NOTIS USUL DSAI PADA 15 MAC 1999

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

(BAHAGIAN JENAYAH) WILAYAH PERSEKUTUAN

PERBICARAAN JENAYAH NO.45-48-98 DAN NO.45-49-98

Permohonan Jenayah No XXXX 1999

(PENDAKWA RAYA VS DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM)

Antara

Dato 'Seri Anwar bin Ibrahim (Pemohon)

Dan

Pendakwa Raya (Responden)

NOTIS USUL

Ambil perhatian bahwa Mahkamah akan mengusulkan pada xx haribulan 1999 jam XX pagi/petang atau seberapa cepat selepas ini yang boleh didengar oleh Kaunsel bagi Pemohon yang dinamakan di atas bagi satu perintah bahawa:-

1. Yang Arif Tuan Hakim Dato' Augustine Paul s/o Sinnappen tidak patut mendengar dan membicarakan isu-isu dan perkara-perkara di dalam Perbicaraan yang tersebut di atas;

2. Yang Arif Tuan Hakim Dato' Augustine Paul s/o Sinnappen dikehendaki melucutkan kelayakannya untuk mendengar dan membicarakan isu-isu dan perkara-perkara yang tersebut.

Bertarikh xxHaribulan xx 1999

.......................................

Penolong Kanan Pendaftar

Mahkamah Tinggi Malaya

Kuala Lumpur.

Nota Usul ini disokong dengan Afidavit oleh Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang diikrarkan dan difailkan bersama-sama ini.

Notis Usul ini difailkan oleh Raja Aziz Addruse, Peguamcara bagi pihak Tertuduh/Applicant dan yang alamat penyampaiannya ialah di No 29, Jalan Nusa, 50480 Kuala Lumpur.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

(BAHAGIAN JENAYAH) WILAYAH PERSEKUTUAN

PERBICARAAN JENAYAH NO.45-48-98 DAN NO.45-49-98

Permohonan Jenayah No XXXX 1999

(PENDAKWA RAYA VS DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM)

Antara

Dato 'Seri Anwar bin Ibrahim (Pemohon)

Dan

Pendakwa Raya (Responden)

AFIDAVIT

Saya, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, (No KP : 470810-07-5095), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan sedang ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Melainkan dimana dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang dideposkan di sini adalah dalam pengetahuan saya.

2. Saya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29hb September 1998 dengan 9 kesalahan, 5 di bawah seksyen 2 Ordinan Keselamatan (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22 1970, dan yang lainnya di bawah seksyen 277B Kanun Keseksaan.

3. Pada 30 hb September 1998, saya dituduh di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya dengan satu lagi kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

4. Melalui permohonan Peguam Negara, perbicaraan kesalahan-kesalahan tersebut dipindah ke Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

5. Kini perbicaraan saya sedang didengar oleh Hakim Augustine Paul (selepas ini dirukuk sebagai " Yang Arif Hakim") di Mahkamah Tinggi (Bahagian Jenayah) di Kuala Lumpur untuk 4 daripada tuduhan-tuduhan tersebut.

6. Perbicaraan tersebut (selepas ini disebut sebagai "Perbicaraan tersebut") telah bermula pada 2 hb November 1998 dan sedang berjalan.

7. Tuduhan-tuduhan pertama dan ketiga adalah sama melainkan mengenai rujukan kepada orang-orang dari mana "pengakuan bertulis" yang dikatakan telah diperolehi, adalah:-

"Bahawa kamu dari 12 Ogos 1997, di rumah kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No...., semasa menjadi seorang ahli pentadbiran , iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah melakukan amalan korup dimana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, untuk mendapatkan pengakuan bertulis dari Azizan Abu Bakar/Ummi Hafilda Ali untuk menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu bagi tujuan memperlindungkan diri sendiri dari sebarang tindakan atau prosiding jenayah, dan oleh itu Azizan Abu Bakar/Ummi Hafilda telah diarah, dan oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh disabit dibawah seksyen 2(1) Ordinan Keselamatan (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22 1970."

8. Tuduhan-tuduhan Ke-2 dan Ke-4 adalah sama melainkan mengenai rujukan kepada orang-orang yang dikatakan telah memberi " pernyataan awam bertulis", adalah :-

"Bahawa kamu dari 12 Ogos 1997, di rumah kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No...., semasa menjadi seorang ahli pentadbiran , iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah melakukan amalan korup dimana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Junus, timbalan Pengarah Cawangan Khas II, untuk mendapatkan pernyataan bertulis umum dari Azizan Abu Bakar/Ummi Hafilda Ali untuk menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu bagi tujuan memperlindungkan diri sendiri dari sebarang tindakan atau prosiding jenayah, dan oleh itu Azizan Abu Bakar/Ummi Hafilda telah diarah, dan oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh disabit dibawah seksyen 2(1) Ordinan Keselamatan (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22 1970."

9. Sebagaimana tuduhan-tuduhan tersebut dirangka, saya telah dinasihatkan oleh peguam dan dengan sesungguhnya percaya bahawa salah satu daripada unsur utama yang pihak pendakwa perlu membuktikan adalah kebenaran mengenai dakwaan salah laku seks dan liwat yang dikatakan telah dilakukan oleh saya.

