Sistem Pendidikan
Madrasah Al Attas
Madrasah
AlAttas adalah salah sebuah sekolah pendidikan berbahasa Arab yang
memberikan khidmat pendidikan dan penekanan dalam dua bidang iaitu
Bahasa Arab dan juga Akademik dalam satu masa.
Madrasah
AlAttas memulakan pendidikan dari peringkat peralihan sehinggalah
peringkat taujihiyah iaitu selama 8 tahun. Dan seterusnya madrasah
akan menguruskan kemasukkan ke universiti dalam dan luar negara bagi
mereka yang telah berjaya di dalam peperiksaan dan berpeluang untuk
melanjutkan pelajaran melalui Unit Lanjutan Pelajarannya (ULP).
Oleh
kerana Madrasah Al Attas mengajarkan dua bidang dalam satu masa,
maka sistem pendidikannya terbahagi kepada dua iaitu sistem
pendidikan agama/bahasa Arab dan sistem pendidikan akademik bagi
memudahkan urusan penyelenggaraannya.
Sistem
pendidikan agama dan Bahasa Arab adalah mengikut sistem yang
dikeluarkan oleh Universiti Al Azhar seperti mana yang digunakan
oleh sekolah-sekolah menengah Arab kelolaan Universiti Al Azhar di
Mesir. Ini membolehkan sijil keluaran Madrasah Al Attas diiktiraf
oleh Universiti Al Azhar.
Manakala
sistem pendidikan akademik pula berlandaskan kepada sistem
pendidikan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
|