REVOLUSI AMERIKA


PENGENALAN

Pada awalnya kebanyakkan penduduk koloni merasa bangga  menjadi sebahagian daripada  empayer British tetapi selepas perang mereka merasakan perlu hidup bebas dari penguasaan British apatah lagi tekanan dari faktor ekonomi dan rangsangan dari perubahan dalam politik dan  keadaan sosial penduduk ketika itu . Ini meyebabkan mereka bangkit  secara revolusi menentang British.

REVOLUSI bermaksud perubahan sesebuah kerajaan dalam sistem politik, sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan seperti rusuhan dan sebagainya atau perubahan menyeluruh dan mendadak terutamanya dari segi berfikir, bertindak.  .Sebenarnya tidak terdapat maksud yang tetap mengenai revolusi ini Berdasarkan Revolusi Perancis dan Rusia pada tahun 1789  dan 1917  didapati  bahawa Revolusi itu adalah  satu cara untuk menggantikan pemerintah yang bersifat menindas samaada dalam aspek ekonomi dan politik dan merubah kepada pemerintahan yang lebih bersesuaian dengan keadaan,kemantapan kerajaan dalam sistem politik baru. Menurut David revolusi  adalah,
"replacement of an out of date, repressive regime with social and political order which is generally more open,flexible and adaptable. in effect in the interest of "progress" stability of the poitical system replaced by instability until some new form of government is set up".
Namun begitu yang pastinya revolusi ini sememangnya dirangsangkan oleh faktor ekonomi dan digerakakn oleh faktor-faktor yang lain antaranya faktor sosial dan politik negara ini sendiri.

MASALAH EKONOMI PENCETUS UTAMA REVOLUSI
Masalah kewangan yang dihadapi oleh pemerintah British  yang menanggung perbelanjaan yang besar dalam perang tujuh tahun telah mengalih pandangan mereka kepada Amerika bagi menyelesaikan masalah ini.Penduduk Amerika telah dipaksa membayar satu pertiga daripada 360 ribu paun hutang British melalui pembayaran dari pengenalan beberapa akta diantaranya 45 ribu dari akta Gula dan 75 ribu dari akta Setem.   Begitu juga pada akta Townshend dan lain-lain tekanan pada faktor ekonomi ini.
Bagi menampung masalah kewangan ini pihak British telah meluluskan Akta Perdagangan dan Pengeluaran pada akhir abad ke 17. Akta perdagangan  melarang jajahan menjual kepada negara lain tembakau, kapas dan kulit kecuali kepada dengan harga yang rendah.selain itu jajahan juga dipaksa membeli barangan siap  dari britain yang membolehkan peniaga britain mengaut keuntungan yang besar. Manakala Akta Pengeluaran pula mengharamkan jajahan mengeluarkan barangan yang sama dengan Britain. Akta ini dikuatkuasakan pada tahun 1760 .selepas perang tujuh tahun  timbul ketidakpuasanhati penduduk terhadap akta ini.  Apatah lagi dengan adanya akta-akta yang diperkenalkan oleh George Grenville telah menambahkan lagi ketidakpuasan hati koloni kepada pemerintahan Britain .

AKTA GRENVILLE
“He was a man of great obstinacy, but little talent, who made a fetish efficiency.”
Pada tahun 1763, George 111 melantik penasihat baru iaitu dibawah kepimpinan George Grenville.Beliau telah memperkenalkan polisi baru dalam pemerintahan Britain.Polisi ini berkaitan masalah kewangan negara Britain menanggung perbelanjaan yang besar dalam peperangan tujuh tahun dengan perancis. Britain berpendapat koloni seharusnya membantu membayar sebahagian hutang tersebut ,ini kerana perang tersebut adalah bertujuan melindungi negara Amerika daripada Perancis . Antara lewat 1660 kenalkan akta pelayaran yang menghadkan perdagangan koloni hanya kepada Britain.Akta lain iaitu Akta Gula dan Akta Setem. Kedua-dua akta ini benar-benar menimbulkan reaksi amarah penduduk koloni terhadap pemerintah.

