan untuk berburu dan mendapatkan hasil.
Di Perak terdapat kebudayaan Tampaniah yang mana tinggalan-tinggalan berupa alat-alat adalah
menyerupai alat-alat di India, Siam, Burma dan Jawa(11) . Manusia pada peringkat ini lebih berbentuk
bergantung hoidup dan kepada pemburuan dan berpindah randah yangg menunjukkan ada unsur-unsur
cannablism dan mendiami gua-gua(12) . Telah terdapat tinggalan-tinggalan di Gua-gua, bukit dan lembah
sungai yang menyatakan berkenaan zaman paleolitik. Penemuan yang didapati bahawa ia adalah bahan
inorganik iaitu batuan maka dengan ini jelaslah bahawa ia adalah dari zaman batu awal. Penemuan alat-alat
pemotong daripada yang tersangat tua usianya yang digunakan olejh manusia purba sejak zaman manusia
homosapian lagi. Alat-alat ini ditemui di Kota Tampan Perak(13) . Ia juga dikenali sebagai alat maintenan
kerana digunakan untuk memotong sesuatu benda contohnya pengetuk batu (Nut Craker) yang telah
dijumpai semasa dijalankan kerja carigali oleh pakar kaji perba bernama H. D. Colling tahun 1983 di Kota
Tampan(14) .
Pada zaman paleolitik, alat-alat utama yang digunakan untuk berburu memotong, melapah dan
memepertahankan diri diperbuat daripada batu. Matlamat penciptaan alat-alat batu itu ialah untuk
membantu orang zaman paleolitik meneroka sumber alam sekitar. Alat-alat itu dibentuk daripada alat-alat
batu sungai dan secara amnya alat-alat batu itu dikenali sebagai alat pemotong kapak genggam dan alat
batu repehan. Alat batu zaman ini tidak dilicinkan dan tidak menunjukkan tahap pencapaian yang tinggi
dalam seni pencapaian. Alat-alat itu dicipta khusus keran fungsinya boleh membantu memenuhi keperluan
hidup manusia semasa berburu. Menangkap ikan dan memungut hasil(15) . Menakala bagi bahan organik
dipervcayai mereka telah menggunakan sumpitan untuk berburu dan bukannya untuk berperang(16) .
EKOFAK
Kulit siput, sisa tulang mamalia dan flora dan fauna yang terdiri daripada debunga adalah merupakan data
ekofak yang merupakan data yang wujud kesan perlakuan atau perbuatan manusia. Contohnya ditapak Gua
Kecil, Pahang. Penggalian yang dibuat oleh F.L Dunn dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan dan
membahagikan Gua ini kepada tiga fasa kerana ditapak gua ini telah dijumpai longgokam-longgokan kulit
siput yang dikatakan sisi makanan manusia zaman prasejarah(17) .
Kehadiran kulit-kulit siput dan tulang mamalia serta artifak hoabinhian merupakan fasa pertama
yang menyatakan tentang aktiviti membuat dan mengumpul bahan-bahan seperti makanan. Kulit siput dan
tulang mamalia ini makin meningkat dan seterusnya pada Fasa tiga terdapat peralatan batu berasah dan alat
maintenan tidak digunakan lagi walaupun terdapat banyak lagi kulit siput tetapi ianya ianya semakin
berkurangan secara mendadak dan dikatakan bahawa berlakunya perkembangan aktiviti manusia dari
berburu dan mengumpul makanan kepada permulaan ekonomi pertanian dikalangan masyarakat neolotik.
Di sini, Gua Kecil fasa 1 mewakili zaman hoabinhian, dimana alat batu berepeh digunakan dengan jumpaan
tulang-tulang mamalia dan kulit-kulit siput ia telah menunjukkan berlaku pengurangan secara mendadak. Ia
dikaitkan dengan aktiviti memburu dan mengumpul makanan yang semakin berkurangan.
FEATURE
Apa-apa data yang tidak boleh dibawah balik kemuzium atau tempat yang lain atau mengasingkannya dari
tempat asal adalah merupakan data feature. Sebagai contoh apabila kita membuat penggalian dengan teliti
dan berhati-hati kita dapat melihat data yang tidak boleh dibawah balik, contohnya sistem parit dan lubang
tiang rumah (physt hole). Apa yang boleh dilakukan untuk jadikan bukti ialah bahan tersebut haruslah
dilukis atau diambil gambarnya sahaja. Contoh yang dapat dikesan adalah Candi Bukit Batu Pahat yang
terletak di sungai Merbok Kecil. Usaha cari gali iini dilakukan oleh Dr. Lamb, beliau menemui enam buah
cepu batu granit. Dalam tiap-tiap cepu terdapat 9 lubang untuk mengisi benda-benda kecil. Satu daripada
cepu-cepu granit yang dijumpai masih mengandungi beberapa benda pemujaan purba seperti biji-biji
permata, mutiara dan ketul-ketul logam serta beberapa lapis emas, perak dan tembaga dalam pelbagai rupa
seperti rupa lembu jantan, kura-kura, bunga teratai dan rupa dewi dalam keadaan duduk(18) .
