PENGERTIAN RENAISSANCE


     Ia merupakan gerakan intelektual yang berkembang di selatan eropah iaitu di itali daripada abad ke 14-16. Ianya juga diertikan sebagai kelahiran semula yang mana masyarakat eropah ingin kembali kezaman kegemilangan greek dan rom. Pada zaman tersebut eropah telah mencapai kegemilangan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Renaissance berkembang di bandar-bandar seperti florence,genoa dan milan yang akhirnya berkembang ke eropah utara dan seluruh eropah.
     Perkembang juga berlaku di bandar-bandar utama di itali telah meningkatkan ekonomi seterusnya telah menggalakkan perkambangan renaissance. Kekayaan yang diperolehi oleh itali telah membolehkannya menunpukan perahtian kepada aktiviti-aktiviti seperti kesusteraan, seni ukir dan seni lukis. Aktiviti-aktiviti ini telah menggalakkan perkembangan renaissance. Hasil-hasil penulisan greek dan latin yang musnah akibat serangan orang-orang gasar telah dikumpulkan dan disalin smeula ke baahsa latin. Misalnya leonardo drumi teleh menterjemahkan tulissan ahli falsafah greek, plato ke bahas altin. Melalui perdagangan renaissance telah tersebar ke seluruh eropah melalui jalan laut dan darat. Satu lagi faktor perembangan renaissance ialah wujudnya golongan pedagang yang menguasai ban dan mengutip cukai bagi gereja. Contohnya keluarga medici yang mendominasikan ekonomi florence. Kutipan cukai dan pendominasian bank di eropah telah disalurkan ke industri-industri andar yang menguntungkan itali. Budaya luar yang dibawa oleh pedagang serta hasil-hasil kerya yang dibawah oleh pelari byzantium turut mempercepatkan renaissance di itali.
     renaissance di utara pula lebih bersifat keagamaan dan menekankan tema tema injil. Renaissance di belanda jerman dan perancis lebih menekankan nilai dan etika. Pada masa ini lahirnya golongan' humanism kristian'. Mereka percaya bahawa elemen klasik dan kristian harus digabungkan. Antara tokohnya seperti eramus yang menghasilkan karya seperti the education of a christian prince dan echiridion militantis dan thomas moore melalui karyanya yang mahsyur iaitu utopia.
     Perubahan zaman renaissance telah merubah politik, ekonomi dan sosial masyarakat eropah pada abad berikutnya. Dari segi politik ialah kemerosotan sistem feudalisme dan diganti dengan kemunculan negara bangsa. Idea-idea mechaivili telah mempengaruhi pembentukan negara-negara bangsa seperti england, sepanyol dan perancis. Renaissance juga turut membentuk ekonomi kapitalis akibat perkembangan ciri-ciri individualism, huamnis dan kritikal dalam mencari kekayaan. Dalam bidang sosial pula, kesannya seperti perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, matematik, pembuatan, ilmu logik dan lain-lain. Penemuan mesin cetak juga telah menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan. Bidang kesenian, kesusasteraan, seni lukis dan muzik turut mengalami perubahan. Alhir juga perpustakaan universiti dan sekolah hasil perkembangan ilmu pengetahuan ini.


PETIKAN DARI

Green, V.H.H, Renaissance and Reformation, A Survey Of European History Between 1450 and 1660, London Arnold Publisher Ltd, 1970, Bab 2, The Renaissance, Hlm 29-57.


Balik