JOURNAL: SABIHAH OSMAN

SEKOLAH LATIHAN BAGI ANAK-ANAK KETUA ANAK NEGERI, SABAH

 

PENGENALAN

 

Journal tulisan Sabihah Osman ini adalah tentang Sekolah Latihan Bagi Anak-anak Ketua-ketua Anak Negeri. Sekolah ini merupakan sekolah kerajaan Syarikat Berpiagam yang pertama di Sabah. Berdasarkan apa yang dinyatakan dalam journal ini Sabihah cuba mengandaikan bahawa Sekolah Latihan ini adalah menyamai Maktab Perguruan Kuala Kangsar iaitu ia ditujukan khusus kepada golongan elit sepertimana di Semenanjung Malaysia. Sabihah memulakan bicaranya dengan merujuk kepada penubuhan awal sekolah di Borneo Utara atau lebih dikenali sebagai Sabah sekarang oleh W. H. Treacher iaitu Gabenor pertama Borneo Utara. Sekiranya diperhatikan sejak dahulu lagi Sabah telah memiliki pendidikan tradisionalnya tersendiri tetapi ia adalah lebih menumpukan pengajaran agama Islam semata-mata dan berdasarkan Quran sebagai bahan pengajian. Ia adalah sama seperti di daerah-daerah lain di kepulauan Melayu, orang Islam menjadikan pelajaran membaca quran sebagai matapelajaran yang diajarkan kepada anak-anak mereka terutamanya kampung-kampung. Memandangkan hal ini. W.H. Treacher. Gabenor Pertama telah mendirikan sebuah sekolah agama Islam di Sandakan dan guru agamanya ialah Syeikh Abdul Duluhan. Tetapi gagal. Kegagalan ini adalah disebabkan tidak terdapat sokongan orang Islam . Mereka berasa curiga tentang niat gabenor itu yang kebetulan beragama Kristian. Kemudian sebuah sekolah Inggeris dibina oleh mubaligh Katolik dan dibuka di Sandakan dalam 1883 . Sekolah ini dinamakan Institut Byron bersempena nama pengasas sekolah tersebut iaitu Father J. Byron.

"knowing that the Rev. J. Byron had instituted school at the Roman Cahtollic Mission House..... The result was that we can confodently appeal to all residents in Sandakan to an institution which ia struggling to do good work in our midst and is almost without fund our appeal is based upon and grouds ;
1. the instruction ia quite unsectarian
2. 2. It is the only school in Sandakan

Sekolah ini adalah terbuka kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama "the School is open to all without restriction as to race or religion .". Namun, pastinya ramai yang meragui dan mencurigai sekolah ini terutamanya masyarakat Islam kerana sekolah ini ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan seperti halnya W.H. Treacher masyarakat tidak berminat terhadap sistem pendidikan Kristian .

 

 

