From: aya zah 
To: marhaintua@hotmail.com
Subject: komen/rasahati
Date: 24 Mar 00 02:15:49 MST

Asalamualaikum,

Saya suka membaca tulisan saudara terutamanya 'he..he..he..'.  Rasanya saudara/i ini seorang professor atau wartawan. Bila membaca siri 'Kalau tak larat bersilat eloklah bersila' ada satu perkara yang terdetik dihati saya. Iaitu tentang ceramah Mahathir tentang perlunya kita bersyukur kerana nikmat yang diberikan Allah seperti negara aman damai tiada peperangan, tiada banjir, gunung berapi dsb serta ekonomi pun bagus.

Tiba-tiba saya merasakan ianya akan berlaku di M'sia kerana ciri-ciri engkar kepada sistem Allah telah ada. Lihat saja kerajaan kita - zalim, pemimpin2nya sendiri menghina Islam, menghina Rasul saw. Rakyatnya pula masih memilih kerajaan yang bathil ini. Dalam keadaan jauh dari Islam inilah musuh-musuh Islam akan bertindak untuk menghancurkan Islam di M'sia ini.

Adakah kemungkinan umat Islam di M'sia akan di'sembelih' di negara sendiri spt yg sedang berlaku di Maluku, Ambon dll?.  

Allah swt saja yang tau. Sungguh gerun membayangkannya kerana bala dari Allah utk semua tak kira beriman atau tidak. Oleh itu samada ianya (bala) akan dtg cepat atau lambat perlulah kita bersedia dgn mendidik generasi akan dtg utk menjadi mujahid Islam.

Sekian, maaf tentang bahasa kalau tak kesampaian maksudnya maklumlah dah lama tak berutus surat.

Jawapan MT

Assalamualaikum wbt,

Terimakasih dengan warkah anda.Setiap yang baik itu sebenarnya kepunyaan Allah swt. Sebarang cacat cela dalam penulisan itu adalah hak saya. Tercuit juga hati ini apabila saudara menyangkakan saya ini seorang professor ataupun bekas wartawan. Kenapakah saudara tidak membuat telahan bahawa saya ini mungkin seorang bekas menteri besar ataupun ahli kabinet kerajaan persekutuan? Apakah ini melambangkan bahawa bekas menteri semuanya  seperti Adnan UMNO yang tidak boleh berfikir dengan waras??? Namun, biarlah teka teki ini menjadi satu misteri untuk saudara sehinggalah tertegaknya satu kerajaan yang berjiwa rakyat sebenarnya. Insya Allah.

Saudara,

Saya harapkan saudara dan generasi anda tidak termakan propaganda yang dicetuskan oleh Mamak Mahathir tentang konsep bersyukur kerana segala kejayaan yang telah dibuat untuk Malaysia. Saya pernah menulis panjang lebar tentang perkara ini. Kita rakyat di negara ini mesti fikirkan ialah: kita hanya bersyukur kepada Allah swt Pencipta alam. Perkataan 'syukur' kepada saya membawa erti berterimakasih kepada Allah dengan  penuh ketaqwaan, dan bukannya  berterima kasih secara sambil lewa. Mahathir fikir apa yang dimajukannya itu adalah satu  khidmat daripada kudratnya semata-mata. Apakah istimewanya pembangunan yang telah dilakukannya itu sehinggakan negara lain pun tidak mampu melakukannya? Apakah dia telah melakukan sesuatu yang ajaib menandingi kudrat yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman (as) misalnya? Saya lebih cenderong mengatakan bahawa Mahathir sebenarnya sudah tersesat dalam mengenal definasi Syukur itu. Apabila dia dengan segala keangkohan mahukan rakyat berterimakasih dan bersyukur kepadanya dia sebenarnya sudah mengsahkan apa yang dikatakan oleh para reformis selama ini. Malahan dia sudah semakin riak sehinggakan tefikir dan tergamak membandingi dirinya setanding dengan Firaun. Sedangkan, perbandingan itu pun amat keterlaluan. Kalau kita lihat di zaman Firaun dulu, banyak piramid dibena dengan tenaga berjuta manusia. Hingga kini pembinaan piramid itu masih menjadi satu misteri besar kepada manusia moden. Masih lagi ramai manusia di dunia in yang menyangkakan bahawa piramid di Giza itu dibina untuk menyimpan mayat keluarga firaun sedangkan itu adalah satu  pendapat yang amat terpesong daripada kenyataan sebenar. Firaun tidak pernah dikebumikan di piramid. Rangka tulang yang dijumpai di piramid itu adalah sebenarnya rangka tulang manusia yang cuba mencuri harta karun di dalam piramid itu.

