Lima Tuduhan Salah Laku Seks Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim

1. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan Mei 1994 lebih kurang jam 7.45, di unit No 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Azizan bin Abu Bakar dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

2. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1998, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

3. "Bahawa kamu, pada satu malam bulan Mac 1993 di No.8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Munawar Ahmad Aness dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan."

4. "Bahawa kamu, pada satu malam April 1994 di No.8, Jalan Setia Murni 1, Hukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Hairany bin Mohd Naffis dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

5. "Bahawa kamu, pada 3 Disember 1992, antara 4.50 petang dan 5.50 petang, di bilik No. 758 di Hotel PJ Hilton, Petaling Jaya, dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah dengan sengaja melakukan persetubuhan dengan bertentangan dengan aturan tabii dengan Mior Abdul Razak bin Yahya dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

HUKUMAN

Mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat.