AKADEMI
PEMBANGUNAN
INTRAPRENEUR
`Lil
Ilmi Wal Jismi'
Penubuhan
Akademi
Pembangunan Intrapreneur (API) pada bulan Ogos 1998 adalah
bertujuan untuk melahirkan eksekutif dan barisan pelapis pemimpin
yang berilmu serta mempunyai kemahiran yang tinggi dan terkini melalui
proses pembelajaran yang berterusan di samping penerapan serta pengukuhan
budaya kerja yang jitu.
Penubuhan API ini juga adalah bertujuan untuk
meneruskan kesinambungan Johor Corporation sebagai institusi keilmuan dan
keusahawanan di samping melahirkan barisan pengurus yang dapat mentadbir
harta waqaf serta sebagai pusat pengajian dan penyelidikan Kumpulan Johor
Corporation.
Dengan mottonya `Lil Ilmi Wal Jismi' - Bagi
peningkatan Ilmu dan Kekuatan Jasmani, API menganjurkan beberapa
program sebagaimana berikut :-
-
PROGRAM PEMBANGUNAN INTRAPRENEUR (PPI)
|
-
PROGRAM PENERAPAN BUDAYA (PPB)
|
-
PROGRAM PENGUKUHAN BUDAYA (PKB)
|
-
PROGRAM PENINGKATAN PENGURUSAN (PPP)
|
|
|
API juga kini sedang mengorak langkah mengadakan
kerjasama dengan menganjurkan program berkembar (twinning programme)
bagi mengikuti program MBA dengan universiti tempatan dan luar negara.
Semoga dengan adanya penganjuran program-program
berbentuk keushawanan oleh API ini, kesinambungan JCorp
akan dapat diteruskan demi kecemerlangannya pada masa akan datang.
Usaha ini pastinya harus diteruskan oleh barisan eksekutif muda yang ada
pada hari ini.
|