10. Dari mulanya lagi, pembelaan saya adalah:-

a. bahawa dakwaan tersebut tidak berdasar dan palsu dan tiada soal mengenai saya melindungi diri dari sebarang tindakan atau prosiding jenayah berdasar dakwaan sebegitu;

b. bahawa terdapat suatu komplot oleh pembangkang politikal saya untuk mendakwa saya pada tahun 1998 atas dasar dakwaan yang sama, yang pada tahun 1997 telah pun ditolak secara awam sebagai palsu dan tidak berdasar oleh Perdana Menteri sendiri dan juga oleh Inspektor-Jeneral Polis, Tan Sri Abdul Rahim Noor. Lewat April 1998, pendapat Peguam Negara tentang dakwaan tersebut telah diumumkan ke Parlimen oleh Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri melalui suatu pernyataan pada 1 hb April 1998, bahawa Peguam Negara puas hati yang tiada kebenaran dalam dakwaan tersebut dan bahawa siasatan mengenai perkara tesebut telah ditutup;

c. bahawa siasatan semula polis pada tahun 1998 dan dakwaan saya merupakan akibat komplot oleh pihak berkuasa untuk mempersalahkan saya mengenai beberapa tuduhan dan lain yang belum lagi diketahui, dimana komplot tersebut, bagi kesenangan telah diberi terma "komplot polis' oleh Peguam saya.

11. Pihak pendakwa telah cuba menunjukkan dakwaan tersebut melalui beberapa saksi:-

a. PW.1 dan PW.11, pengarah dan dan timbalan pengarah, masing-masing, Cawangan Khas, telah memberi keterangan bahawa mereka mempercayai dalwaan tersebut adalah benar atas dasar laporan-laporan yang mereka terima dari PW.2 dan PW.7 (pegawai-pegawai Cawangan Khas) tentang siasatan permulaan mereka atas Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda. PW.2 dan PW.7 telah memberi keterangan mengenai bagaimana mereka sendiri mendapat tahu bahawa dakwaan tersebut benar;

b. PW.21, Ahli Kimia Kerajaan memberi keterangan bahawa beliau telah membuat ujian DNA dan juga ujian-ujian lain dan membuat kesimpulan bahawa beberapa dari 13 kesan yang didapati di suatu tilam, yang diambil dari suatu pangsapuri dari Bangsar mengandungi sperma dan cecair vagina seorang bernama Shamsidar.

12. Bahawa tidak terdapat suatu dasar kukuh mengenai kepercayaan PW.1 dan PW.11 yang dibukti di pemeriksaan balas PW.2 dan PW.7. Saya dinasihatkan oleh Peguam dan sesungguhnya percaya bahawa, dalam apa hal pun, kepercayaan sebegitu mempunyai nilai keterangan bagi tujuan unsur tuduhan-tuduhan tersebut.

13. Di pemeriksaan balas, PW.21 telah didapati tidak berjustifikasi dalam banyak dari keputusannya. Beliau mengakui telah membuat beberapa sangkaan yang tidak dibukti dalam kesimpulannya.

14. Apabila ia telah menjadi jelas kepada mereka bahawa mereka tidak dapat membukti kebenaran dakwaan tersebut, pihak pendakwa telah memohon meminda tuduhan apabila kes pihak pendakwa ditutup.

15. Dalam tuduhan pertama yang dipinda, perkataan yang bermula dengan "pengakuan bertulis..." ke akhir tuduhan asal diganti dengan:-

"untuk mendapat suatu pernyataan bertulis dari Azizan Abu Bakar dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri menafikan dakwaan liwat sperti yang terkandung dalam Pengakuan Bersumpah bertarikh 5 Ogos 1997, bagi kelebihan kamu, untuk wit, untuk menyelamatkan diri kamu dari berasa malu, dan oleh itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 2(1) Ordinan Keselamatan (Kuasa-kuasa Perlu) No 22 1970."

16. Tuduhan terpinda yang ketiga adalah bersamaan dengan yang pertama, melainkan dakwaan adalah mengenai salah laku seks dan liwat yang telah dibuat oleh Ummi Hafilda dalam suatu laporan sulit.

17. Tuduhan kedua diganti semua perkataan bermula dari "untuk menggalak Azizan Abu Bakar..." yang tertera dituduhan asal seperti berikut:-

"untuk mendapatkan suatu pernyataan bertulis dari Azizan Abu Bakar kepada YAB Perdana Menteri menafikan dakwaan liwat...yang mereka mendapati seperti diarah, bagi kelebihan kamu, dalam, to with, bagi tujuan melindungkan diri kamu dari sebarang tindakan jenayah, dan oleh itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 2(1) Ordinan Keselamatan (Kuasa-kuasa Perlu) No 22 1970."

18. Tuduhan terpinda keempat adalah bersamaan dengan yang kedua melainkan bahawa adalah dakwaan mengenai salah laku seks dan liwat dan telah dibuat oleh Ummi Hafilda dalam suatu laporan sulit.