AKTA GULA 1764
Akta gula telah diperkenalkan pada tahun 1764 . Akta ini bertujuan untuk memperolehi lebih benyak kewangan daripada perdagangan koloni iaitu dengan mengenakan cukai keatas gula, arak dan kopi . Cukai ini menyebabkan banyak kapal melakukan penyeludupan.

AKTA SETEM
Akta ini dianggap sesuatu yang baru bagi penduduk koloni dan mereka menentang dengan hebat terhadap cukai-cukai yang dikenakan yang tidak mendapat persetujuan  dan pengesahan  mereka dalam parlimen .
Ini dianggap sebagai “Taxation without representation” iaitu percukaian tanpa perwakilan dari wakil penduduk koloni.   Tokoh  dari Virginia iaitu Patrick Henry mengecam akta ini dengan menyatakan  ianya tidak adil dan haram diluluskan kerana perhimpunan tersebut tidak disertai oleh wakil mereka dan segala hal ehwal dikoloni hanya dapat ditentukan oleh pihak koloni sendiri tanpa campurtangan dari pihak British  Akta Setem telah diluluskan pada tahun 1765. Akta ini menghendaki penduduk koloni membeli setem rasmi dari kerajaan dan dilekatkan pada semua jenis kertas seperti suratkhabar, pamplet, dan sebagainya. hasil dari pendapatan ini digunakan untuk membayar gaji askar British yang menetap di koloni.  Contohnya bayaran bagi setem di sekolah dan kolej dikehendaki membayar setem dengan harga 480 pence manakala untuk setem tanah sebanyak 60 pence.   Keadaan yang menekan ini meyebabkan  masalah diperbincangkan oleh penduduk koloni dan dikenali sebagai  Stamp Acts Congress.
 Kongress ini telah diadakan di New york pada Oktober tahun 1765 yang telah menemukan sembilan buah negeri koloni yang masing-masing menghantar wakil untuk membantah akta setem tersebut.  Ini secara tidak langsung telah mewujudkan perpaduan di antara koloni-koloni ini.bantahan mereka telah turut sama menyebabkan pedagang-pedagang British di Amerika memboikot barang dagangan  British dengan tidak mengimport nya selagi British tidak membatalkan akta tersebut  kerana pengenalan akta setem dan Gula menyebabkan aktiviti perdagangan mereka di Amerika terjejas...Bantahan dari pedagang ini akhirnya menyebabkan akta ini telah dibatalkan pada tahun 1776 tetapi parlimen  British masih berhak keatas cukai di Amerika. Melalui kongress ini lahirlah beberapa tokoh penting iaitu Patrick Henry,Samuel Adams dan James Otis. Pengenalan Akta Townshend yang telah meneruskan akta cukai pengeluaran kepada penduduk koloni ini telah sama menjadi penggerak penduduk untu mencetuskan revolusi terutama dalam ekonomi negara mereka.

