PENDAPAT BERKAITAN DENGAN KEPUTUSAN PERBICARAAN DSAI

DALAM NEGARA

Hakim Augustine Paul

"Pada pertimbangan saya, setelah menimbangkan dengan teliti dari segi undang-undang dan semua fakta, pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Oleh itu, saya mendapati tertuduh bersalah seperti yang dituduhkan".

Dato' Seri Anwar Ibrahim

"Saya dari awal lagi tidak menaruh harapan bahawa saya akan dibicarakan dengan adil. Saya menyatakan ini bukanlah didorong oleh rasa prasangka tetapi berdasarkan maklumat".

Tan Sri Mokhtar Abdullah (Peguam Negara)

"Keterangan DSAI seperti menyampaikan ucapan politik di mahkamah dan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat keatas DSAI dan hukuman hendaklah dijalankan berturut-turut".

Datin Seri Wan Azizah

"Walaupun semua pihak memnag telah meramalkan keputusan hukuman kepada Anwar, tetapi bila hukuman dijatuhkan terasa juga peritnya. Tetapi sebelum abang Anwar pergi ke dalam van yang gelap itu, Wan bulatkan tekad dengan hati yang penuh bersemangat. Jangan bimbang bang, saya akan jaga anak-anak kita. Tidak ada air mata yang mengalir, tetapi semangat perjuangan tetap membara".

Dr Chandra Muzaffar (Timb Presiden PKN)

"Perbicaraan DSAI amat luar biasa kerana sebelum perbicaraan bermula, wujudnya konspirasi untuk memusnahkan DSAI sememangnya nyata. Sebelum perbicaraan bermula, Dr Mahathir telah membuat pengisytiharan umum bahawa 'andainya DSAI di dapati tidak bersalah, maka akan berlaku huru hara dalam negara'. DSAI juga telah dituduh dibawah undang-undang yang telah dibatalkan oleh Dewan Rakyat dan menunggu tindakan yang sama oleh Dewan Negara. Hukuman penjara 6 tahun ini sepatutnya bermula dari tarikh DSAI ditangkap bukannya mulai tarikh dijatuhi hukuman. DSAI juga tidak dibenarkan di ikat jamin, semuanya jelas menunjukkan ketakutan puak konspirator bahawa DSAI boleh menggembleng rakyat menggugat regim Mahathir."

Raja Aziz Addruse (Ketua Peguambela DSAI)

"Setelah berasa putus asa disebabkan keputusan 'tidak relevan' yang berlanjutan, saya tidak tahu lagi apa yang relevan."

Ustaz Fadhil Noor (Presiden PAS)

"Sebelum keputusan diumumkan, rakyat di negara ini dan masyarakat antarabangsa telah menjangka serta membuat telahan mengenai hukuman yang akan dijatuhkan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu".

Ustaz Abdul Hadi Awang (Timb Presiden PAS)

"Berharap agar DSAI tidak patah semangat untuk terus memperjuangkan keadilan."

Haji Mahfuz Omar (Naib Ketua Pemuda PAS)

"Tindakan PM, Dato' Seri Dr Mahathir menjatuhkan hukuman terhadap DSAI mendahului keputusan mahkamah telah membuatkan rakyat dapat menjangka keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah dan ini ternyata benar dan terbukti benar".

Hj Ahmad Azam (Presiden ABIM)

"Hukuman penjara 6 tahun itu adalah usaha kelompok tertentu untuk mempertahankan status quo dan kepentingan diri mereka disamping menghalang pendedahan isu rasuah, nepotisme, kronisme dan pembaziran."

Dr Abdul Aziz Bari (Pakar Undang-Undang Universiti Tempatan)

"Kes perbicaraan ini amatlah luar biasa dan peguambela sendiri teraniaya kerana semua hujah mereka 'tidak relevan'."

LUAR NEGARA

Pentadbiran Bill Clinton

"Mengecam keputusan ini dan menyifatkan perjalanan sisitem perundangan negara Malaysia mempunyai banyak kecacatan dan tidak menyebelahi DSAI. Pentadbiran Bill Clinton juga mengkritik perbicaraan terhadap DSAI atas tuduhan rasuah dan menyifatkan keputusan mendapati bekas Timbalan Perdana Menteri bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun adalah keputusan yang dirancang."

Al Gore (Naib Presiden Amerika)

"Terkejut dengan keputusan mahkamah dan mengecamnya serta menyatakan bahawa ada keraguan dalam proses perbicaraan ini. Beliau berharap DSAI akan dibenarkan untuk di ikat jamin sementara menunggu rayuan terhadap keputusan mahkamah"

Lloyd Aworthy (Menteri Luar Kanada)

"Menyatakan perasaan kesalnya kerana DSAI dikenakan hukuman yang berat dan keadilan perbicaraan kesnya menimbulkan keraguan. Ulasan masyarakat mengenai kesalahan DSAI sebelum perbicaraan turut menjejaskan kemampuan bekas Timbalan Perdana Menteri mendapatkan perbicaraan yang adil."

T Kumar (Amnesty Antarabangsa)

"Menyifatkan keputusan mahkamah sebagai sebahagian daripada corak penyalahgunaan undang-undang dan institusi negara untuk tujuan politik. Kami percaya penahanan DSAI adalah bermotifkan politik dan tuduhan terhadapnya bertujuan untuk menyingkirnya daripada kepimpinan negara."

Kesatuan Eropah (EU)

"Menyatakan prihatin terhadap keputusan mahkamah yang mendapati DSAI bersalah dan menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara atas empat tuduhan rasuah."

Senator Vicki Bourne (Parti Demokratik Australia)

"Menyeru supaya Malaysia digantung dari Komanwel. Komanwel mesti bertindak untuk menghalang serangan Malaysia yang semakin meningkat ke atas hak-hak asasi manusia."

Kim Beazly (Ketua Parti Pembangkang Australia)

"Menyifatkan perbicaraan ini sebagai hari yang hitam kepada hak asasi manusia."

Jawatankuasa Peguam Hak Asasi Manusia (New York)

"Hukuman keatas DSAI adalah hasil dari serangan selama dua dekad keatas kehakiman oleh kerajaan Dr Mahathir."

Robin Cook (Setiausaha Luar British)

"Kami memutuskan bahawa aspek kes ini amat menimbulkan keprihatinan, khususnya hubungan eksekutif dan kehakiman di Malaysia. Negaranya akan mengkaji kes ini bersama-sama rakannya dari EU."

Don McKinnon (Menteri Luar New Zealand)

"Hukuman yang dijatuhkan keatas DSAI itu menyebabkan timbul keprihatinan di peringkat antarabangsa dan tidak mengembirakan sesiapa."

Joseph Ekstrada (Presiden Filipina)

"Menyatakan rasa sedihnya dengan hukuman itu dan menyatakan bahawa Tuhan sentiasa mempunyai harinya. Jikalau beliau (DSAI) benar-benar tidak bersalah, harinya akan tiba dimana namanya akan dibersihkan."

Kedutaan Jerman di KL (Bagi Pihak Presiden EU)

"Menyatakan prihatin mendalam atas nasib dan pemenjaraan DSAI yang mulanya di tahan dibawah ISA, cedera teruk dibelasah sewaktu dalam tahanan polis dan dinafikan ikat jamin sepanjang masa."