MADRASAH ALATTAS ALARABIAH ALISLAMIAH JOHOR

Km 23 Jalan Kota Tinggi 80300 Ulu Tiram Johor Malaysia
Tel : 07-8616901 Fax : 07-8613217
(ditubuhkan pada tahun Hijrah 1332 bersamaan Masihi 1913)

 


Pengenalan Madrasah AlAttas AlArabiah Johor 
  
Pejabat Pentadbiran Madrasah Al Attas Wadi Hana.
Kedatangan orang-orang Arab ke rantau Asia Tenggara pada abad ke-15 bukanlah semata-mata mencari keuntungan perdagangan sahaja, malahan tujuan yang lebih utama adalah menyebarkan dan mengembangkan agama Islam, sejajar dengan perintah Allah dan Rasulnya.   

Sejak dari Melaka menjadi pusat perdagangan lagi, ajaran Islam dan Bahasa Arab telah diajarkan kepada penduduk tempatan oleh pedagang-pedagang arab.   

Dalam keluarga Al Attas, munculah seorang tokoh yang bertanggungjawab dalam meyebarkan agama Islam dan bahasa Arab. Beliau adalah Al Habib Hassan bin Ahmad Al Attas. Penubuhan madrasah (sekolah) adalah salah saatu usaha terpenting beliau dalam memastikan penyebaran agama Islam dan bahasa Arab dapat diajarkan kepada penduduk-penduduk tempatan.  
 

Madrasah pertama yang telah beliau dirikan diberi nama Madrasah Al Attas. Ia telah didirikan di negeri kelahiran beliau, Pahang Darul Makmur pada tahun 1860. Madrasah ini kemudiannya telah diserahkan pentadbirannya kepada kerajaan negeri Pahang sehingga ke hari ini.  

Dan seterusnya beliau berhijrah ke Johor. Setelah beliau berpindah dan bermustautin di negeri Johor, beliau menubuhkan satu lagi madrasah yang juga diberi nama Madrasah Al Attas pada tahun 1913. Madrasah ini kekal sehingga kini dan ditadbir oleh pewaris-pewaris beliau.   

Madrasah Al Attas Johor yang terletak di atas bukit Timbalan, Johor Baharu ini dimulakan sesi pembelajarannya dengan bermula 80 orang pelajar. Mudirnya yang pertama adalah Tuan Hj Ahmad Gusti dibantu oleh YM Tuan Syed Alwi bin Ahmad Al Attas dan Tuan Syeikh Arafat Mansor dari Kaherah Mesir.

 

 
 

 

alattas.cjb.net (R) 1999-2000. Segala pertanyaan berkenaan laman ini bolehlah di hantar kepada mailto:webmaster@alattas.cjb.net Keperihatinan anda terhadap laman ini amat kami hargai. Semoga segala komentar dan kritikan anda diberikan ganjaran di sisi Allah Taala jua.