19. Meskipun terdapat banyak keterangan mengenai salah laku seks dan liwat (yang sangat memprejudiskan saya) telah dibenarkan diterima dan keterangan sebegitu telah, oleh kerana publisiti yang luas yang diberi di dalam negara ini dan juga di luar negara, telah mencemarkan nana dan reputasi saya dan walaupun bantahan kukuh telah dibangkit bagi pihak saya bahawa tujuan pihak pendakwa membuat pindaan tersebut adalah untuk meringankan onus membukti yang patut mereka menunjuk atas 4 tuduhan yang asal, Yang Arif Hakim telah membenarkan pindaan tuduhan-tuduhan tersebut, memutuskan bahawa pindaan tersebut tidak akan memprejudiskan saya kerana akhirnya pun, Mahkamahlah yang akan memutuskan untuk mengecualikan sebarang keterangan tidak relevan yang telah pun diterima.

20. Yang Arif Hakim telah memberi alasan-alasan berikut untuk membenarkan pindaan tersebut:-

"Setelah membaca tuduhan-tuduhan baru selama satu jam, saya telah mendapati bahawa elemen-elemennya adalah sama. Perbezaan utama, jikalau pun ada, merujuk kepada perbuatan salah laku seks dan liwat, yang dalam membaca tuduhan-tuduhan yang lama, bukan elemen yang substantif" (The SUN, 14/1/99).

21. Beliau kata bahawa bukan seperti tuduhan-tuduhan asal, yang telah merujuk kepada salah laku seks dan liwat yang telah dilakukan oleh saya:-

"Tuduhan-tuduhan yang dipinda tidak menyatakannya, tetapi hanya merujuk kepada dakwaan. Ini tidak membawa kepada fokus kebenaran dan/atau kepalsuan yang, oleh itu tidak menjadi satu elemen tuduhan-tuduhan. Oleh itu, kebenaran atau kepalsuan tidak menjadi relevan" (The SUN, 15/1/99).

22. Yang Arif Hakim oleh itu, telah memutus bahawa semua keterangan yang diberi oleh saksi pihak pendakwa mengenai salah laku seks dan liwat yang dikatakan dilaku oleh saya tidak relevan dan memerintahkan bahawa keterangan tersebut dihapuskan dari rekod-rekod mahkamah dan tidak patut diberi pertimbangan oleh kedua-dua pihak, untuk mengelak prejudis terhadap saya.

23. Ini termasuk keterangan PW.21 (ahli kimia kerajaan), keterangan Azizan Abu Bakar yang diberi semasa pemeriksaan balas, dimana ia mengenai kebenaran dakwaan tersebut, dan juga keterangan pakar forensik, Dr Zahari Noor yang telah menyatakan bahawa ujian perubatan beliau telah menunjukkan bahawa Sukma Darmawan Madja tidak diliwat, dan juga saksi-saksi lain yang telah memberi keterangan mengenai salah laku seks dan liwat yang dikatakan telah dilaku oleh saya.

24. Yang Arif Hakim telah memusnahkan ("expunged") keterangan tersebut tanpa sebarang permohonan yang dibuat bagi pihak pendakwa ataupun pembela.

25. Apabila menjawab hujahan pihak pembela mengenai Tiada Kes untuk Dijawab, yang selepas itu dibuat kepada Yang Arif Hakim, Dato' Abdul Gani Patail sendiri telah memberi tanda bahawa beliau membangkang kemusnahan keterangan tersebut.

26. Keterangan yang dimusnahkan itu merupakan penting kepada kes pihak pembela, dan mengenai 4 tuduhan asal, memihak pihak pembela. Memusnahkannya dari rekod jauh dari mengelak prejudis terhadap saya, sebenarnya memprejudis kes saya dan bukannya untuk kepentingan keadilan.

27. Saya dinasihatkan oleh Peguam saya dan dengan sesungguhnya percaya bahawa mereka tidak dapat mengesan sebarang kes yang telah diputuskan di negara ini dimana sebarang mahkamah telah memusnahkan keterangan yang diberi semasa perbicaraan, apabila membenarkan suatu tuduhan ataupun tuduhan dipinda.

28. Pada 31 hb Januari 1999, sebelum sahaja saya memberi keterangan, (menurut keputusan Yang Arif Hakim bahawa saya dipanggil untuk memasukkan pembelaan), Yang Arif Hakim sekali lagi memerintahkan bahawa semua pihak tidak menyentuh tentang dakwaan seks apabila memberi keterangan di tahap pembelaan, menyatakan bahawa ia adalah perlu untuk memberi beberapa nasihat untuk menunjukkan kedudukan kes kerana kedua-dua pihak telah menyentuh tentang kebenaran dakwaan tersebut. Beliau mengulangi bahawa :-

"Ia perlu diperhatikan bahawa tuduhan-tuduhan terpinda hanya merujuk kepada dakwaan salah laku seks dan liwat dan bukan kepada perbuatannya. Kebenaran ataupun kepalsuan dakwaan tersebut oleh itu bukan suatu isu perbicaraan ini. Sebarang keterangan dan hujahan yang telah ataupun yang akan diarah mengenai perkara ini tidaklah relevan dan oleh itu tidak diterima."(The SUN,1/2/1999).

29. Ini mungkin kes pertama yang dibicarakan di mahkamah jenayah di negara kita ini dimana mahkamah tidak mempertimbangkan kebenaran dakwaan yang relevan kepada isu kesalahan dan dimana ia seperti tidak peduli untuk mengetahui kebenaran.

