MADRASAH ALATTAS ALARABIAH ALISLAMIAH JOHOR

Km 23 Jalan Kota Tinggi 80300 Ulu Tiram Johor Malaysia
Tel : 07-8616901 Fax : 07-8613217
(ditubuhkan pada tahun Hijrah 1332 bersamaan Masihi 1913)

 


Madrasah AlAttas di Ulu Tiram 

Madrasah Al Attas kini ditempatkan di sebuah bukit di Km 23 Jalan Kota Tinggi, Ulu Tiram. Lokasi terbaru madrasah ini lebih sesuai dengan dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan jauh dari kebisingan hiruk pikuk kotaraya. Udaranya yang nyaman dapat membantu para pelajar dalam mengikuti pembelajaran.  


Pembinaan Madrasah Al Attas Ulu Tiram ini belum lagi selesai sepenuhnya. Fasa kedua, ketiga dan keempat masih belum dimulakan. Fasa keduanya mungkin akan dimulakan tidak berapa lama lagi memandangkan keperluannya yang mendesak pada masa akan datang.  
 


Bagi menjamin keselesaan kepada para pelajar, maka pihak pentadbir Madrasah Al Attas telah memperbaikikemudahan-kemudahan asas yang terdapat di Madrasah Al Attas Ulu Tiram. Pertambahan beberapa keperluan asas juga dilakukan demi memastikan para pelajar mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. 
 

Antara kemudahan-kemudahan asas yang disediakan   
di Madrasah Al Attas , Ulu Tiram adalah :  

  • Dua bangunan dua tingkat untuk kelas putera dan puteri. 
  • Dua bangunan dua tingkat untuk asrama putera dan puteri. 
  • Sebuah Dewan dua tingkat (digunakan sebagai surau sementara). 
  • Sebuah bangunan Pentadbiran Pusat Bahasa Arab dua tingkat. 
  • Makmal Sains dan Makmal Komputer berhawa dingin. 

  • Perpustakaan berhawa dingin dan bilik mesyuarat.
  • Bagunan Dobi. 
  • Dua bangunan dewan makan putera dan puteri. 

  • Sebuah Kafteria dan sebuah bangunan kantin. 
  • Dua buah padang permainan putera dan puteri. 
  • Sebuah Astaka. 
  • Dua buah Pavilion. 
  • Sebuah Van Madrasah. 
  • Sebuah Telefon Awam. 


 
 

 

alattas.cjb.net (R) 1999-2000. Segala pertanyaan berkenaan laman ini bolehlah di hantar kepada webmaster@alattas.cjb.net. Keperihatinan anda terhadap laman ini amat kami hargai. Semoga segala komentar dan kritikan anda diberikan ganjaran di sisi Allah Taala jua.