Ziana Zain tetap di persada seni
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA Petikan : Utusan Malaysia 8/6/2003
(saharudin@utusan.com.my)
Siapa kata wanita berbadan dua tidak boleh bergaya? Tengok Ziana, masih bergaya bukan? Maknanya, Ziana bukan bergambar seorang, sebaliknya berdua - dengan bakal bayi keduanya yang dijangka lahir empat bulan dari sekarang. Menarik juga ye!Menterjemahkan kebahagiaan hidupnya hari ini, penghibur yang cukup popular dengan lagu Puncak Kasih ini berkata, kehidupannya sebagai wanita berkeluarga terlalu indah. Lebih-lebih lagi selepas melihat anak membesar depan matanya, menyebabkan beliau sendiri terfikir yang hidupnya semakin jauh berubah.``Semakin hari semakin seronok kehidupan yang saya lalui. Saya sudah boleh membuat keputusan untuk keluarga walaupun suami sebenarnya mempunyai `kuasa mutlak' tetapi sekurang-kurangnya idea saya diterima. ``Saya juga boleh `menghukum' anak saya kalau dia buat silap. Pendek kata, menjadi ibu membuatkan saya semakin dewasa kerana setiap keputusan yang saya buat harus mengambil kira perasaan anak dan suami,'' panjang cerita Ziana. Masih ingin membawa perhatian pembaca kepada perubahan wajah Ziana. Cuba renung wajah bujur sirihnya. Kulitnya halus sekali. Rambutnya pula dipotong pendek serta diwarnakan, cantik dan padan sekali dengan wajah bujur sirihnya dan bersesuaian dengan imej ibu moden. Percayalah, itulah imej yang bakal menjadi ikutan!``Syukur, saya dan juga bayi dalam kandungan sihat. Saya dan suami sudah membuat imbasan tapi doktor kata bayi masih malu-malu lagi dan tidak membenarkan jantinanya dilihat,'' kata Ziana menceriakan lagi perbualan tempoh hari.Rezeki bayi dikandungnya, satu demi satu tawaran diterimanya. Baru-baru ini, Ziana mendapat khabar gembira yang mana kontraknya dengan jenama tilam terkenal, Vono disambung setahun lagi. Beberapa tawaran lain sedang dalam pertimbangan. Yang sedia ada pula, masih menunjukkan tanda-tanda untuk terus menjadikan wanita ini sebagai jurucakap mereka. Semua ini, kata Ziana, hasil usaha dan kerja keras beliau bersama-sama dengan team yang menyokong di sebalik kerjaya seninya. ``Bukan mudah untuk saya capai ke tahap ini. Lama saya harus berjuang. Yang penting, saya harus mengekalkan reputasi dan membuktikan kemampuan saya dalam bidang seni,'' ujarnya.Terbaru, Ziana kembali mengubati kerinduan peminat-peminatnya yang sudah lama menantikan kemunculan beliau dengan album baru. bukan album studio sepenuhnya, namun Ziana gembira kerana selepas hampir dua tahun menanti, album yang dirakamkan secara langsung di malam konsertnya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) diedarkan juga.``Ia sebetulnya album kompilasi kerana menggabungkan lagu-lagu lama saya, tetapi saya percaya album itu juga akan meninggalkan makna buat peminat-peminat saya,'' galak Ziana menceritakan album Ziana Zain No.1 Live itu. Turut dimuatkan dalam album itu ialah dua buah lagu baru yang dirakamkan ketika kandungannya berusia tiga bulan. Lagu Lembah Asmara ciptaan Ajai kata Ziana, menampilkan melodi yang cukup indah dan disampaikan selepas berperang dengan emosi ketika di dalam studio rakaman.Ajai memberikan saya semangat dan berkali-kali meyakinkan saya bahawa saya mampu menyampaikan lagu itu dengan baik walaupun saya mengandung,'' kata Ziana bercerita pengalaman itu. Bukan pula merupakan melodi yang kali pertama menyaksikan hasil kerja Ziana dengan dibantu oleh pemuzik ternama tanah air, Greg Henderson. Sebetulnya, Ziana sendiri terkejut kerana dapat menghasilkan karya `sulungnya' itu. ``Semuanya bermula apabila saya memberitahu Greg saya mahukan sebuah lagu yang lain daripada yang pernah saya nyanyikan. ``Saya cuba alunkan muzik secara
bersahaja dan Greg mensesuaikannya mengikut susunan muzik yang lebih tertib,''
ujar beliau yang sehingga kini masih terkejut dan begitu mengagumi bakatnya
menghasilkan melodi itu.
| back | |