AKTA TOWNSHEND
Penasihat baru selepas Rockingham iaitu Charles townshend telah meneruskan akta pengeluaran yang selama ini menimbulkan ketidakpuasan hati koloni.Akta ini bertujuan memperoleh pendapatan daripada koloni dengan mengenakan cukai kertas,cat, kaca dan teh. Cukai ini adalah untuk menampung kewangan britain bagi membayar gaji pegawai British diantaranya ialah hakim,gabenor di koloni.penduduk telah bertindak dengan memboikot akta ini dengan memboikot barangan british iaitu tidak mengimport barangan british.Mereka menyuarakan ketidakpuasan hati ini melalui surat petani atau farmer’s letters yang dikarang oleh John Dickson dari Pennsylvania.  Beliau mengutuk Britain yang melarang koloni membawa keluar barangan yang diperlukan oleh penduduk dan memaksa mereka membeli barangan hanya dari Britain tetapi menenakan cukai kastam. Tulisan ini ditulis pada tahun 1767 di Pennsylvania  yang membolehkan beliau dikenali sebagai ,”Penman of Revolution”.  Mereka juga menyatakan bahawa bahaya membayar gaji pegawai dengan menggunakan hasil cukai ..
Konflik ini menyebabkan munculnya golongan patriots yang mahukan pembebasan dari Britain,mereka juga dikenali sebagai ‘sons of Liberty’ .Golongan ini telah bertindak dengan memboikot barangan Britain dan mengganggu pegawai-pegawai Britain di Amerika.
Pada malam 5 Mac tahun 1770 orang ramai yang terdiri daripada golongan ‘ Sons of Liberty’ berada di sepanjang jalan Boston dan telah melemparkan snowball kepada pengawal-britain manakala tentera bantuan pula telah dilempar dengan ketul-ketul ais dan kayu . Keadaan ini meyebabkan askar tersebut telah menembak ke arah orangramai dan telah mengorbankan tiga orang dan mencederakan beberapa yang lain atas alasan untuk mempertahan diri mereka dari tindakan orangramai. . Peristiwa ini menambahkan lagi kebencian penduduk koloni terhadap pemerintah dan terhadap akta-akta cukai yang menekan . Menurut Samuel Adams salah seorang ketua patriot tersebut dari Massachusetts menyatakan bahawa :
“Boston Massacre to increase dislike  of the British"
Dalam masa yang sama ketua baru di parlimen telah memaksa membatalkan akta Townshend ini kecuali ke atas cukai teh.Akta ini dibatalkan tiga tahun kemudiannya. Pada tahun 1773 parlimen telah memperkenalkan Akta Tea bagi melindungi Syarikat Hindia Timur dari mengalami bankrup kerana syarikat ini banyak memberi keuntungan kepada empayar British.Tanpanya memberi kesan yang merbahaya kepada ekonomi British. Oleh itu Akta ini telah diluluskan.
Akta ini menyebabkan pedagang-pedagang koloni memperoleh hasil pendapatan melalui penyeludupan
Di dapati 17 million paun tea telahdijual dengan harga yang murah kepada pedagang  luar dengan tujuan memonopoli perdagangan di amerika. Kepada pengimport tea dikenakan cukai yang tinggi  ini menyebabkan kemarhan penduduk koloni. Ini membawa kepada peristiwa pada 16  Desember  1773  dimana sekumpulan Boston Sons Of Liberty yang berpakaian Mohawk Indians telah membuang beberapa kargo  tea daripada tiga buah kapal di pelabuhan Boston .  Jelas disini penduduk telah bertindak terhadap British walau dalam bentuk protes sebegini menyebabkan British telah bertindakbalas dengan mengenakan undang-undang serius kepada penduduk di Boston yang lebih dikenali sebagai  intolerable acts

INTOLERABLE ACTS
Peristiwa di pelabuhan Boston telah menimbulkan kemarahan kepada pihak British dimana telah membawa kepada pengenalan Akta Pelabuhan Boston yang juga dikenali sebagai  INTOLERABLE ACTS   .Undang-undang ini adalah tindakbalas  serius British terhadap penduduk di Boston. Akta ini telah meyebabkan pelabuhan di Boston ditutup dan perdagangan di sini digantung sehinggalah penduduk disini membayar ganti rugi sebanyak 60 ribu iaitu kerugian diatas kemusnahan tea di Boston. Selain itu ia juga telah meletakkan Massachusetts di bawah kawalan gabenor . Ini menyebabkan kebebasan penduduk koloni bertambah terhad dan akta ini juga terlalu menekan.  Di samping  itu keadaan politik yang liberal menyebabkan penduduk koloni mula merasakan kebebasan mereka telah disekat  Akta -akta, cukai-cukai  yang diperkenalkan menimbulkan amarah kepada rakyat yang menghadkan kebebasan mereka di negara sendiri apatah lagi dengan berkembangnya idealogi  liberalisme di Eropah telah banyak mempengaruhi penduduk koloni terutama tokoh-tokoh yang menggerakkan revolusi di amerika ini.

