Kak Tim Dengar-Dengar
Ziana segan jumpa wartawan
Petikan : Berita Harian 29/11/2003
 

Kak Tim teringat penyanyi Ziana Zain. Sejak melahirkan Mohd. Ammar, Ziana terus menyepi diri. Kak Tim baru-baru ni terjumpa Lisa, pengurus Ziana. Terus Kak Tim tanya khabar penyanyinya yang ramah tu. Rindu pula rasa dah lama tak dengar celoteh Ziana dan gelak tawanya tu. Kata Lisa, Ziana masih berpantang 100 hari. ``Sejak melahirkan anak kedua ni, Ziana berazam untuk tidak jumpa wartawan. Dia segan sebab berat badan dia masih belum mencapai seperti yang dia mahukan, 47kg. Sekarang baru 57kg. Insya-Allah awal tahun ni bolehlah Ziana tampil semula. Rasa-rasanya waktu tu dia dah kurus. Kita yakin Ziana dapat melakukannya sebab dia memang kuat disiplin. Bayangkan daripada 73kg waktu mula melahirkan, dia mampu turunkan beratnya jadi 57kg dalam tempuh tak sampai dua bulan. Jadi kalau setakat nak turunkan lagi 10kg tu rasanya tak jadi masalah bagi Ziana.''

Seperti Lisa, Kak Tim pun yakin Ziana mampu mengembalikan bentuk badannya seperti dulu. Setahu Kak Tim, Ziana memang prihatin dengan penampilan dirinya sebagai seorang artis. 

| back |