|
From: nurulhuda shariff To:
Marhaintua@Hotmail.com Subject:
Kalau ... Bab 8 Date: Mon, 20 Mar 2000 18:28:01 -0800 (PST)
Ini lah cara
yang paling "baisc" di dalam sesuatu pemerintahan i.e "Divide
and Rule"
Inilah yang sedang dilakukan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya.
Selepas kisah Bank-bank di Melaka, ditonjolkan pula isu Raja-Raja Melayu agar
rakyat terikut-ikut dengan sentimen ini. Apa pula selepas ini???
Nurul
Jawapan
MT
Saudari,
Terimakasih kerana warkah anda.
Dasar memerintah
secara 'devide and rule' atau pecah dan perintah adalah amalan penjajah sejak kita orang
Melayu mengenal peradaban bangsanya. Kerana itu kini kita lihat orang Melayu di kampung
dan di bandar berada dalam satu keadaan kehidupan yang banyak bezanya. Di tahap awal dulu
lagi orang Melayu dibiarkan sahaja di pendalaman untuk bercucuk tanam. Maka kerja
pembangunan hutan menjadi perladangan diserahkan kepada orang mendatang. Perlombongan yang
mula-mula sekali diusahakan oleh orang Melayu di bawah teraju orang Melayu seperti Long
Jaffar diserahkan oleh British kepada orang China sehinggakan industri itu membesar dan
mengundang kemasukan dua kumpulan samseng tetrbesar dalam sejarah Tanah Melayu. Kumpulan
samseng itulah yang kini menjadi asas kumpulan Triad ataupun kumpulan haram yang terdapat
di merata tempat di negara ini. Mereka menguasai pelbagai jenis industri lumayan
secara haram. Pelacuran, dadah, rumah urut, karaoke, penempatan sistem secara terancang,
perjudian haram dan banyak lagi.
British telah menggalakkan penempatan samseng ini
bagi tujuan meraih keuntungan dalam pengagehan industri candu. Dengan cara ini British
dapat mengawal orang Cina daripada menjadi satu kumpulan yang berpadu yang berupaya
melumpuhkan pentadbiran British itu. Di waktu yang sama beberapa pegawai British yang rakus
hidup bersenang lenang dengan layanan perempuan simpanan yang disediakan oleh Taiko-Taiko
china itu.
Orang Melayu hanya mampu melihat semua yang berlaku tanpa mampu
bersuara, kerana sudah diajar oleh British dan juga dipersetujui oleh Majlis Raja-raja
bahawa setiap adanya rintihan orang Melayu, ia mesti disalurkan melalui raja-raja.
Anihnya, raja-raja bersedia membisu kerana disuap juga oleh kumpulan samseng tersebut. Apa
jadinya? Terjadilah satu kumpulan Melayu yang membisu di pendalaman dan tidak hiraukan
prosses pembangunan di bandar. Di waktu yang sama pula berlakulah kemajuan di bandar di
mana orang Melayu yang berada di bandar itu hanya merupakan golongan yang menonton sahaja.
Orang Melayu terus merempat di tanahairnya sendiri kerana kelicikan British itu.
Kalau
kita lihat sejarah Melayu, pada satu ketika dulu orang Melayu bersekedudukan dengan
golongan yang dipanggil oleh British sebagai orang Asli. Sekali lagi orang Melayu berdiam
diri kerana menerima klassifikasi ini. Sedangkan itulah asas 'devide and rule' British itu
seolah-olah menunjukkan kepada orang Melayu ketika itu bahawa negara ini sebenarnya
dipunyai oleh orang Asli. Tetapi, pada zaman kerajaan Melayu Melaka dulu, Raja Sakai
adalah sebahagian pada golongan yang bersepadu dengan raja-raja Melayu. Bagaimanakah
raja-raja Melayu sanggup menerima klassifkasi baru tajaan British ini menunjukkan betapa
budaya membisu dan angguk yang disogok dalam tekak raja-raja Melayu itu telah diterima
bulat-bulat sehinggakan sekarang ini orang asli dipinggirkan sedangkan mereka sebenarnya
orang Melayu jati.
Perkara yang sungguh menyedihkan, in masih diterima sebagai
kesahihan sejarah Melayu kerana orang Melayu semakin terasa malu apabila melihatkan
keadaan orang asli (pada satu ketika dulu) yang sungguh daif hidupnya. Tetapi, yang
sebenarnya penjajah British mahu terus menyembunyikan harta karun yang berada di kawasan
pendalaman dana belantara. Dengan cara kelasifikasi bangsa Melayu itu seperti ini,
penjajah memikirkan mereka mampu melewatkan waktu ketemadunan orang Melayu itu akhirnya.
Tetapi, manusia boleh merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Kini, orang asli
pun sedar akan penindasan minda dan putaran fakta itu. Ramai yang mula menerap nilai
hidup Islam dan menganut agama Islam. Apakah mereka menukar anutan itu atas ransangan
kerajaan Barisan Nasional? Jawapannya tidak. Ramai yang masuk dan menganut ajaran
Islam di atas kesedaran sendiri dan proses dakwah yang diusahakan oleh orang persendirian.
Bukankah malang perkara ini?
Renungkanlah perkara ini baik-baik. Salam Hormat.
-Marhaintua- |