WRIT SAMAN DSAI KEPADA DR MAHATHIR

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

GUAMAN SIVIL NO. S2-23-07 TAHUN 1999

ANTARA

DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM (PLAINTIF)

DAN

DATO’ SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMAD (DEFENDAN)

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif adalah dan telah pada semua masa material seorang Ahli Parlimen bagi kawasan Permatang Pauh.

2. Plaintif ialah seorang tokoh politik dengan reputasi dalam negara dan juga antarabangsa, yang telah memegang beberapa jawatan menteri dalam kabinet Malaysia sejak awal tahun 1980-an, yang termasuk Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 1982; Menteri Belia Sukan dan Kebudayaan dalam tahun 1983; Menteri Pertanian dalam 1986; Menteri Kewangan dalam tahun 1991; dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan tahun 1993 sehingga 2 haribulan September 1998. Plaintif juga memegang beberapa jawatan bertaraf di pertubuhan antarabangsa sebelum beliau rupanya dipecat dan jawatannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada 2 haribulan September 1998. Plaintif juga telah memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO, selain dan jawatan-jawatan lain yang dipegang olehnya dalam UMNO sejak beliau menjadi ahli UMNO.

3. Defendan adalah pada semua masa material Perdana Menteri Malaysia.

4. Pada 2 haribulan September 1998, di Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur,defendan telah dengan palsunya dan niat jahat menyatakan dan menerbitkan kepada sekumpulan wartawan dan media tempatan serta media antarabangsa, dan juga media elektronik yang termasuk seorang bernama Donna Elliot, seorang wartawan dari NEWSWEEK, majalab antarabangsa (selepas ini dirujuk sebagai NEWSWEEK) mengenai dan berkenaan dengan plaintif, dan juga mengenai dan berkenaan dengan plaintif dalam kelakuan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri, di antara perkataan-perkataan yang lain dalam Bahasa Inggeris, apabila menuduh plaintif tentang homoseksualiti:

"I had disbelieved the homosexuality charges at first but was convinced when I personally interviewed Anwar’s partner. They had not only performed sodomy, but during the process, he was... I don’t know how you call it... he was masturbating this man. Do I go around town and tell the world that this is what my deputy was doing?"

(selepas ini dirujuk sebagai perkataan salah tersebut)

Penterjemahan dalam Bahasa Malaysia ialah:

"Saya pada mulanya tidak percaya pertuduhan homoseksualiti tetapi saya yakin apabila saya menemuduga teman Anwar. Mereka tidak hanya melakukan liwat, tetapi dalam proses itu, dia di... saya entah bagaimana anda menyebutnya... beliau melancap lelaki ini. Adakah saya pergi sekitar kota dan memberitahu dunia bahawa inilah apa Timbalan saya sedang buat?"

5. Perkataan salah tersebut telah dan adalah fitnah terhadap plaintif. Perkataan salah tersebut, dalam maksud sejadi dan biasa, dalam konteks mereka disebut, bermaksud dan difahami untuk bermaksud bahawa:

                    (i) plaintif adalah sepenuhnya seorang homoseksual;

(ii) plaintif telah terlibat dalam persetubuhan syahwat dengan seorang teman lelaki bertentangan dengan aturan tabii seperti ditakrif di bawah seksyen 377A Kanun Keseksaan yang menyatakan,

"Mana-mana orang yang mengadakan perhubungan seksual dengan orang lain secara memasukkan buah zakar ke dalam dubur atau mulut orang lain adalah dikatakan bersalab melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii" yang boleh dihukum di bawah seksyen 377B yang menyatakan,

"Sesiapa yang secara sukarela melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii hendaklah dihukum penjara selama tempoh yang boleh dilanjutkan hingga duapuluh tahun, dan hendaklah juga disebat." dan juga bersalah kelucahan melampau oleh sebab beliau melancap temannya dalam homoseksualiti, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 377D Kanun Keseksaan yang menyatakan,