30. Meskipun keputusan beliau bahawa elemen dalam tuduhan terpinda adalah sama seperti di dalam tuduhan asal, ianya sekarang ketara bahawa Yang Arif Hakim menghalang pihak pembela dari memberi keterangan yang mustahak untuk membuktikan kes pihak pembela atas dasar bahawa keterangan sebegitu tidak relevan kepada unsur tuduhan. Begitu juga dengan keterangan mengenai isu kredibiliti Azizan Abu Bakar atau Ummi Hafilda diputuskan tidak relevan kerana ini akan menunjukkan bahawa dakwaan mereka mungkin tidak benar, dan diputuskan bahawa ia tidak akan diterima menurut keputusan yang telah pun di buat: fakta yang dakwaan telah pun di buat oleh Azizan dan Ummi, menurut Yang Arif Hakim, tidak merupakan isu lagi. Hujahan oleh Peguam mengenai kredibiliti saksi-saksi tersebut berkaitan dengan keterangan mereka di Perbicaraan suatu isu relevan tidak mendapat perhatian Yang Arif Hakim.

31. Pembelaan "komplot politikal" yang pada asalnya dibenarkan oleh Yang Arif Hakim untuk kemudiannya juga diputuskan tidak relevan. Peguam telah dihenti oleh Yang Arif Hakim menyoal saya tentang kewujudan komplot politikal terhadap saya pada tahun 1997, yang saya telah diberitahu oleh PW.1 dan PW.11 ketika itu, memutuskan bahawa komplot politikal tidak relevan, menyatakan:-

"Keterangan boleh diberi untuk menunjukkan komplot oleh polis untuk menukar pendirian mereka atau mereka keterangan terhadap tertuduh, dan itu sahaja. Komplot politikal terhadap tertuduh, jika ada tidak relevan" (NST, 10/2/99).

32. Penegasan Peguam bahawa komplot politikal merupakan sebab mengapa PW.1 dan PW.11 menjadi belot terhadap saya pada tahun 1998, oleh itu diputuskan oleh Yang Arif Hakim tidak relevan, begitu juga cara dimana penangkapan saya dilakukan, meskipun menunjuk perubahan dalam tahun 1998 tingkah laku polis terhadap saya, berbanding dengan apa yang berlaku dalam tahun 1997 (NST, 11/2/99).

33. Mengenai soal komplot oleh polis, Yang Arif Hakim juga telah memutuskan bahawa sebarang keterangan yang akan diberi oleh pihak pembela patut dibatas kepada perkara-perkara mengenai kemungkinan saya dituduh, dan itu sahaja; dan keterangan dua doktor yang ingin diberi untuk menunjukkan bahawa saya diserang oleh polis pada malam pertama saya ditahan dan semasa berada di tahanan polis, dan juga kecederaan yang saya alami, diputus sebagai tidak relevan. (The SUN, 5/3/99).

34. Mengenai soal relevan keterangan, Yang Arif Hakim telah memutus bahawa pihak pembela mesti pertamanya menunjuk relevannya memanggil setiap saksi dan juga keterangan saksi tersebut. Dalam kes Manjeet Singh Dhillon, saksi pihak pembela dalam pemeriksaan utama, Peguam diminta menyediakan satu ringkasan keterangan yang akan diberi, Yang Arif Hakim menyatakan bahawa beliau akan menghalang sebarang keterangan yang akan diberi jikalau beliau tidak berpuas hati dengan penerangan Peguam tentang relevannya perkara tersebut. (The SUN, 4/3/99).

35. Saya dinasihatkan oleh Peguam dan sesungguhnya percaya bahawa keputusan di atas dan juga permintaan yang dibuat oleh Yang Arif Hakim sememangnya bukan perkara yang biasa dan mempunyai kesan memerlukan pihak pembela memberitahu mahkamah dan juga pihak pendakwa dahulu tentang keterangan yang ingin diberi oleh seseorang saksi.

36. Mengenai surat-surat yang ditulis oleh Manjeet Singh kepada Peguam Negara, yang pihak pembela ingin mengemukakan melalui Manjeet Singh, dan dahulunya telah difailkan di Mahkamah yang merupakan sebahagian dari permohonan yang dirujuk dalam perenggan 42.1. Afidavit ini, Yang Arif Hakim sendiri telah mencadangkan bahawa seksyen 124 Akta Keterangan 1950 mungkin terpakai untuk menghalang Manjeet Singh dari mengemukakannya. Sungguhpun, menurut nasihat Peguam, seksyen tersebut hanya memperuntukkan :-

"Tiada sebarang pegawai awam akan dipaksa mendedahkan komunikasi yang diberi kepada beliau secara sulit rasmi apabila beliau berpendapat bahawa kepentingan awam akan terjejas dari pendedahan tersebut....." Yang Arif Hakim nampaknya berpendapat bahawa ia sepatutnya mengikut bahawa pihak yang berkomunikasi dengan pegawai awam (dalam kes ini adalah Manjeet Singh) juga akan dihalang dari mendedahkan komunikasi tersebut. Peguam pihak pembela dan pendakwa dipelawa oleh Yang Arif Hakim untuk menimbangkan dan seterusnya berhujah perkara ini.

37. Sebagai keadilan kepada pihak pendakwa, Peguamcara Negara, yang telah berhujah bagi pihak pendakwa tidak membaca seksyen yang lain kecuali menurut apa yang diperuntukkan.

