BILA TARIKH SEBENAR AZIZAN DI LIWAT?

Pada 17 Ogos 1999 (Perbicaraan hari Ke 45), Barisan Peguam DSAI telah berjaya membuktikan bahawa tiada kejadian liwat di TIVOLI VILLA antara bulan Jan 1993 hingga bulan Mac 1993. Analisa di bawah menunjukkan dengan jelas pembohongan oleh pihak pendakwa dan Azizan.

Fakta Yang Diberikan Oleh Azizan:

1. Kejadian liwat berlaku di atas tilam di TIVOLI VILLA.

2. Kejadian liwat berlaku pada hari bekerja (Isnin hingga Sabtu).

3. Hari tersebut hari persekolahan (Isnin hingga Jumaat).

4. Pada hari itu dia bersembahyang Zohor. Jadi tentu bukan hari Jumaat kerana Azizan berkata dia tidak tinggal Sembahyang Jumaat.

5. Hari sebelum kejadian juga hari bekerja (bukan Hari Isnin).

6. Kejadian berlaku pada waktu malam (jam 7.30 malam ke atas).

7. Kejadian bukan dalam bulan Ramadhan (23 Feb 1993 hingga 24 Mac 1993).

Setelah Disemak Fakta Lain Yang Ada Pada Pihak Pembela DSAI:

1. Tilam di TIVOLI VILLA (5' Queen size) hanya wujud selepas 12 Feb 1993. Oleh yang demikian, kejadian liwat tidak mungkin berlaku antara 1 Jan 1993 - 11 Feb 1993.

2. 10 Feb 1993 - 14 Feb 1993, DSAI berada di luar negara kerana urusan rasmi di London, France dan Germany.

3. 15 Feb 1993 adalah Hari Isnin dan tidak berlaku kejadian liwat pada masa ini.

4. 16 Feb 1993 -19 Feb 1993, DSAI ada acara jamuan rasmi setiap malam. Tidak mungkin DSAI berada di TIVOLI VILLA pada masa tersebut.

5. 20 Feb 1993 -22 Feb 1993, DSAI berada di Bangkok.

6. 23 Feb 1993 - 24 Mac 1993 adalah bulan Ramadhan. Jadi tidak mungkin berlaku kejadian pada masa ini.

Persoalannya

1. Bila sebenarnya Azizan di Liwat?

*** Untuk Gambaran Yang lebih Jelas Sila Lihat Kalendar Dan Petunjuk.