"Mana-mana orang yang melakukan, atau bersubahat melakukan, atau mendapat supaya dilakukan oleh mana-mana orang, apa-apa perbuatan kelucahan melampau dengan orang lain di tempat awam atau di tempat persendirian, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun." dan juga selanjutnya bersalah liwat di bawah seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang menyatakan,

"Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman tersebut";

(iii) plaintif adalah seorang dengan akhlak sumbaleweng (perverse);

(iv) plaintif tidak sesuai untuk memegang jawatan politik, atau sebarang jawatan; dan

(v) plaintif adalah seorang yang bercenderungan jenayah.

6. Dengan perkataan salah tersebut, defendan memaksudkan dan difaham untuk bermaksud bahawa plaintif telah melakukan kesalahan jenayah yang serius yang boleh dihukum dengan penjara seperti yang dirujukkan dalam perenggan 5 di dalam ini.

7. Perkataan salah tersebut telah dilafazkan oleh defendan dengan fiat diperhitungkan untuk meremehkan plaintif dalam tugas rasminya dan juga peribadinya, termasuk tugasnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

8. Pihak defendan menyebutkan perkataan salah tersebut dengan pengetahuan atau dengan niat bahawa perkataan salah tersebut atau intinya patut diterbitkan dalam media tempatan dan antarabangsa, kedua-dua elektronic dan akhbar, termasuk akhbar THE SUN, NEWSWEEK dan CNN International, dan diterbitkan semula di tempat lain danlatau diberikuasa untuk pengulangannya. Sebagal alternatif, terbitan semula adalah satu hasil yang wajar dan mungkin dan penerbitan asal oleh defendan.

9. Pihak plaintif akan bergantung kepada fakta dan perkara berikut sebagai menambah burukkan fitnah itu:

BUTIR-BUTIR PENAMBAHAN BURUK FITNAH

(i) keluasan penerbitan perkataan salab tersebut atau intinya dalam akhbar THE SUN, NEWSWEEK, CNN International dan tempat lain termasuk internet;

(ii) defendan tahu danlatau patut tahu dan/atau berniat bahawa perkataan salah tersebut atau intinya akan diterbitkan dalam akhbar THE SUN, NEWSWEEK dan CNN International, dan diterbitkan semula di seluruh negara dan di seluruh dunia dalam suratkhabar dan majalah dan media, termasuk media elektronik, dan diberikuasa untuk pengulangannya.

10. Pihak plaintif plid bahawa perkataan salah tersebut adalah dalam pengetahuannya nyatanya diterbitkan dalam isu akhbar THE SUN bertanikh 23 haribulan September 1998, pada mukasurat 2 di bawah tajuk, "Anwar’ s behaviour despicable: PM", terjemahan di dalam Bahasa Malaysia adalah "Kelakuan Anwar adalah keji: PM" (isu tersebut telahpun diedarkan dengan luas di Malaysia) dan isu NEWSWEEK bertarikh 5 haribulan Oktober 1998, pada mukasurat 24 di bawab tajuk, "HERE’S MUD IN YOUR FACE — Accusations of sexual misconduct and corruption in an Asian smear war that rivals even Washington’s". Terjemahan di dalam Bahasa Malaysia adalah "INI DIA LUMPUR PADA MUKA KAMU — Tomahan-tomahan perbuatan seksual dan rasuah di dalam suatu perang fitnah Asia yang bersaing dengan Washington juga" (selepas ini dirujuk sebagai artikel tersebut dalam NEWSWEEK).

11. Pihak plaintif plid bahawa perkataan salah tersebut juga disiarkan melalui televisyen dengan luas menerusi CNN International dan rancangan televisyen lain dan stesyen radio sedunia dan dengan itu menyebabkan kerosakan yang tidak boleh dipulihkan kepada reputasi plaintif.

12. Pihak plaintif plid bahawa NEWSWEEK adalab satu majalah berita utama antarabangasa yang diedarkan di seluruh dunia dengan edaran meluas dan berpengaruh di Malaysia.

