KENYATAAN AKHBAR OLEH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM (11 JUN 1999)

Saya ingin menjelaskan kenyataan Tun Daim Zainuddin bahawa lesen perjudian baru telah diluluskan pada tahun 1995. Saya ingin mendesak supaya penyiasatan rapi dilakukan untuk membetulkan fakta. Saya nafikan kenyataan palsu Tun Daim.

Pertama: Sejurus sebelum Tun Daim meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun 1991; beliau telah meluluskan banyak lesen perjudian baru termasuk ratusan outlets (ruang perjudian) yang baru. Sekiranya siasatan bebas dilakukan. Saya pasti keterangan akan diperolehi menunjukkan kepentingan yang diperolehi oleh Tun Daim dalam syarikat-syarikat perjudian berkenaan.

Sepanjang saya bertugas sebagai Menteri Kewangan. tidak ada satu pun lesen perjudian baru yang dikeluarkan. Bahkan ratusan outlets yang saya tutup kerana jumlah yang terdapat di negara terlalu banyak.

Sebenarnya saya mendapat terlalu banyak tekanan dari Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad setiap kali saya mengurangkan outlets, mengetatkan peraturan, perjudian termasuk hari-hari yang dibenarkan perjudian yang juga dikurangkan.

Saya sedar usaha memburuk-burukkan saya dan menafikan hak saya memberikan penjelasan. Sebab itulah isu tulisan saya dalam Ekslusif dihebohkan. Bukan isu pengeluarannya yang harus dibahaskan, tetapi pimpinan kerajaan harus meneliti kandungannya. Saya mengemukakan bukti rasuah yang melibatkan Dato' Seri Dr. Mahathir, Tun Daim dan seorang lagi Menteri Kanan.

ANWAR IBRAHIM