NOTIS USUL DAN AFIDAVIT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PADA 9 JUN 99

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DIKUALA LUMPUR

(BAHAGlAN JENAYAH)

WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO.45-51-98

Permohonan Jenayah No. 1999

(PENDAKWARAYA lwn DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM)

Antara

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Pemohon)

Dan

Pendakwa Raya (Responden)

NOTIS USUL

Ambil perhatian bahawa Mahkamah akan diusulkan pada 11 haribulan Jun 1999 jam 9.00 pagi/petang atau seberapa cepat selepas ini yang boleh didengar oleh Kaunsel bagi Pemohon yang dinamakan di atas bagi satu perintah bahawa:-

1. Prosiding jenayah ini dan pertuduhan yang di bawa terhadap Pemohon di batalkan atas alasan bahawa prosiding dan pertuduhan tersebut adalah menindas (oppresive) dan merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah Yang Mulia ini; atau secara alternatif;

2. Permohonan untuk pemindaan kepada pertuduhan, menukarkan perkataan "pada bulan bulan Mei 1992" dengan perkataan "antara bulan Januari dan Mac 1993", tidak di benarkan atas alasan bahawa ianya di buat dengan niat jahat, memprejudiskan Pemohon, menindas dan merupakan suatu penyalah-gunaan proses Mnhkamah Yang Mulia ini

Bertarikh 9 haribulan Jun, 1999

.............................................................

Penolong Kanan Pendaftar

Mahkamah Tinggi Malaya

Kuala Lumpur.

Notis Usul ini disokong dengan Affidavit yang diikrarkan oleh Dato' Seri Anwar bin Ibrahim bertarikh 9 hb Jun 1999 dan difailkan bersama-sama ini.

Notis Usul ini difailkan oleh Messrs S. N. Nair & Partners, Peguamcara bagi pihak tertuduh/applicant dan yang alamat penyampaian ialah No. Suite 16.05, Level 16, Wisma Hangsam, No.1, Jalan Hang Lekir, 50000 Kuala Lumpur. (Tel No: 2019496 Fax No: 2019542).

______________________________________________________________

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DIKUALA LUMPUR

(BAHAGIAN JENAYAH)

WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO.45-51-98

Permohonan Jenayah No. 1999

(PENDAKWARAYA Lwn DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM)

Antara

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Pemohon)

Dan

Pendakwa Raya (Responden)

AFIDAVIT

Saya, Dato' Seri Anwar Ibrahim, seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan sedang ditahan di penjara Sungai Buloh, Selangor dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah Pemohon dalam prosiding ini.

2. Melainkan di mana dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang dideposkan di sini adalah dalam pengetahuan saya dan dipercayai benar.

3. Saya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29hb September 1998 dengan 9 kesalahan, 5 di bawah seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 22/1970, dan yang lainnya di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan (termasuk kesalahan jenayah asal yang saya kena tuduh dalam prosiding-prosiding ini).

4. Atas permohonan Peguam Negara, perbicaraan terhadap kesalahan-kesalahan tersebut tetah dipindahkan kepada Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

5. Pada 5hb November 1998, 4 daripada tuduhan rnengenai kesalahan kesalahan di bawah seksyen 2 Ordinan 22/70 telah dibicarakan di bawah kes jenayah No.45-47-98 dan 45-49-98. Pada penghujung perbicaraan saya telah didapati bersalah dan dihukum penjara selama 6 tahun.

6. Kes pendakwaan dalam perbicaraan tersebut adalah berdasarkan dakwaan seorang bernama Azizan bin Abu Bakar bahwa beliau telah diliwat oleh saya. Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwa telah meminda pertuduhan- pertuduhan supaya mereka tidak lagi perlu membuktikan bahawa perbuatan liwat telah dilakukan oleh saya.

7. Sungguhpun keterangan yang memprejudiskan diterima-pakai sebagai sebahagian daripada kes pendakwaan, pindaan kepada pertuduhan-peituduhan telah dibenarkan.

8. Dalam prosiding ini pertuduhan juga ada hubungan dengan dakwaan oleh Azizan bahawa ianya telah diliwat oleh saya.

9. Mengikut pertuduhan asal, kesalahan dikatakan telah dilakukan pada 7.45 petang pada satu hari dalam bulan Mei 1994.

10. Pada 27hb April 1999 diwaktu kes disebut di hadapan Mahkamah Tinggi, Pendakwaraya memohon agar tarikh kesalahan yang dituduh dipinda daripada bulan Mei 1994 menjadi bulan Mei 1992, dengan penjelasan bahawa satu kesilapan "typograph" terjadi.

11. Apabila kes bermula untuk perbicaraan pada 7hb Jun 1999, Pendakwaraya sekali lagi memohon agar tarikh kesalahan yang dituduh dipinda daripada "bulan Mei 1992" menjadi "di antara bulan Januari hingga Mac 1993."