13. Oleh sebab terbitan perkataan salah tersebut oleh defendan dan penerbitan semula seterusnya seperti tersebut di atas, darjat plaintif dalam peribadinya, kepercayaannya dan reputasinya telah dicederakan teruk di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa, dan beliau dibawa ke dalam skandal awam, perasaan benci dan penghinaan secara meluas, dan plaintif telah mengalami kerugian dan kerosakan yang menyebabkan beliau berhak kepada gantirugi teruk dan teladan:

BUTIR-BUTIR GANTIRUGI TERUK DAN TELADAN

(i) perkataan salah tersebut pada mukanya adalah jelas bersifat serius dan merosakkan dan disebutkan dengan tidak berhati-hati oleh defendan;

(ii) defendan mengatakan dan menyebabkan perkataan tersebut untuk diterbitkan dan diterbitkan semula seperti dirujuk di atas meskipun pengetahuan khusus bahawa plaintif telah menafikannya dengan keras kepada defendan pada masa dahulu, penafian yang mana defendan telah menerima dengan satu pernyataan awam dalam bulan Ogos 1997, yang membebaskan plaintif dari pertuduhan itu. Selanjutnya, defendan telah mempunyai pengetahuan khusus pada titik masa itu bahawa pertuduhan terhadap plaintif adalah di bawah penyiasatan jenayah;

(iii) defendan telab mengatakan secara awam perkataan salah tersebut dengan pengetahuan nyata bahawa plaintif pada titik masa itu di bawah penahanan pencegahan dan oleh itu tidak sanggup membela sendirinya;

(iv) defendan mengatakan dan menyebabkan penerbitan dan penerbitan sernula perkataan salah tersebut dengan niat nyata untuk memburukkan reputasi plaintif dan pendirian politiknya untuk mempertahankan kepentingan dan pendirian defendan sendiri dan juga jawatannya sebagai Perdana Menteri dengan tidak didahului dengan pertanynan efektif dan wajar mengenai kebenaran dan ketepatan perkataan salah tersebut; dan

(v) defendan mengatakan dan menerbitkan perkataan salah tersebut dengan perhitungan bahawa beliau akan memperolehi keuntungan melalui terbitan dan penerbitan semula perkataan salah tersebut yang lebih dan dia akan rugi jika didakwa dengan berjaya oleh plaintif untuk fitnah.

14. Jika tidak dihalang oleh Mahkamah yang Mulia ini defendan akan selanjutnya menerbitkan perkataan salah tersebut atau perkataan yang serupa berfitnah terhadap plaintif.

15. MAKA, plaintif memohon bahawa relif berikut terhadap defendan:

(i) Gantirugi sejumlah RM100,000,000 (Ringgit Malaysia Seratus Juta) yang termasuk gantirugi teruk danlatau teladan dengan niat dan/atau pengetahuan ayat-ayat yang disebut olehnya akan diterbit dan diterbit semula di dalam negeri dan di seluruh dunia seperti dirujuk di dalam ini;

(ii) Satu injunksi menghalang defendan sendirinya, melalui agennya dan/atau pekerjanya atau dengan apa-apa cara lain dan menyebut perkataan salah tersebut atau ayat-ayat yang mempunyai kesan yang serupa berkaitan dengan atau mengenai plaintif;

(iii) Faedah atas jumlah penghakiman untuk suatu tempoh masa dan atas kadar yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah yang Mulia ini;

(iv) Kos; dan

(v) Relif selanjutnya atau relif lain yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah yang Mulia ini.

TTKarpalSingh.gif (2602 bytes)

Bertarikh 8 haribulan Mac, 1999.

PERNYATAAN TUNTUTAN ini difailkan bagi pihak plaintif oleh Tetuan Karpal Singh & Company yang beralamat di No. 67, Jalan Pudu Lama, 50200 Kuala Lumpur.