38. Apa yang mengkhuatirkan saya ialah Yang Arif Hakim seperti sedia meluaskan pentafsiran peruntukkan seksyen tersebut, termasuk mencadangkan bahawa banyak masalah akan timbul jikalau komunikasi tersebut dikemukakan oleh Manjeet Singh. (NST,4/3/99)

39. Surat-surat yang ditulis oleh Manjeet Singh kepada Peguam Negara dan mesyuarat berikutan yang beliau ada dengan seorang dari timbalan pendakwa raya kanan akan menyokong kes pihak pembela tentang komplot polis. Mesyuarat tersebut dan surat-surat tersebut akan mencadangkan dengan kukuh bahawa sekurang-kurangnya seorang daripada ahli pasukan pihak pendakwa sangat mempedulikan dan mementingkan untuk cuba mendapat anak guam Manjeet Singh untuk mengimplikasi saya dengan salah dalam melakukan salah laku seks yang lain. Suatu akuan oleh Dr Munawar Anees, seorang lagi anakguam Manjeet Singh (kerana anakguam tersebut sekarang berada di luar negara), dimana Dr Munawar telah menyatakan bahawa beliau telah diseksa oleh pihak polis untuk bercakap bohong bahawa beliau pernah diliwat oleh saya, juga penting kepada isu komplot polis; ianya juga boleh dicadang dengan kukuh bahawa pihak polis sedang cuba menggunakan pelbagai cara dan kos untuk menyalahkan saya dengan bukti yang palsu. Ini semua semestinya mempunyai kesan yang penting mengenai soal kredibiliti saksi polis di Perbicaraan tersebut. Saya dinasihatkan oleh Peguam dan sesungguhnya percaya bahawa dalam sebarang perbicaraan soal kredibiliti sebarang saksi selalunya relevan.

40. Yang Arif Hakim, walaubagaimanapun, memberi pandangan permulaannya bahawa keterangan Manjeet Singh mengenai komunikasinya di Kamar Peguam Negara melalui rujukan surat-surat tersebut dan mesyuarat tersebut mungkin tidak relevan dan tidak boleh diterima dan pernyataan dari Dr Munawar dalam surat akuannya juga tidak boleh diterima. Tetapi pihak pembela dan pendakwa diminta membuat hujahan tentang perkara ini. (The Sun 9/3/99; NST 9/3/99).

41. Selain dari keputusan dan arahan yang telah dirujuk diatas, Yang Arif Hakim telah, semasa perbicaraan tersebut, mengendalikan beberapa perkara yang terbangkit dengan cara yang amat membimbangkan saya:-

41.1 Permohonan Menyingkirkan 2 Pegawai Pendakwaan Kanan

a. Atas dasar pendedahan yang dibuat oleh Manjeet Singh dalam suatu surat akuan yang beliau telah buat pada 8 hb November 1998, saya telah membuat suatu permohonan untuk menyingkirkan dua dari timbalan pendakwa raya kanan bagi pihak Pendakwa Raya dalam perbicaraan tersebut; iaitu Dato' Abdul Gani Patail dan Encik Azhar Mohamad.

b. Alasan-alasan permohonan tersebut dinyatakan dalam afidavit sokongan saya dan berdasarkan surat akuan Manjeet Singh, Peguam Datuk Nalla Karuppan yang telah didakwa di bawah Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi memiliki beberapa amunisi, yang merupakan satu kesalahan yang disabit mati.

c. Secara ringkas, manjeet Singh telah dalam Surat Akuan tersebut dan dalam suatu surat bertarikh 1 hb Oktober 1998 (yang dilampirkan pada Surat Akuan tersebut), telah menyatakan antara lain:-

bahawa beliau telah menulis kepada Peguam Negara, pada 1 hb Oktober 1998 meminta supaya tuduhan tersebut dipinda kepada satu di bawah Akta Senjata 1960, dimana satu kesabitan yang kurang diperuntuk;

bahawa beliau seterusnya menerima suatu panggilan telefon dari Dato' Abdul Gani Patail untuk berjumpanya dengan segera, dan beliau berbuat demikian;

bahawa Dato' Abdul Gani Patail "telah menggunakan mesyuarat tersebut sebagai suatu alat untuk mendapatkan keterangan terhadap Dato' Ser Anwar Ibrahim....Beliau [Dato' Gani ] telah berulang kali menyatakan bahawa ' Saya tidak bertanggapan' dan bercadang bahawa beliau tidak bertanggapan mengenai sebarang pengakuan di bawah Akta Senjata sebaiknya ingin lebih. Perkara 'lebih' ini ketara dan jelas kerana Dato' Abdul Gani Patail telah menyatakan dengan jelas bahawa :-

(1) ................

(2) ...............

(3) Bahawa sebagai balasan kepada kekurangan tuduhan kini ke suatu di bawah Akta Senjata beliau (Dato' Gani) inginkan Nallakaruppan bekerjasama dengan mereka dan memberi matlamat terhadap Anwar Ibrahim terutamanya tentang perkara wanita yang telah kahwin. Dato' Gani kerap menukar bilangannya, dan akhirnya menyatakan terdapat 5, (3 yang telah kahwin, dan 2 lagi belum).

