HAKIM PERBICARAAN KES DS ANWAR IBRAHIM

DATUK S. AUGUSTINE PAUL

Ularbelit.gif (112146 bytes)

Datuk S. Augustine Paul, 53, dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun ini (1998) dan mengangkat sumpah pada 31 Mei 1998. Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1996 untuk bertugas di Melaka sehingga dilantik sebagai hakim.

Dari Melaka, Paul dipindahkan ke Kuala Lumpur pada September lalu. Sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman itu, Paul menjadi Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Cukai Pendapatan.

Sebelum ini Paul pernah memegang jawatan penting di Jabatan Peguam Negara sejak menyertai jabatan itu pada Disember 1971. Beliau menjawat jawatan Peguam Persekutuan ketika menyertai jabatan tersebut.

Dua tahun kemudian beliau dilantik sebagai majistret di Ipoh dan selepas itu dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Sesyen sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban sebagai Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah.

Pada tahun 1974, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Melaka untuk tempoh selama 8 tahun sebelum dipindahkan ke Ipoh.

Paul pemegang Barrister-at-Law dari Temple, England pada tahun 1971. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Sultan Yusof di Batu Gajah, Perak dan kemudian di Sekolah Anderson, Ipoh. Beliau dilahirkan di Batu Gajah pada 12 Oktober 1945.