SEKOLAH LATIHAN

Sebelum penubuhan ini Sabihah menerangkan bahawa Gabenor E.W. Birch yang mentadbir Sabah pada 1901 hingga 1904 mencadangkan penubuhannya dan memastikan bahawa sekolah ini adalah semata-mata memastikan lepasan sekolah ini alam kekal sebagai petani dan nelayan. Tetapi cadangan ini ditolak oleh W.C. Cowie keran kesibukkannya dan juga kewangan lebih ditumpukan kepada pembinaan landasan keretapi dan telegraf serta sekolah adalah tidak mendatangkan hasil . Kebanyakan sekolah yang ada adalah ditubuhkan oleh mubaligh Kristian. Pada tahun 1909 Jabatan Pelajaran diwujudkan dan kerajaan mula memberikan subsidi kepada pelajar.Tetapi ia adalah diberikan kepada sekolah Mission manakala peribumi berasa ragu-ragu dengan sekolah ini.
Lantaran itu, Pihak pemerintah pada ketika itu menyedari bahawa kebanyakan mereka yang berpengaruh tidak mempunyai pelajaran. Ini telah dikemukakan oleh Gabenor A. Pearson. Oleh itu, ia mencadangkan sekolah berasarama bagi Anak-anak Ketua Anak negeri dan saudara mara mereka. Kerana mereka ini adalah dijangka akan dapat menjamin kestabilan politik pemerintah dan menjadikan mereka ini sebagai pentadbir bawahan sahaja dan untuk menjimatkan perbelanjaan . Selain itu sekolah Latihan adalah untuk melatih anak-anak Ketua Bumiputera yang dianggap oleh pemerintah sebagai satu "civic Duty" ataupun tujuannya supaya mengikut jejak langkah bapa mereka. Misalnya di Borneo, Pekerjaan membuat garam patut digalakkan . Ia adalah juga seperti pendidikan di Semenanjung Malaysia iaitu British menyediakan pendidikan sekadar melepaskan batuk di tangga iaitu menjadikan anak orang melayu pandai sedikit daripada kedua ibubapanya samada petani atau nelayan dan boleh bekerja sebagai peon, drebar dan jaga sahaja . Pada mereka

"As ia only to be expected, this was a carbon copy of the English style of life. At the Malay College Kuala Kangsar - "The Eton of the East"- they underwent middle class socialization ."

Sepertimana juga di Borneo Utara, Anak-anak peribumi atau yang dipanggil 'native ' diberi pendidikan adalah semata-mata untuk menjadikan mereka ini kakitangan yang dikuasai penuh oleh Syarikat Berpiagam. Dan mengelakkan masyarakat peribumi akan bangkit menentang British dan ini juga sama terhadap dasar British di Semenanjung Malaysia iaiatu memberi pendidikan sekadar ada dan tidak mahu memberikan pendidikan penuh supaya mereka tidak akan membangkitkan semangat kebangsaan dalam jiwa orang Melayu sepertimana pengalaman mereka di negeri India . Dalam hal ini mereka digalakkan meneruskan aktiviti tradisionalnya meyebabkan mereka ketinggalan dalam banyak bidang berbanding kaum imigran yang tinggal di bandar contohnya dalam pendidikan sekolah Inggeris. Orang Melayu-Islam yang biasanya tinggal dipesisir telah lama terdedah dengan pemerintahan 'asing'. Secara tidak langsung ada diantara orang-orang Islam tempatan itu yang mendapat pengalaman mentadbir di daerah-daerah mereka sebagai pentadbir-pentadbir tempatan .
Sekolah Latihan Bagi Anak-anak Ketua Anak Negeri telah ditubuhkan di Jesselton pada 1 Julai 1915 dengan bilangan pelajar permulaannya ialah lima orang. Anak-anak Ketua Bumiputera yang dilatih datangnya dari seluruh pelusuk Sabah, Tawau, Lahad Datu, Rundum, Kota Belud, berumur antara 9-24 tahun . Mereka ini diajar oleh polis iaitu Sgt. Major Daud . Bahasa pengantar yang dipersetujui ialah Bahasa Melayu yang merupakan Lingua-Franca tanah jajahan dan bahasa ibunda tempatan dan brunei. Ia agak berbeza dengan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya. Ini adalah kerana, Bahasa Melayu di Sabah mempunyai banyak kerjasama dengan bahasa Bajau dan Sulu . .Sungguhpun Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tetapi tulisan Jawi tidak diajarkan . Ia kelihatan bahawa Syarikat Berpiagam telah juga cuba untuk mengasingkan antara pengajarannya dengan agama Islam. Walaupun bukan semua penduduk Sabah adalah Islam tetapi di Borneo Utara pengajaran agama Islam telah meresap masuk ke dalam mastarakat Islam. Manakala Bahasa Inggeris tidak pernah diajar disekolah kerajaan sebelum perang . Namun, kerajaan sedar pentingnya Bahasa Inggeris diperluas agar senang rakyat dijajah . Seperti juga di Semenanjung Malaysia Kerajaan British tidak pernah untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semata-mata mahu menanamkan semangat terus dijajah oleh pihak British . Kurikulum yang diajarkan adalah 3M (membaca, menulis dan mengira). Beberapa orang diantara mereka telah dihantar ke Sekolah Society for the propagation of the Gospel Jesselton bagi mendapatkan pengajaran bahasa Inggeris .
Pelajar sekolah ini akan diberikan elaun $120 seorang setahun untuk menampung kehidupan mereka.Perbelanjaan awal sekolah ini adalah $330.77 daripada peruntukan sebanyak $890. Sehingga 1917 terdapat 12 orang pelajar yang menuntut dan berkurangan menjadi lima orang pada tahun berikutnya. Berikut adalah bilangan pelajar yang menuntut daripada awal penubuhannya hingga penutupannya pada 1930