(4) Bahawa beliau ingin Nallakaruppan memberi keterangan mengenai wanita tersebut."

d. Dato'Abdul Gani Patail dan Encik Azahar bin Mohamed (yang juga dinama dalam Surat Akuan), yang merupakan pegawai kanan dari pasukan pihak pendakwa dalam Perbicaraan, dan atas nasihat Peguam, yang saya sesungguhnya percaya, ia merupakan tugas pihak pendakwa, seperti juga tugas Hakim untuk menjalankan tugas mereka dengan adil. Saya tidak percaya bahawa ianya adalah dalam kepentingan keadilan bagi mereka terus berada dalam pasukan pihak pendakwa dalam Perbicaraan, memandangkan tingkah laku mereka dalam cuba mengimplikasi saya tentang melakukan kesalahan dengan mendapatkan Datuk Nallakaruppan memalsukan keterangan, menurut Surat Akuan tersebut.

e. Sejak mengambil suatu kepentingan peribadi yang tidak profesional untuk menyalahkan saya, penglibatan mereka dalam Perbicaraan telah pun menaikkan keraguan akan integriti keterangan yang telah diberi terhadap saya oleh saksi pihak pendakwa dan mereka terus menjadi pihak pendakwa dalam Perbicaraan akan menghindari pentadbiran keadilan dan akan mempersendakan keadilan.

f. Permohonan untuk menyingkirkan Datuk Abdul Gani Patail dan Encik Azahar Mohamed telah difailkan oleh firma salah satu dari Peguam saya, Zainur Zakaria.

g. Ia telah ditetapkan untuk pendengaran pada 30 hb November 1998, hari kerja pertama selepas ia difailkan.

h. Apabila ia didengar, Yang Arif Hakim, sebalik mendengar Peguam, Raja Aziz Addruse, mengenai permohonan tersebut, memanggil Zainur Zakaria menjawab beberapa soalan oleh Yang Arif Hakim, iaitu sama ada Zainur akan mengambil tanggungjawab memfailkan permohonan tersebut, dan sama ada Zainur sedar mengenai undang-undang subahat dan budibicara Peguam Negara untuk mengurangkan atau tidak sesuatu tuduhan, menyatakan bahawa:-

"ianya sememangnya jelas bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk menyoal seseorang banduan sama ada beliau akan memberi matlamat tentang kesalahan yang dilakukan. Ia adalah dipraktik di setiap negara yang bertamadun. Tanpa ini, ia adalah mustahil untuk mendapat penjenayah tertentu." dan sama ada Zainur berpuas hati bahawa terdapat keterangan mengenai pendakwaan kepalsuan keterangan yang dibuat di dalam Akuan Berkanun.

i. Apabila Zainur menjawab bahawa dokumen-dokumen yang beliau dan juga Peguam saya yang lain dapat membawa mereka kepada kesimpulan yang ada, Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa permohonan tersebut, dengan afidavit sokongan merupakan satu pengangguan keadilan kerana ia tidak berdasar; dan ianya merupakan suatu langkah pre-emptif untuk menjejaskan integriti perbicaraan yang sedang dijalankan ; bahawa objektifnya adalah untuk mengambarkan bahawa pihak pendakwa telah memalsukan keterangan dan ini merupakan suatu penghinaan yang serius.

j. Yang Arif Hakim seterusnya menyatakan beliau sepatutunya bertindak dengan segera untuk mengekalkan integriti Perbicaraan; bahawa beliau tidak akan ragu-ragu menggunakan setiap kuasa penghakiman beliau untuk memastikan bahawa Perbicaraan tersebut dijalankan dengan dengan licin; bahawa ia merupakan tugasnya untuk memastikan sesiapa yang mengikuti Perbicaraan tidak akan diperdayakan ; dan memandangkan permohonan tidak berdasar yang difailkan oleh Zainur, Yang Arif Hakim telah menyebutnya menghina Mahkamah bagi percubaannya untuk menjejaskan integriti Perbicaraan; tetapi beliau akan menunjukkan belas kasihan dengan menjatuhkan prosiding seterusnya jikalau Zainur meminta maaf tanpa syarat kepada Mahkamah dan juga Peguam Negara, Datuk Abdul Patail dan En Azahar Mohamed untuk memfailkan permohonan yang tidak berdasar "yang merupakan suatu penyalahan proses Mahkamah".

k. Zainur telah diberi masa untuk mempertimbangkan sama ada untuk meminta maaf ataupun disebut untuk penghinaan.

l. Apabila Zainur memberitahu Mahkamah 40 minit kemudian (apabila Mahkamah memulakan pendengaran) yang beliau tidak dapat meminta maaf seperti yang diminta oleh Yang Arif Hakim, Yang Arif Hakim telah merangka suatu tuduhan terhadap beliau, dan menyuruh beliau menunjuk sebab mengapa beliau tidak patut disebut untuk penghinaan atas pemfailan suatu permohonan yang disokong oleh afidavit dan dokumen-dokumen mengandungi "dakwaan yang berskandal dan menghinakan".

m. Apabila Zainur seterusnya, dalam menunjuk sebab, menyatakan secara sumpah bahawa beliau telah memfailkan permohonan tersebut atas arahan anakguamnya, iaitu saya, dan beliau membuatnya untuk menjalankan tugas sebagai peguambela dan peguamcara yang diperuntukkan dalam common law dan juga Akta Profesyen Undang-undang 1976, suatu tugas yang patut dilaksanakan tanpa ketakutan atau sokongan, Yang Arif Hakim, menolak permohonan yang dibuat oleh peguam Zainur bagi masa untuk memanggil saksi-saksi untuk membuktikan sama ada dakwaan tersebut yang dikatakan berskandal adalah benar, mendapati bahawa dakwaan tersebut tidak berdasar dan penerangan Zainur tanpa merit, dan tidak sepatutnya dipertimbangkan.