Penduduk koloni banyak dipengaruhi oleh idea liberal seorang ahli falsafah  English iaitu John locke pada abad ke 17.   Terdapat enam ciri yang terkandung dalam idea liberalisme ini  iaitu:

The idea that societies and polities exist to fulfill the rights of each individual ....Ini menunjukkan setiap individu mempunyai hak-hak sendiri dalam hal-hal politik dan sosial. ...Life, liberty and the pursuit of happiness....penduduk mempunyai kebebasan hidup. Setiap penduduk mempunyai persamaan hak dalam negara yang didudukunya. ...Private way individuals define them selves...protect them self and locate their own niche insociety... mereka juga memiliki sepenuhnya harta yang mereka perolehi sendiri. mereka juga boleh memilih pemerintah yang mereka sukai tidak diperintah oleh seorang aristokrat mereka juga mahukan kuasa pemerintah adalah terhad dalam pelbagai aspek negara.

Idea-idea ini meyebabkan penduduk koloni yang sebelum ini terdiri daripada golongan imigran yang selama ini mencari kebebasan dalam segala aspek ini mula membuka minda mereka untuk hidup bebas di negara sendiri  dan memiliki sepenuhnya hak keatas Amerika . Oleh itu pengenalan akta yang membebankan dan kebebasan yang terhad serta monopoli pihak British dalam segala aspek kehidupan mereka menyebabkan mereka bangun menentang untuk memperoleh kebebasan dan sebagainya ini. Apatahlagi mereka merasakan  mereka perlu berdikari dari aspek perdagangan dan ketenteraan.Dari aspek ketenteraaan, mereka merasakan kejayaan dalam perang 7 tahun dendan mengalah kan  perancis perolehi sebahagian Canada menunjukkan mereka mampu dari segi ketenteraan tanpa pemerintahan Britain  yang lemah dari aspek ini contonya kekalahn tentera Britain di kunbu louisburg Nova Sodia menunjukkan  mereka boleh menjaga keselamatan negeri mereka sendiri. keaddan bertambah kritikal apabila Britain yang terpaksa berbelanja besar  iaitu 20 ribu , bagi perbelanjaan tentera di amerika sebayak 320 ribu paun  setahun hutang pula sebanyak 130 juta dan faedahnya menjangkau 5 juta kesan dari perang tujuh tahun tersebut telah meletakkan   hutang ini kepada Amerika . Ini menimbulkan ketidakpuasan hati semua penduduk dengan pembayaran tersebut telah menyekat kebebasan mereka dalam ekonomi. Kegagalan pihak Britain meminta penduduk amerika membayar hutang tersebut menunnjukkan pemerintahan britain mengalami masaal yang kritikal.
Pemerintahan George 111 yang tidak bijak memilih penasihat dalam pemerintahanhay iaitu George Grenville yang telah memperkenalkan beberapa akta yang menekan hidup penduduk koloni semuanya yang mana membawa kepada revolusi Amerika ini   Penduduk Amerika yang terdiri dari imigran dari pendatang dari Eropah Barat,Asia timur seperti Inngeris,Belanda, Jerman, itali dan sebagainya ini adalah penduduk yang datang mencari kebebasan beragama, pemerintahan dan kebebasan ekonomi.Dengan timbulnya akta-akta yang menekan dan menghadkan pergerakan khususnya dalam bidang ekonomi menyebabakan mereka yang selama ini mempunyai cara hidup ,bahasa dan budaya yang berbeza telah bersatu untuk memperoleh kebebsan yang selama ini mereka cari dengan membuat revolusi .
Selain itu jarak diantara Britain dan Amerika yang jauh ini menyebakan Britain kurang terhadap keaan di Amerilk menyebabkan penduduk merasakan mereka adalah sebuah negara yang merdeka bukannya di bawah pemerintahan Britain.Oleh itu mereka mencari jalan untuk mendapatkan kemerdekaan mrlalaui gerakan revolusi ini.Bermula dengan gerakan di Boston.  Keadaan ini membawa kepada bantahan penduduk melalui mesyuarat sulit yang dkenali sebagai Continental congress Pertama dan Kedua.