 

Tahun Bilangan Penuntut
1915 5
1916 12
1917 12
1918 5
1919 5
1920 7
1921 7
1922 10
1923 9
1924 12
1925 12
1926 16
1927 15
1928 18
1929 13
1930 Tutup

 

PENUTUPAN SEKOLAH LATIHAN

Mulai 1921 ketua-ketua Bumiputera kurang memberi sokongan terhadap sekolah ini sebabnya antaranya ialah ketua ketua-ketua itu mahukan anak-anak mempelajari agama. Pada tahun 1930 sekolah ini terpaksa ditutup kerana tidak menguntungkan . Namun, sekiranya dirujuk kepada journal ini, Sabihah dengan tegas menyatakan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan penutupannya adalah ;

1. pentadbiran syarikat di daerah-daerah tidak perlu lagi bergantung kepada Ketua-Ketua Anak Negeri yang berpengaruh dan berpengalaman.
2. Wang yang diperuntukkan untuk sekolah latihan itu sepatutnya digunakan untuk menambah bilanagn sekolah-sekolah vernakular.
3. Pemberian pelajaran Bahasa inggeris akan diberikan di sekolah-sekolah mission.
4. Sekolah ini boleh ditukar statusnya kepada sekolah vernacular.

Atas alasan ini maka Sekolah latihan ini telah ditutup pada tahun 1930 dan ditukarkan statusnya kepada Sekolah vernacular. Tidak seperti di Semenanjung kebanyakan sekolah elit terbuka hanya kepada golongan elit sahaja atas permintaan pembesar dan Sultan sepertimana angkuhnya Cemuhan Yamtuan Negeri Sembilan terhadap orang Melayu yang sama-sama menda[pat pendidikan dengan anak-anak pembesar dan Sultan:


"I do not like the idea of the children of rajas and chiefs sitting in school side by side with the children of people who once our slaves" .

Bagaimanapun pendidikan di Semenanjung diteruskan juga dengan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Dan ia tetap diteruskan untuk melahirkan guru-guru Melayu. Namun di Sabah Sekolah Latihan untuk Anak ketua Anak Negeri terus ditutup dan ditukar statusnya. Ini bermakna tidak ada lagi golongan yang diistilahkan elit di Sabah. Kerana di Sabah tidak mempunyai golongan 'Istana' seperti di Semenanjung Malaysia.

 