Dr. Lamb berpendapat pemujaan disitu adalah jenis pemujaan tempatan. Walaupun tidak boleh
ditentukan sama ada cembul tembaga yang terdapat dilubang tengah sebuah cepu dari candi itu sebenarnya
mengandungi sisa-siasa manusia, kesan-kesan organik telah dijumpai melekat pada permukan bawah
cembul. Ada kemungkinan cepu itu adalah bekas untuk menyimpan cepu-cepu batu granit yang ada di sana
itu ada kaitanya dengan adat istiadat pemakaman tempatan. Dari segi seni bina, granit yang berlubang
ditengah-tengahnya adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu. Di Candi Bukit Batu Pahat
tidak kurang daripada 66 tapak tiang kayu dijumpai. Walaupun sekarang tidak dapat lihat tiang kayu serta
bumbungnya tetapi susunan tapak-tapak tiang yang terdapat memeberi gambaran tentang bentuk
bumbungnya. Data-data yang kita perolehi inilah tidak boleh dibawa pulang ke muzium(19) .
DATA KONTEKS
Bermaksud data yang berkaitan kawasan alam semulajadi purba. Ia terdiri daripada 3 jenis iaitu stradigrafi
menegak, stradigrafi mendatar dan data negatif.
STRADIGRAFI MENEGAK
Perbezaan dalam longgokan dari atas ke bawah dengan menunjukkan turutan yang benar maka ia adalah
disebut Stradigrafi. Prinsip stradigrafi adalah lapisan bawah adalah lebih tua daripada lapisan atas dengan
syarat tiada gangguan dilonggokan itu. Cara untuk membezakan satu lapisan dengan satu lapisan
berdasarkan perbezaan warna tanah, kandungan dan jenis tanah.
Pasir putih
Pasir kuning
Pasir bercampur
Tanah liat
Selain itu kita mesti fikirkan jenis tinggalan yang kita perolehi. Kita hendaklah menentukan sama ada;
Tinggalan Indigeneous Atau Insitu
Membawa maksud ia telah dijumpai dalam tempat asalnya dan tidak ada perubahan. Contohnya
yang dapat dilihat di Tapak Kota Tampan, dimana ditemui bengkel kerja membuat alat-alat batu
seperti batu pelandas, batu teras, batu pemukul, sisa-sisa repehan dan alat-alat batu yang lain.
Bengkel ini belum terganggu dan ditinggalkan dalam keadaan asal dan repehan rata dibawah
untuk membolehkan kedudukan batu stabil. Tapak bengkel kerja itu dalam keadaan yang asal atau
insitu dan ini bermakna tapak ini belum diganggu(20) .
Tinggalan infiltrated
Tinggalan arkeologi yang dikesan dalam lapisan itu adalah bukan sezaman dengan jumpaan dalam
lapisan itu kerana lapisan atas telah terjatuh ke dalam lapisan lebih bawah sebab ganggunan
stradigrafi seperti penggalian lubang untuk pengkuburan. Selalunya ia adalah dalam kajian
komponen pelbagai. Penggalian di Gua Cha telah dilakukan dengan teliti dan ia merupakan
komponen pelbagai menurut Sieveking. Dia kebudayaan yang wujud ialah Hoabinhian dan
neolitik. Kebudayaan hoabinhian dijumpai dilapisan tebal yang tanahnya berwarna coklat tua yang mempunyai barang hoabinhian seperti alat-alat batu, tinggalan sissa manusia dan sisa tulang
haiwan yang kesemuanya dalam kuantiti yang besar. Sementara itu, kebudayaan neolitik pula
dijumpai di lapisan tanah hitam berbatu yang terletak di lapisan yang lebih atas lapisan tanah
coklat tua. Disini dijumpai kubur-kubur yang disertakan dengan barangan pengkebumian seperti
tembikar, alat batu yang sudah digilap, rantai, manik cengkerang, sudu cengkerang dan gelang
batu. Kedua-dua lapisan tanah semulajadi ini terpisah oleh lapisan tanah sterile deposit yang tidak
mengandungi sebarangt tinggalan arkeologi. Mungkin terdapat gangguan stradigrafi yang
disebabkan oleh hakisan.