n. Zainur telah didapati bersalah menghina Mahkamah dan telah disabit penjara selama 3 bulan. Zainur telah memfailkan suatu rayuan terhadap keputusan penghinaan dan sabitan. Sementara menunggu pendengaran rayuan, perlaksanaan sabitan digantung oleh Mahkamah Rayuan.

o. Suatu kejadian prosiding dan juga teks Akuan Berkanun dan surat kepada Peguam Negara yang dirujuk sebelum ini telah diterbit dalam suratkhabar The Sun pada 1 hb Disember 1999.

p. Berbangkit dari keputusan penghinaan yang dibuat terhadap Zainur, atas permohonan Peguam Negara, telah mengeluarkan suatu waran tangkap terhadap Manjeet Singh , mengkehendaki beliau menghadiri di hadapan Yang Arif Hakim untuk menunjuk sebab mengapa beliau juga tidak patut dikomit untuk penghinaan.

q. Manjeet Singh telah menghadirkan diri dihadapan Mahkamah beberapa hari kemudian untuk menerangkan bahawa Surat Akuan tersebut telah diumumkan tanpa pengetahuan beliau dan meminta maaf atas segala kesulitan yang timbul, dan oleh itu , Yang Arif Hakim tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya terhadap beliau dan menolak permohonan saya untuk menyingkirkan Dato' Abdul Gani dan Encik Azahar Mohamed, tanpa mendengar Peguam yang sepatutnya mengusulkan permohonan tersebut bagi pihak saya.

r. Saya dinasihatkan oleh Peguam bahawa Yang Arif Hakim telah bertindak bercanggah dengan prinsipal yang sudah mantap mengenai keadilan asasi dalam menolak permohonan saya dan oleh itu saya telah memfailkan suatu rayauan terhadap penolakan tersebut. Rayuan tersebut masih belum didengar.

41.2 Keputusan mengenai Keterangan Katadengar

a. Apabila memberi keterangan di Perbicaraan, saya telah merujuk kepada suatu mesyuarat saya telah ada dengan Perdana Menteri dimana beliau telah memberi saya suatu ultimatum untuk meletak jawatan dari Kabinet atau dituduh di Mahkamah.

b. Yang Arif Hakim, tanpa sebarang bantahan diambil oleh pihak pendakwa, telah menyoal penerimaan pernyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri (yang memberi ultimatum) atas dasar bahawa ia adalah katadengar dan telah menyebut authoriti dalam menyokong pandangannya ini. Pernyataan tersebut, menurut Yang Arif Hakim tidak boleh diterima melainkan pihak pembela memanggil Perdana Menteri sebagai saksi dan menyoalnya.

c. Atas alasan yang sama, penerimaan suatu pernyataan oleh Inspektor-Jeneral Polis yang dibuat secara terus kepada saya juga dipersoal oleh Yang Arif Hakim.

d. Yang Arif Hakim, tetapi bersetuju menangguhkan membuat keputusan supaya kedudukan undang-undang dapat dihujah dengan penuh. (NST, 11/2/99).

e. Akan tetapi, setelah membuat keputusan mengenai pernyataan Perdana Menteri dan Inspektor-Jeneral Polis, Yang Arif Hakim kemudiannya telah terima keterangan "kata dengar berganda" seseorang saksi pihak pembela, Ma'amin bin Latip, dimana saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya merupakan lebih membantah dari segi undang-undang. Dalam menolak bantahan Peguam mengenai penerimaan keterangan tersebut, Yang Arif Hakim telah memerhati bahawa:-

"Tiada perbezaan di negara ini mengenai katadengar pertama dan katadengar kedua." (Nota Keterangan -2/3/99, lebih kurang pukul 3.40 pm)

41.3 Permohonan-permohonan Jaminan

a. Pada 5 hb Oktober 1998, saya telah mengarahkan untuk memfailkan suatu permohonan jaminan.

b. Permohonan tersebut telah dibantah oleh pihak pendakwa atas beberapa alasan yang utama bahawa saya akan mengacau dengan keterangan saksi-saksi pihak pendakwa.

c. Sebagai menyokong bantahannya, pihak pendakwa telah mengemukakan 4 laporan polis yang tidak dimasukkan sebagai ekshibit di Mahkamah.

d. Yang Arif Hakim setelah mendengar hujahan, tidak membenarkan permohonan tersebut atas alasan utama yang dihujah oleh pihak pendakwa.

e. Pada 8 hb Januari 1999, pada tahap Perbicaraan apabila pihak pendakwa memaklumkan mahkamah yang mereka tidak akan memanggil saksi-saksi selanjutnya, dan akan menutup kes mereka sebaik sahaja pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula yang ditangguh untuk PW.21 selesai. Peguam saya telah membuat suatu permohonan baru kepada Yang Arif Hakim untuk jaminan saya.

f. Pihak pendakwa sekali lagi membangkitkan bantahan yang sama, menegaskan bahawa risiko kekacauan berterusan sehingga tamatnya Perbicaraan.