12. Pindaan kepada pertuduhan telah dibuat selepas peguam saya menulis 2 surat bertarikh 27hb Mei 1999 kepada Pendakwaraya, dan selepas peguam kepada Encik Sukma Darmawan, (Tertuduh kedua di sini), Encik Karpal Singh telah menulis surat bertarikh 27hb Mei 1999 kepada Pendakwaraya mengikut sekyen 402A Kanan Acara Jenayah (semua surat-surat yang diserahkan kepada Pendakwaraya akan disebut sebagai "Surat-Surat Seksyen 402A"). Di sini ditunjukkan kepada saya Surat-surat Seksyen 402A yang di tanda di sini sebagai "DSAI.1".

13. Dalam permohonannya, Pendakwaraya menyatakan bahawa pindaan dibuat selepas mengambil kira Surat-Surat Seksyen 402A.

14. Saya dengan sesungguhnya percaya bahawa tindakan jenayah kini terhadap saya dibuat dengan niat jahat (mala fide) oleh kerana:-

(1) sungguhpun Pendakwaraya telah mengenakan pertuduhan asal terhadap saya pada 29hb September 1998, beliau tidak membuat apa-apa pindaan kepada pertuduhan itu sehingga 27hb April 1999 dan apabila beliau mendapati bahawa pertuduhan yang dipinda tidak boleh dipertahankan selepas mengambil-kira Surat-Surat Sekyen 402A, beliau membuat satu lagi permohonan untuk meminda pertuduhan.

(2) sungguhpun beliau ada mengumumkan kepada awam mengenai panduan pendakwaan, adalah jelas bahawa Pendakwaraya tidak berhati-hati/cuai apabila beliau membuat pertuduhan (termasuk pindaan kemudiannya) terhadap saya;

(3) Pendakwaraya, dengan mengendalikan pendakwaan dalam prosiding ini, kini telah meluahkan sekali lagi tuduhan liwat yang sama terhadap saya oleh Azizan yang pihak pendakwaan telah gagal membukti dalam perbicaraan sebelum ini.

15. Secara alternatif, saya sesungguhnya percaya bahawa pemindaan yang dipohon oleh Pendakwaraya tidak harus dibenarkan atas alasan niat jahat (mala fide), dan pindaan itu jika dibenarkan akan memprejudiskan saya dan ianya menindas dan merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah yang Mulia ini.

16. Saya telah dinasihatkan bahawa pada 25hb November 1998, Encik Manjeet Singh Dhillon, peguam bagi pihak Dato' Nallakarupan iaitu tertuduh dalam perbicaraan jenayah No.45-40-98, yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi No.2 (Mahkamah Jenayah) (selepas dari ini disebut sebagai "perbicaraan Nallakarupan"), cuba mengemukakan keterangan dengan tujuan menunjuk bahawa Pendakwaraya telah bertindak secara niat jahat (mala fide) dengan menuduh Dato' Nallakarupan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yang boleh dikenakan hukum mati) dan tidak dengan kesalahan di bawah Akta Senjata Api 1960.

17. Pada 9hb November 1998, Encik Manjeet Singh Dhillon telah mengikrar satu surat akuan berkanun, di mana ia menyatakan antara lain:-

(1) bahawa pada satu mesyuarat yang dia hadir di Jabatan Peguam Negara pada 2hb Oktober 1998 (di mana beliau telah meminta pertuduhan terhadap Dato 'Nallakarupan di ringankan kepada suatu yang tidak boleh dikenakan hukuman mati), Dato' Abdul Gani Patail (seorang daripada pendakwa dalam prosiding ini) mengatakan beliau boleh menimbangkan permintaan itu jika Dato' Nallakarupan bersedia berkerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dengan melibatkan saya dalam perbuatan kesalahan seksual dengan beberapa perempuan berkahwin dan yang belum berkahwin.

(2) bahawa Encik Balwant Singh Sidhu, peguam bersama untuk Dato' Nallakarupan, hadir di mesyuarat itu; kesalahan seksual dengan beherapa perempuan berkahwin dan yang belum berkahwin.

(3) bahawa Encik Azahar bin Mohamed, (seorang lagi daripada pendakwa dalam prosiding ini) kemudiannya telah membuat tuntutan yang sama dengan apa yang dibuat oleh Dato'Abdul Ghani Patail pada Encik Manjeet Singh Dhillon;

(4) bahawa apa yang telah berlaku di-mesyuarat tersebut telah dinyatakan dalam surat yang Encik Manjeet Singh Dhillon telah hantar kepada Peguam Negara bertarikh l2hb Oktober 1998, yang mama ianya belum lagi memdapat jawapan daripada Peguam Negara. Di sini ditunjukkan kepada saya surat akuan berkanun Encik Manjeet Singh Dhillon di tandatangani pada 9hb November 1998 yang di tanda sebagai sebagai "DSAI.2".

