KENYATAAN MEDIA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM MENGENAI PERWAJA PADA 26 JULAI 1999

Dato Seri Dr. Mahathir cuba mengalehkan pandangan dari isu pokok. Laporan polis yang saya kemukakan merujuk kepada fakta, dan analisis oleh juruaudit Price Waterhouse; dan bukannya tuduhan rekaan.

Isu tanggungjawab bersama tidak berbangkit kerana:

Pertama: Laporan tersebut telah merujuk kepada dua surat yang telah ditandatangani oleh Dato Seri Dr. Mahathir ditujukan kepada Tan Sri Eric Chia, Pengarah Urusan Perwaja ketika itu; meluluskan projek dan kontrak. Lembaga dan Kementerian Kewangan telah diketepikan.

Kedua: Saya telah menggesa supaya diadakan siasatan terbuka olih Polis dan BPR. Penegasan saya ialah terdapat bukti olih juruaudit agar pehak berwewenang meneruskan dengan tindakan sewajarnya.

Rakyat berhak mengetahui keadaan sebenar. Kita tidak harus merelakan rasuah dan penyalahgunaan kuasa atau percubaan menyembunyikan skandal mega meskipun melibatkan Dato Seri Dr. Mahathir sendiri.

Anwar Ibrahim

26 Julai 1999