CONTINENTAL CONGRESS
Persidangan yang pertama telah diadakan di Philadelphia pada September 1774.  Setiap koloni iaitu 13 jajahan  telah menghantar seramai 50 wakil kecuali Georgia ,kongress ini secara tidak langsung telah menunjukkan perpaduan yang pertama diantara 13 jajahan ini. Tokoh penting dalam persidangan ini ialah John Adams,Patrick Henry, George Washington , Samuel Adams dan Roger Sheeman. John Adams dari Massachusetts ,Patrick Henry dari Virginia telah memberi pendapat bahawa pihak parlimen tiada  hak ke atas pemerintahan koloni.  Pada aawlnya mereka telah bertindak secara aman  iaitu dengan membentuk satu jawatankuasa  perhubungan  iaitu wakil  membawa surat kepada raja bahawa menerima pegawai British dalam perdagangan koloni tetapi mestilah membatalkan undang-undang yang telah diluluskan sejak  tahun 1763 lagi yang tidak diterima oleh penduduk koloni sebelum ini. Selain itu mereka juga mengisytiharkan penentangan terhadap British iaitu dengan memboikot  barangan  British dan memutuskan semua bentuk perdagangan dengan British di Boston.  Manakala sesetengah patriot telah membakar barabgan British dan baragan mereka yang tidak sama turut serta dalam pemboikotan tersebut. Tindakan dari penduduk ini telah menyebabkan  barangan import dari England jatuh merosot . Keadaan ini menyebabkan George 111  telah menghantar tentera ke Amerika bagi memaksa penduduk koloni mematuhi akta yang telah diperkenalkan
Rentetan ini telah membawa tindakan penduduk kepada bantahan secara bersenjata . General British di Boston iaitu Thomas Gaye menyatakan penduduk memperoleh senjata  seperti ubat peledak dari Concord, Massachusetts dan lain-lain tempat.Ini menyebabkan beliau telah meminta supaya menhantar tentera seramai800 orang untuk menghentikan bantahan ini .Namun begitu tindakan penduduk disebabkan akta yang terlalu menekan ini meyebabkan British kalah kemudianya. Usaha-usaha ini rupanya tidak dapat mengubah dasar British ,
Kongress kedua telah diadakan pada 10 May 1775 di Philadelphia. Diantara tokoh penting adalah Benjamin franklin dan Thomas Jefferson. kongress ini telah menyusun satu angkatan tentera yang diketuai oleh George Washington dari Virginia ,angkatan ini dikenali sebagi Continental Army.Ia disusun pada 14 Jun 1775 yang bertanggungjawab terhadap 13 jajahan .Namun begitu kongress ini masih mengharapkan keamanan dengan menghantar wakil kepada George 111 tetapi telah ditolak.
Berdasarkan “Articles  of Confederation” menyebabkan wakil-wakil persidanagn ini bertindak sebagai kerajaan ke atas 13 jajahan di Amerika diperintah dibawah bentuk Konfederasi di antara tahun 1776 hingga 1781 yang telah disokong oleh perancis .abertujuan untuk memperoleh kebebasan dan kemerdekaan bagi setiap negara ,melengapi struktur pemrintahan ,kongress ada kah menentukan  perang dan keamanan,menggerakkan perkhidmatan pos, duit syiling  dan menyelesaikan masalh dengan orang-orang Indian. sepertimana yang dinyatakn oleh David,
” ....set up limited national court,conduct war, coin money, regulate Indian affair and appropriate funds.” 
. Namun begitu kerajaan yang mengamalkan bentuk pemerintahn ini mengalami masalah serius terutama dalam masalah perselisihan diantara 13 jajahan tadi dalam hal sempadan dan perdagangan. . Dalam tempoh ini tiada perkembangan yang berkesan berlaku dan merupakan tempoh kritikal bagi Amerika. Ini kerana Organisasi pusat yang mempunyai kuasa terhad bukan saja dalam pemerintahan bahkan dalam perdagangan di mana pemerintah pusat tiada hak untuk mengawal perdagangna di semua negara dimana setiap negara mempunyai undang-undang sendiri boleh meletakkan cukai yang tinggi keatas barangan diantara 13 jajahan tadi. Ini menyebabkan pemerintah pusat menjadi  lemah kerana tidak dapat memperoleh pendapatan dari negara-negara tersebut  hanya peroleh pendapatan dari cuaki perkhidmatan mail  . Oleh kerana itu tiada pembaharuan yang dapat dibuat  apatahlagi memberi modal kepada bidang ketenteraan dan segala program yang dijalankan oleh negeri jajahan tersebut.  Kerajaan ini juga  menghadapi masalah membayar hutang dari peperangan termasuk gaji tentera dan masalah orang asing.
Walaupun perjanjian perdamaian di Paris pada tahun 1783 telah terlaksana yang mengemukakan syarat-syarat  bagi mendamaikan British dan Amerika . Dalam perjanjian ini British mengesahkan kemerdekaan 13 jajahan, menyerahkan wilayah-wilayah di Barat, mengarahkan supaya angkatan tentera darat dan laut British meninggalkan Amerika dan memulangkan Florida kepada Sepanyol . Manakala Amerika bersetuju membayar gantirugi kepada pihak yang setia kepda pemerintah British. Selain iti kedua-kedua negara ini boleh berdagang di lautan Mississppi dan di kawasan New FoundLand dan Nova Scotia. Didapati Amerika masih menghadapai masalah yang kritikal yang melibatkan hal-hal ekonomi .Oleh itu beberapa perubahan telah dilakukan yang akhirnya mereka telah bersama-sama membentuk satu pengisytiharan kemerdekaan.
 