Demikianlah halnya dengan Mamak Mahathir. Beliau kerap berlagak dengan informasi songsang. Dia fikir kalau dia sudah tersesat, orang lain mesti ikut juga fikiran dia. Soalnya sekarang setakat mana beliau akan terus cuba mempengaruhi rakyat? Inilah yang perlu kita teliti selalu. Sikap keangkohan inilah yang memerlukan rakyat bersatu membina satu sistem ketahanan untuk mengelakkan daripada terus dikeliru oleh mamak bedebah ini. Saya suka mengatakan beliau ini bedebah kerana kerakusannya dalam serba serbi untuk memperkayakan keluarganya dan para kroni. Di waktu yang sama dia amat takut untuk menghadirkan dirinya di mahkamah untuk menangani satu kes yang terpanjang di negara ini. Sepatutnya kalau dia berani bersuara lantang mencetuskan kes ini, dia mesti berani hadir ke mahkamah untuk menyelesaikannya.

Secara peribadi, kalau Allah mahu menimpakan bala kepada kita, penyebab utamanya nanti mungkinlah kes Anwar Ibrahim di mahkamah ini. Cuma, untuk ketika ini kita boleh teliti dengan baik-baik, betapa banyak lagi perkara yang akan terdedah secara tersendiri disebabkan terlalu lamanya kes Anwar ini. Kes ini adalah laksana pekong yang besar yang dibalut setiap hari dengan kain. Apabila kain itu reput kerana nanah, baunya keluar dan mendedahkan tempat yang bernanah itu. Oleh kerana Mahathir enggan hadir di mahkamah, tentu ada orangnya yang kena panggil juga. Takkan semua kroninya boleh berjaya menangkis sapina mahkamah itu. Sesiapa yang hadir itu nanti, pasti akan mengheret nama busuk mamak itu juga sehinggakan rakyat akan sedar dan bangkit untuk berpadu dan memaksa keadaan untuk mamak itu hadir juga akhirnya.

Di waktu yang sama saya ingin  mengambil kesempatan untuk mengingatkan saudara dan generasi saudara agar jangan terlalu taksub dengan kisah di Maluku dan Ambon. Saya tidak fikir keadaan seperti itu akan berlaku di negara ini. Alhamdulillah, rakyat Malaysia tidak akan merelakan perkara begini berlaku. Ini adalah disebabkan tahap pemahaman keIslaman rakyat di Malaysia ini berbanding dengan kebanyakan (saya stress di sini perkataan kebanyakan itu) rakyat Indonesia. Di negara kita ini, kebanyakan rakyat Melayu memahami Al Quran mengikur ejaan Arabik dan bukan melalui ejaan rumi. Tahap pemahaman ajaran Islam orang kita secara keseluruhannya adalah lebih baik lagi.Ini adalah satu penghormatan kepada golongan ulama di negara ini yang gigih sekian lama mempertahankan kemuliaan tempat pengajian sistem 'pondok' dan juga sistem kumpulan kecil yang dipanggil 'tarekat' dan sebagainya. Kalau kita harapkan sistem kerajaan mengajar agama Islam seperti yang berlaku di sekolah-sekolah sekarang ini, memanglah besar kemungkinannya orang kita boleh bangkit secara melulu seperti di Ambon dan Maluku. Saya tidak fikir perkara seperti ini boleh berlaku, terutama sekali disebakan kerapnya para cendikiawaan kita yang berkeliaran berceramah, bermuzakarah dengan rakyat secara sukarela.

Tetapi, kita mesti ingat tidak ada sesiapa yang dapat menelah kudrat Allah. Kita hanya mampu berdoa selalu agar negara ini kekal harmoninya kerana tidak ada sesuatu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Falsafah in amat diketahui oleh sebilangan bear ahli UMNO. Cuma, mereka masih terikut-ikut rentak tabla mainan seorang mamak tua. Mereka terikutkan rentak mamak tua ini kerana takut dan diugut. Inilah masalah kita sebenarnya.

Salam Hormat
-Marhaintua-