KESIMPULAN

Berdasarkan journal tulisan Sabihah ini, ia telah menunjukkan bahawa bukan sahaja di Semenanjung Malaysia saja yang terdapatnya golongan elit yang mendapat pendidikan dan mula mengikut cara hidup masyarakat Inggeris, malah di Sabah juga telah terdapat proses ini dengan memberikan pendidikan khas kepada anak-anak Ketua Anak Negeri supaya mereka ini akan mengikuti gaya hidup masyarakat Inggeris atau penjajah dan terus mengekalkan proses ini sehinggakan masyarakat peribumi akan terus dijajah dan mentaati penjajah ini kerana mentaati pembesar mereka. Proses ini terus berlaku hinggalah pendudukan Jepun 1941. Walaupun Sekolah Latihan ini ditutup dan digantikan kepada sekolah vernacular ia akan terus diingati sebagai satu lagi proses penjajahan British melalui pemikiran dan hati nurani masyarakatnya. Mereka ini sebenarnya belum diberikan pendidikan yang sebenar dan hanya sebagai alat saja untuk mengekalkan politik penjajah di Sabah. Mereka ini di kehendaki sebagai pentadbir bawahan sahaja dan untuk menjimatkan perbelanjaan pemerintah pada ketika itu serta untuk melatih anak-anak Ketua Bumiputera yang dianggap oleh pemerintah sebagai satu "civic Duty" ataupun tujuannya supaya mengikut jejak langkah bapa mereka . Selama 15 tahun penubuhan sekolah ini hanya terdapat seorang sahaja yang lulus ' learner's Examination'. Ini bermakna sekolah ini bukanlah membawa satu matlamat jangka panjang tetapi hanya sebagai propaganda sahaja. Malah jawatan yang ada juga hanya dikhaskan kepada rangers, demarcaters, kerani Anak Negeri dan Ketua Anak Negeri sama seperti bapak mereka .


NOTA AKHIR

Mohd. Nor Long, Perkembangan Pelajarn di Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1982. Hlm. 9-10.

The British North Borneo Herald, Arkib Negeri Sabah, 1 Ogos 1888, hlm. 463-464.

Ibid

Mohd. Nor Long, op.cit, Hlm. 9-10.

Sabihah Osman, Sekolah Latihan bagi anak-Anak Ketua Anak Negeri, Sabah, Journal Ilmu Pembangunan dan Sumber Alam (Sumber), Bil. 3, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1989, hlm. 138-139

Sabihah Osman, Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1985, hlm. 26-27

Mohd. Nor Long, op.cit,Hlm. 11-12

Hamdan Sheikh Tahir, Aminuddin Baki Dan Sumbangannya Terhadap Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan, Yayasan Aminuddin Baki, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1921, hlm.15

Nordin Selat, Renungan, Utusan Publication & Distributors, Kuala Lumpur, 1978, hlm.55.

Cecilia Leong, Sabah: The First 100 Years, Percetakan Nan Yang Muda, Kuala Lumpur,1982, hlm.99. Ia menyatakan : "The word 'native' in Sabah is not generally held with as much contempt as in other places which were colonized."

Hamdan Sheikh Tahir, op.cit, hlm.15

Adnan Haji Nawang, Za'ba Patriot Dan Pendita Melayu, Yayasan Penataraan Ilmu, Kuala Lumpur, 1994, hlm.127

Sabihah Osman, Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941, op.cit, hlm. 26

Mohd. Nor Long, op.cit. Hlm. 11-12

Sabihah Osman, Sekolah Latihan bagi anak-Anak Ketua Anak Negeri, Sabah, op.cit, hlm.143

Mohd. Nor Long, op.cit, Hlm. 14.

Ibid

Ibid

Ibid

Ibid

Sabihah Osman, Sekolah Latihan bagi anak-Anak Ketua Anak Negeri, Sabah, op.cit, hlm. 145

Mohd. Nor Long, op.cit, Hlm. 11-12

Sabihah Osman, Sekolah Latihan bagi anak-Anak Ketua Anak Negeri, Sabah, op.cit, hlm. 146.

Nordin Selat, Kelas Menengah Melayu, Utusan Melayu Bhd, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 135-136

Sabihah Osman, Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941, op.cit, hlm. 26-27

Mohd. Nor Long, op.cit, Hlm. 11-12

Sabihah Osman, Sekolah Latihan bagi anak-Anak Ketua Anak Negeri, Sabah, op.cit, hlm. 146


Balik