18. Tingkah laku Dato'Abdul Gani Patail dan Encik Azahar Mohamed seperti disebut di atas menunjukkan penyalahgunakan jawatan mereka sebagai pegawai Jabatan Negara dengan mencari jalan luar dari biasa untuk mencungkil keterangan terhadap saya secara salah.

19. Selanjutnya di dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja yang dilantik untuk menyiasat kecederaan yang dialami oleh saya di waktu saya dalam reman di Ibu-pejabat Polis Bukit Aman, seorang pegawai polis telah memberi keterangan pada malam saya ditangkap, Dato' Abdul Ghani Patail hadir di situ dengan pihak-pihak pegawai polis yang menunggu-terima saya apabila saya dibawa ke Bukit Aman.

20. Penglibatan yang tidak sihat oleh Dato' Abdul Gani Patail dan Encik Azahar bin Mohamed telah menimbulkan beberapa soalan tentang ketidak-berat sebelah (impartiality) dan sikap pendakwaan berhubung dengan segala prosiding terhadap saya, termasuk prosiding ini.

21. Berhubung dengan Pendakwaraya, saya ada pada beberapa masa sebelum saya di tangkap berbincang dengan beliau mengenai perkara-perkara yang ada hubungan dengan kesalahan yang saya dikena tuduh. Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, saya menemuinya untuk mendapat nasihat guamannya selaku Peguam Negara.

22. Saya dengan sesungguhnya juga percaya bahawa pendakwaan terhadap saya oleh Pendakwaraya tercemar dengan niat jahat berdasarkan keadaan-keadaan berikut:-

(1) Encik Sukma Darmawan, tertuduh kedua di sini, telah didapati bersalah untuk kesalahan di bawah seksyen 377D Kanun Keseksaan, (bahawa beliau di katakan telah bersetuju di liwat oleh saya) telah kemudiannya menarik balik pengakuannya dengan mendakwa bahawa pengakuannya diperolehi darinya oleh polis secara salah di sisi undang-undang; Disini ditunjukkan kepada saya Affidavit Encik Sukma Darmawan yang diikrarkan pada 10 Disember 1998 yang ditanda sebagai disini sebagai "DSAI.3".

(2) walaupun dakwaan Sukma terhadap polis adalah serius, Pendakwaraya telah menuduhnya memberi keterangan palsu (yang melibatkan saya) dan gagal menjalankan satu penyiasatan untuk menentukan sekiranya benar pengakuannya;

(3) seorang bernama Mior Abdul Razak juga telah membuat kenyataan beliau terpaksa membuat pengakuan bahawa beliau telah diliwat oleh saya, tetapi Pendakwaraya telah menuduhnya memberi keterangan palsu dan gagal menjalankan satu penyiasatan untuk menentukan sekiranya benar pengakuan tersebut telah diperolehi daripadanya secara salah di sisi undang-undang; Di sini ditunjukkan kepada saya Akuan Berkanun bertarikh 8 haribulan Februari 1999 yang diikrarkan oleh Encik Mior Abdul Razak ditanda di sini sebagai "DSAI.4".

(4) seorang benama Dr. Munawar Anees juga telah mendakwa telah dipaksa oleh polis membuat pengakuan (yang melibatkan saya) melalui cara yang salah di sisi undang-undang oleh pihak polis. Di sini ditunjukkan kepada saya surat akuan berkanun Dr. Munawar Anees yang diikrarkan pada 7hb November 1998 yang ditanda disini sebagai "DSAI .5".

23. Berdasarkan apa yang telah di sebutkan di atas pihak pendakwaan, dengan menunjukkan sikap yang amat tidak professional dalam menjalankan tugas mereka dan juga menunjukkan bahawa mereka ada kepentingan untuk menentukan saya disabit dengan cara yang boleh dipersoalkan, saya sesungguhnya percaya bahawa pendakwaan yang dijalankan di sini adalah mala fide;

24. Oleh demikian saya memohon untuk perintah-perintah seperti di pohon.

Diikrarkan oleh

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

di Kuala Lumpur

9 haribulan Jun 1999

Di hadapan saya,

Norhazani bt Hamzah

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Bahagian Jenayah Kuala Lumpur.

Afidavit ini difailkan oleh Messrs S. N. Nair & Partners, Peguamcara bagi pihak tertuduh dan yang alamat penyampaian ialah Suite l6.O5, Level 16, Wisma Hangsam, No.1 Jalan Hang Lekir, 50000 Kuala Lumpur. (Tel No: 2019496 Fax No: 2019542).