Sejarah Penubuhan Pusat
Bahasa Arab Al Attas
Madrasah
Al Attas kini semakin matang dalam mengharungi cabaran yang
mendatang. Dengan usia yang begitu matang Madrasah Al Attas mampu
untuk lebih bersaing dengan madrasah-madrasah lainnya. Dan Madrasah
Al Attas kini lebih maju kehadapan dari kebanyakkan madrasah yang
ada. Perkembangan pembelajaran terutamanya dari segi Bahasa Arab
amatlah dititikberatkan di Marasah Al Attas ini.
Usaha untuk memastikan perkembangan pembelajaran
akan terus berlaku dari tahun ke tahun, maka Madrasah Al Attas
memerlukan penubuhkan satu sistem yang akan mengkaji dan mengatur
perkembangan ilmu di madrasah. Maka dengan persetujuan hasil dari
persetujuan semua, Pusat Bahasa Arab Al Attas telah dirasmikan pada
25 September 1995.
Penubuhannya
adalah selaras dengan usaha pihak Madrasah Al Attas untuk
meningkatkan lagi sistem pembelajaran di Madrasah Al Attas dan
seterusnya meningkatkan mutu Bahasa Arab di kalangan
pelajar-pelajarnya.
Dengan wujudnya Pusat Bahasa Arab ini, dapatlah segala perjalanan
bagi mengkaji perkembangan pembelajaran Bahasa Arab di Madrasah Al
Attas dijalankan dengan lancar dan teratur.
Kini segala
maklumat dan perancangan untuk memajukan bidang Bahasa Arab adalah
dibawah tanggungjawab Pusat Bahasa Arab Al Attas.
|