Tinggalan Residual
Ia juga berlaku di tapak komponen pelbagai, ia bukan yang berusia tua daripada benda-benda lain
di lapisan itu. Di gua Niah telah dijumpai tengkorak Homosapien. Melalui kaedah radiokarbon 14
arang kayu yang berhampiranb dengan tulang tengkorak itu adalah berumur kira-kira 40 000
tahun(21) . Namun penemuan Robert Fox di Pualu Palawan Filipina telah dijumpai tengkorak
yang serupa. Manusia homosapien diantara Gua Niah dan Pulau Palawan di Filipina adalah sama
kerana tanah besar adalah bersambungan di zaman air batu (Pleistosen)(22) .
STRADIGRAFI MENDATAR
Bermaksud kajian yang dijumpai dalam lapisan yang sama. Prinsip Assiocian Finds atau kajian kumpulan
sekutu apa yang dujumpai dalam satu lapisan yang sama adalah sezaman dengan syarat tidak ada gangguan
dan ia bukanlah barang warisan. Di Kota Tampan, 12 jenis tanah telah diambil dari bahagian yang berbeza.
Didapati contoh tanah adalah sama dengan abu gunung berapi di Tasik Danau Toba. Abu itu dipertarikhkan
melalui kaedah Fission Track lebih kurang 31000 300 B.P(23) dan dianggarkan ianya 30 000 tahun
dahulu.
DATA NEGATIF
Dimana tidak ada sesuatu di tapak itu. Ini penting sebab boleh memberi pentafsiaran yang baik bagi tapak
itu. Contohnya di Muara Sungai Sawarak zaman proto sejarah, Tom Harrison telah menjumpai pusat
perdangangan, banyak tembikar China di jumpai zaman Sung dan Yuan tetapi tidak dijumpai tembikar biru
putih dari zaman ming. Berdasarkan ini maka penafsian yang dibuat ialah perdagangan maritim telah
lenyap sebelum zaman Ming.
KESIMPULAN
Dalam arkeologi data-data yang diseutkan di atas tadi adalah amat penting penggunaannya kerana dengan
cara inilah sesuatu data atau bahan-bahan tinggalan zaman dahulu akan dapat dikenal pasti sama ada ia
sahih atau tidak dari segi kegunaannya dan sama ada ia berusia lebih tua atau tidak dan dengan ini kita akan
dapat mengenalpasti sama ada data itu boleh digunakan sebagai bahan bersejarah atau hanya satu penipuan
atau satu kesilapan pentafsiran bahan-bahan arkeologi. Dalam hal ini ketelitian amatlah penting
NOTA KAKI
1. Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan) , Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 5
2. Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan) , Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 6
3. Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan) Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 3
4. John. Coles, Experimental Archaeology, University Of Cambridge, London, 1979, hlm 1 yang
berbunyi "Archaeology is the study at man's past activities and it includes the examination and
assessment of all his requirements for living"
5. Dikslit, S. K, An Introduction To Archaeology, Bombay, Calcutta, 1955, hlm 1. Petikan itu berbunyi
"The word" archaeology is to be devided from 'archaios meaning 'ancient' and iogos meaning
'knowledge'."
6. John. Coles, Experimental Archaeology, University Of Cambridge, London, 1979, hlm 1
7. Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan) , Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 9
8. Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan) , Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm 5
9. Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi ke-2) Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975, hlm 33-34.
10. Thomas R. Hester, Field, Methods In Archaeology,Mayfield, California, 1975, hlm113
11. Ismail Hamid, Masyarakat dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm 8
12. Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi ke-2) Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975, hlm 36
13. Ismail Hamid, Masyarakat dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm 7
14. Abdul Halim Nasir, Sejarah Perak, Jabatan Muzium, Kuala Lumpur, 1977, hlm 26
15. Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1996, hlm 2
16. Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi ke-2) Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975, hlm 46
17. Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi ke-2) Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975, hlm 45
18. Lembah Bujang, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980, hlm 6-7
19. Lembah Bujang, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980, hlm 7-8
20. Ismail Hussein, et al , Tamadun Melayu, Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995,
hlm 814-815.
21. Ismail Hamid, Masyarakat dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm 7
22. Tom Harrison, Zaman Batu Di Malaysia, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1972, hlm 1-3
23. Ismail Hussein, et al , Tamadun Melayu, Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995,
hlm 816
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi ke-2) Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975,
Abdul Halim Nasir, Sejarah Perak, Jabatan Muzium, Kuala Lumpur, 1977,
Dikslit, S. K, An Introduction To Archaeology Bombay, Calcutta, 1955,
Frank Hole, Robert F. Heizer, Arkeologi Prasejarah: satu Pengenalan Ringkas(Terjemahan), Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990,
Ismail Hamid, Masyarakat dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991,
Ismail Hussein, et al , Tamadun Melayu, Jilid 3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995,
John. Coles, Experimental Archaeology, University Of Cambridge, London, 1979,
Lembah Bujang, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980,
Thomas R. Hester, Field, Methods In Archaeology,Mayfield, California, 1975,
Tom Harrison, Zaman Batu Di Malaysia, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1972
Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1996,
Balik