g. Hujahan Peguam yang ketakutan risiko kekacauan tersebut telah pun tamat kerana semua saksi telah pun dipanggil oleh pihak pendakwa dan semua orang lain yang dinamakan dalam Senarai Saksi-saksi Pihak Pendakwa boleh digunakan oleh pihak pembela, telah ditolak secara terus oleh Yang Arif Hakim yang telah setuju dengan penegasan pihak pendakwa, dan telah memerhati bahawa:-

"Hujahan kamu (Pihak Pembela) tidak boleh dikekal secara undang-undang bahawa sebaik sahaja kes pihak pendakwa selesai, tidak ada kekacauan."

h. Mengenai hujahan Peguam yang "semua saksi pendakwa akan menjadi saksi kami (pihak pembela). Bagaimanakah akan terdapat kekacauan jikalau kami dapat menemuduga mereka", Yang Arif Hakim menjawab bahawa beliau tidak akan membenarkan permohonan tersebut (NST, 9/1/99).

42.1 Berikutan dengan Yang Arif Hakim untuk memberi hujahan seterusnya, yang dirujuk dalam perenggan 40 Afidavit ini, Peguam telah memberi suatu ringkasan keterangan yang ingin diberi oleh Datuk Nallakaruppan, Dr Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Mior Abdul Razak. Ia telah ditunjuk bahawa keterangan orang tersebut yang telah ditekan oleh polis untuk memalsukan keterangan terhadap saya, adalah untuk menyokong pembelaan komplot polis saya.

42.2 Seterusnya hujahan undang-undang mengenai relevan keterangan tesebut dan juga keterangan Manjeet Singh telah bermula pada 12 hb Mac 1999. Hujahan pihak pembela merupakan bahawa pembelaan komplot polis mesti dipertimbangkan menurut rujukan kepada semua fakta, dan bukan sahaja keterangan yang diberi oleh pihak pendakwa. Ianya telah dihujah oleh Peguam saya bahawa "Ianya adalah penegasan kami bahawa skima kepalsuan tersebut merupakan suatu transaksi yang terdiri dari beberapa langkah kepalsuan yang dibuat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim ....Relevensi tidak boleh dikekal kepada kes pihak pendakwa sahaja; ianya patut dipakai di kes pihak pembela juga. Oleh kerana sifatnya, ia lebih luas, dan berkaitan dengan isu-isu dan untuk menunjukkan berat sebelah saksi-saksi pihak pendakwa dan juga untuk menunjuk skima yang lebih luas mengenai kepalsuan keterangan terhadap Tertuduh dan tidak boleh dilarang".

42.3 Yang Arif Hakim telah memutuskan bahawa keterangan yang ingin diberi tersebut tidak relevan dan tidak boleh diterima.

43.1 Dari keputusan yang dinyatakan di sini, Yang Arif Hakim telah:-

a. dengan jelasnya membuat suatu pra-penghakiman mengenai isu-isu;

b. mengecualikan Peguam saya dari mengemukakan kes saya sepenuh-penuhnya;

c. memusnahkan keterangan yang menyebelahi saya;

d. menggunakan standard berlainan kepada pihak pendakwa dan pihak pembela mengenai penerimaan keterangan;

43.2 Dalam Perbicaraan kes, Yang Arif Hakim telah kerap kali mencelah ("interfere") pemeriksaan dan pemeriksaan balas saksi-saksi sehinggakan kelihatan Yang Arif Hakim telah mengambil peranan sebagai Pendakwaraya.

44. Memandangkan kesemua keadaan tersebut di atas dan keputusan penghakiman Yang Arif Hakim (termasuk penolakan permohonan saya untuk jaminan, );

a. saya mempunyai kekhuatiran ("grave apprehension") yang Yang Arif Hakim tidak mempunyai minda yang tidak berkecuali dan tidak memilih-pihak kepada isu-isu dan perkara-perkara dalam Perbicaraan;

b. saya tidak percaya yang saya telah diberi satu perbicaraan yang adil.

45. Sekarang, ditunjuk kepada saya dan dilampirkan di sini sebagai "DSAI 1" adalah suatu ikatan keratan dari beberapa terbitan yang telah mengandungi pemerhatian dan pandangan mengenai keadilan Perbicaraan tersebut.

46. Juga ditunjuk kepada saya dan dilampirkan di sini sebagai "DSAI 2", adalah suatu ikatan laporan-laporan suratkhabar yang dirujuk di beberapa perenggan-perenggan dalam Afidavit ini, yang mengandungi kejadian mengenai Perbicaraan tersebut, yang saya percayai adalah betul.

47. Dalam premis ini, saya memohon satu perintah seperti yang dipohon di dalam permohonan ini.

Diikrar oleh

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

(tandatangan DSAI)

di Kuala Lumpur

pada XX haribulan 1999

15 MAR 1999

Dihadapan saya,

(tandatangan)

NORSHILA BT DATO' KAMARUDDIN

Majistret

Mahkamah Majistret

Kuala Lumpur

Affidavit ini difailkan oleh Raja Aziz Addruse, Peguambela bagi pihak pemohon, yang dinamakan di atas dan mempunyai alamat penyampaiannya di No 29, Jalan Nusa, 50480 Kuala Lumpur.