DEKLARASI KEMERDEKAAN 1787
Ekoran dari masalah-masalah yang timbul ini meyebabkan beberapa tokoh seperti Alexander Hamilton, James Madison, Benjamin Franklin,John Adams dan Thomas Jefferson cuba menyelesaikan masalah ini dengan membuat satu pengisytiharan kemerdekaan atau Deklarasi Kemerdekaan pada 4 Julai 1776.   Deklarasi ini telah dibentuk oleh Jefferson yang mengambil idea dari pada sorang ahli falsafah Inggeris  iaitu John Locke yang mempunyai dasar liberal dalam hak-hak individu. Beliau ada menyatakan bahawa:
"…all people are created equal and that all people have certain basic rights which no government can take away…..if government did not protect the rights of the people ,then the people could overthrow that government and make new one…" 
melalui idea inilah Thomas  Jefferson  menyatakan bahawa hak -hak kebebasan dan  bahagia  yang harus dinikmati oleh rakyat mesti dilindungi oleh kerajaan  .Sekiranya kerajaan gagal melindungi hak ini rakyat berhak memberontak dan menggantikan pemerintahan yang baru. Beliau juga menyenaraikan  27 tuduhan kepada pihak raja diantaranya  pemerintah telah memutuskan perdagangan negara  mereka dengan negara luar , tidak bersetuju dengan undang-undang di negara Amerika dan sebagainya. Selain itu beliau telah mengisytiharkan  Amerika berhak menjadi sebuah jajahan yang bebas dan merdeka.Deklarasi ini terus dugunakan hingga hari ini  sejak ia diutarakan pada 4 Julai 1776.
 

KESAN REVOLUSI
Revolusi  membolehkan Amerika merdeka daripada British dan telah mengubah beberapa keadaan kehidupan penduduk di Amerika. Dari aspek politik dilihat tidak terdapat pegawai british di Amerika lagi seramai seratus ribu orang yang setia kepada Britain telah berpindah keluar menuju ke Canada dan India Barat .Sistem pentadbiran masih menggunakan  sistem Britain tetapi telah menghadkan kuasa  kepada kerajan pusat sebaliknya memberi hak sepenuhnya kepada negeri masing-masing di bawah kuasa perundangan masing-masing.Sesetengah negeri meletakkan kuasa dibawah kumpulan kecil terdiri daripada orang-orang kaya. Namun begitu wanita dan hamba abdi masih tidak berpeluang dalam hal-hal politik terutama dalam hak mengundi .
Dari aspek sosial pula melalui deklarasi kemerdekaan yang banyak mengutarakan mengenai hak-hak kemanusiaan telah memberi kesan yang nyata terutama dalam kebajikan para penjenayah dimana keadaan penjara teah dibaikpulih dan membatalkan undang-undang hukuman mati ke ataskesalahan kecil.manakala hamba abdi dibenarkan melibatkan diri dalam perkhidmatan ketenteraan seperti seramai 5 ribu orang kulit hitam telah turut serta dalam continental army dan dilatih oleh ketua-ketua koloni antaranya ialah George Washington. Dalam 10 tahun selepas kemerdekaan setiap negeri kecuali Georgia telah mengurangkan dan memberhentikan mengimport hamba abdi .Namun begitu di Amerika masih terdapat perhambaan. Dari aspek ekonomi pula melalui perjanjian perdamain di Paris ameika telah menjadi satu bangsa terbesar dari timur lautan atlantik hingga ke barat sungai mississippi hingga ke sempadan great lakes dan di utara kanada dan sepanyol .Amerika juga telah berperanan aktif dalam dunia perdagangan dan telah berkembang ke negara luar yang sebelum ini terhad dengan Britain dan dikawal sepenuhnya oleh Britain. .Industry perkilangan telah mendapat pelaburan baru di Eropah .Namun begitu ini timbul masalah kewangan yang terpaksa ditanggung oleh  kerajaan baru di amerika .
 

