PERTUDUHAN TERHADAP DATO' SERI ANWAR DAN SUKMA

Tuduhan Terhadap Dato' Seri Anwar:

1. Bahawa kamu, pada suatu malam antara Januari dan Mac 1993 kira-kira pukul 7.45 malam di unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur, secara rela hati melakukan liwat yang bertentangan dengan hukum tabii dengan seorang yang bernama Azizan Abu Bakar dan oleh itu melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Tuduhan Terhadap Sukma:

1. Bahawa kamu, pada suatu malam antara Januari dan Mac 1993 kira-kira pukul 7.45 malam di unit No 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur, bersubahat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang bertentangan dengan hukum tabii dengan Azizan Abu Bakar, dan kesalahan itu dilakukan akibat bersubahat dan dengan itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 109 yang dibaca bersama Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

2. Bahawa kamu, pada suatu malam antara Januari dan Mac 1993 kira-kira pukul 7.45 malam di unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur melakukan liwat yang bertentangan dengan hukum tabii dengan Azizan Abu Bakar dan oleh itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Hukumannya:

Penjara sehingga 20 tahun dan sebat.