KESIMPULAN
Menurut David ,”A Revolution  must be accompanied by a variety of farvorable social, economic, cultural and political circumstances which firm basic for unity”
Dari pengkajian saya didapati faktor ekonomi adalah faktor yang paling mendominasikan kepada pembentukan revolusi di Amerika. Dimana ia banyak menghadkan kebebasan kehidupan penduduk di Amerika . Ketidakpuasanhati ini membawa kepada penyatuan 13 jajahn di Amerika yang sebelum ini terpisah dari segala aspek pemerintahannya bagi memperoleh satu kebebasan hidup dari terus di belenggu oleh pemerintahan British.Revolusi ini  telah membawa kejayaan yang telah digerakkan oleh tokoh-tokoh yang berwibawa seperti George Washington, Thomas Jefferson dan lain-lain. Melalui berbagai persidangan ,pendapat , perjumpaan , pemboikotan dan sebagainya akhirnya British terpaksa memberi kemerdekaan kepada Amerika. Dengan ini 13 jajahan  di Amerika telah berubah kepda beberapa buah wilayah yang lain .pemerintahan berdasarkan demokrasi di bawah seorang presiden ..Namun begitu terdapat persoalan adakah  13 jajahan yang bersatu ini dapat bekerjasama sebagai satu bangsa sehingga hari ini?



NOTA
 
  1.   Kamus Dewan (edisi ketiga), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, hlm.1135
  2.   David C. Saffell, The Politics Of American National Goverment, Northern University, Ohio, 1975, hlm.31
  3.   John D. Hick, A Short History Of American Democracy, The Riberside Press Cambrige,1940, hlm.76
  4.   Ibid.
  5.   Henry N.Drewry,Thomas H.O’Connor,Frank Freidel, America Is (Third Edition), Columbus,Ohio:C.E.Merrill Pub., 1984, hlm.105
  6.   Ibid., hlm.106
  7.   Albert B. Saye et.al, Principles of American Goverment(edisi 5), Prentice Hall New Jersey, 1966, hlm.26
  8.   Henry N.Drewry, op.cit,  hlm.107
  9.   Ibid
  10.   Allan O. Kownslan et.al, American Goverment (edisi 2), 1983, hlm.54
  11.   Albert B. Saye et.al, op.cit,  hlm.26
  12.   John D. Hick, op.cit , hlm.80
  13.  Henry N.Drewry, et.al, op.cit, hlm.108
  14.   Ibid.,  hlm.109
  15.   Ibid.
  16.   Ibid.,  hlm.110
  17.   Everett carll Ladd, The American Polity : The People and Their Goverment (Third Edition), W.W. Norton & Company ,Newyork, London,1989, hlm.57
  18.   Ibid.,  hlm.57-58
  19.   Henry N.Dewry,  et.al, op.cit,  hlm.111
  20.   Ibid.,  hlm.112
  21.   David C. Saffell, op.cit,  hlm.26
  22.  Ibid.,  hlm.39
  23.   Henry N.Dewry,  et.al, op.cit,  hlm.114
  24.  Ibid.,  hlm.123
  25.  Ibid.,  hlm.124
  26.   Ibid.,  hlm.125
  27.  Ibid.
  28.  David C. Saffell,  op.cit,  hlm.33


Balik